omniture

Columbia Sportswear Company Memilih Adyen sebagai Rakan Kongsi Pembayarannya di AS dan di peringkat Global

Adyen
2020-10-09 21:03 665

Adyen akan menguasakan pembayaran perdagangan bersepadu untuk Columbia Sportswear Company dan jenamanya termasuk Columbia, Sorel, Mountain Hardwear dan prAna

AMSTERDAM, 9 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Adyen (AMS: ADYEN), platform pembayaran global pilihan untuk kebanyakan syarikat terkenal di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Columbia Sportswear Company (CSC), peneraju dalam industri pakaian, kasut, aksesori dan peralatan gaya hidup aktif global, sebagai penyedia pembayaran utamanya. Adyen hadir dengan jenama CSC hari ini dan akan terus melancarkannya di A.S., Kanada dan Eropah dengan semua jenama CSC utama, termasuk Columbia, Sorel, Mountain Hardwear dan prAna.

Dengan berintegrasi dengan Adyen, CSC dan rangkaian jenamanya akan mempunyai akses ke platform perdagangan bersepadu, mencipta satu saluran pembayaran dan data pelanggan untuk seluruh pembelian di dalam kedai dan dalam talian. 

Dengan pandemik global yang menjadikan orang ramai terus berada di rumah, pelanggan semakin beralih kepada membeli-belah secara dalam talian. Memiliki platform yang lancar dengan pengalaman yang konsisten di semua saluran menjadi semakin penting bagi CSC dan jenamanya pada tahun 2020. 

"Adyen ialah pilihan yang jelas bagi kami di saat kami membina keupayaan perdagangan bersepadu untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang lebih baik dalam talian dan di kedai," kata Mike Hirt, Ketua Pegawai Maklumat Columbia Sportswear Company. "Kami berasa gembira kerana berpandangan jauh untuk mula bekerja dengan Adyen sebelum krisis COVID-19 melanda dan pengguna mula memilih aktiviti membeli-belah dalam talian dan pembayaran tanpa sentuhan." 

"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Columbia Sportswear Company dan rangkaian jenamanya bagi mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih baik buat para pembeli mereka di AS, Kanada dan seterusnya," kata Kamran Zaki, COO, Adyen. "Pembayaran di landskap runcit berubah lebih cepat dari sebelumnya dan perniagaan harus dilengkapi untuk terus mengikuti trend yang baharu muncul. Sebilangan besar trend ini berlaku semasa pembayaran dilakukan dan kami sama-sama berharap dapat mewujudkan pengalaman membeli-belah yang positif pada semua saluran."

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.adyen.com.

Tentang Adyen
Adyen (AMS: ADYEN) ialah platform pembayaran pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia, menyediakan infrastruktur lengkap lagi moden yang dihubungkan terus ke Visa, Mastercard dan kaedah pembayaran pilihan pengguna secara global. Adyen menyediakan pembayaran tanpa had di saluran dalam talian, mudah alih dan di kedai. Dengan pejabat di seluruh dunia, Adyen memberikan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk Facebook, Uber, Spotify, Casper, Bonobos dan L'Oréal. Kerjasama dengan Columbia Sportswear Company seperti yang dijelaskan dalam kemas kini pedagang ini menandakan pertumbuhan berterusan Adyen dengan pedagang semasa dan yang baharu sejak sekian lama.

Tentang Columbia Sportswear Company
Columbia Sportswear Company telah mengumpulkan portfolio jenama untuk kehidupan aktif, menjadikannya peneraju dalam industri pakaian, kasut, aksesori dan peralatan gaya hidup aktif global. Ditubuhkan pada tahun 1938 di Portland, Oregon, jenama syarikat tersebut kini terjual di lebih kurang 90 buah negara. Selain jenama Columbia®, Columbia Sportswear Company juga memiliki jenama Mountain Hardwear®, SOREL® dan prAna®. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web syarikat di www.columbia.comwww.mountainhardwear.comwww.sorel.com and sila dan www.prana.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/432569/Adyen_Logo.jpg?p=medium600

Source: Adyen
Related Stocks:
EuronextAmsterdam:ADYEN OTC:ADYEY
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements Financial Technology