omniture

Johnson & Johnson Mengumumkan Kelulusan Suruhanjaya Eropah untuk Perjanjian Membekalkan 200 Juta Dos Vaksin Percubaan Janssen COVID-19

Johnson & Johnson
2020-10-10 22:12 548

Perjanjian ini menyediakan pilihan kepada Negara Anggota Suruhanjaya Eropah untuk mendapatkan 200 juta dos tambahan menjadi 400 juta dos secara keseluruhan

NEW BRUNSWICK, N.J., 10 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Johnson & Johnson (NYSE: JNJ) (Syarikat) hari ini mengumumkan Suruhanjaya Eropah (EC), yang bertindak bagi pihak Negara-negara Kesatuan Eropah (EU), telah meluluskan Perjanjian Pembelian Pendahuluan, Janssen Pharmaceutical Company akan membekalkan 200 juta dos calon vaksin COVID-19 kepada Negara-negara Anggota EU mengikut kelulusan atau kebenaran dari pengawal selia. Negara Anggota EU juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan hingga 200 juta dos tambahan.

"Pandemik COVID-19 terus mengancam masyarakat seluruh dunia dan kami bertanggungjawab untuk memastikan akses terhadap vaksin COVID-19 kami secepat mungkin. Kami menghargai sokongan Suruhanjaya dan Negara-Negara Anggota terhadap usaha pembangunan vaksin percubaan COVID-19 kami," kata Paul Stoffels, M.D., Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif dan Ketua Pegawai Saintifik, Johnson & Johnson.

Kontrak tersebut mengikuti keputusan perbincangan dengan EC. Syarikat sedang dalam perbincangan yang sedang berlangsung dengan para pemegang taruh yang lain, termasuk pemerintah negara dan organisasi global, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memenuhi komitmen menjadikan vaksin percubaan tersebut dapat diakses secara global, dengan syarat mempunyai profil yang selamat, berkesan dan mendapat kelulusan kawal selia.

Berasingan daripada perjanjian dengan EC, sebagai sebahagian daripada komitmen Syarikat yang lebih besar dalam memberi respons terhadap pandemik COVID-19, Johnson & Johnson telah mengumumkan perancangan untuk memperuntukkan hingga 500 juta dos vaksin, sebagai usaha antarabangsa untuk memastikan akses ke negara-negara berpendapatan rendah, dengan penghantaran yang akan bermula pada pertengahan tahun depan setelah mendapat kelulusan atau keizinan daripada pengawal selia. Menyedari permintaan global yang unik terhadap vaksin COVID-19, kami berusaha tanpa mengenal penat-lelah untuk menambahkan lagi jumlah dos yang ada.

Johnson & Johnson sedang membangunkan dan menguji vaksin percubaan COVID-19 mengikut standard etika biasa yang tinggi dengan prinsip-prinsip keselamatan dan saintifik yang sempurna. Syarikat sedang menilai rejimen satu dos dalam ujian Fasa 3 (ENSEMBLE) yang berskala besar, penting, pelbagai negara, dimulakan pada bulan September. Kajian Fasa 3 kedua dengan rejimen dua dos dirancang untuk dimulakan akhir tahun ini. Syarikat komited terhadap ketelusan dan perkongsian maklumat yang berkait dengan kajian Fasa 3 - termasuk protokol kajian.

Vaksin penyelidikan COVID-19 Janssen memanfaatkan teknologi Janssen AdVac®. Teknologi yang sama digunakan untuk membangunkan rejimen vaksin Ebola oleh Janssen, yang dipersetujui EC dan merupakan asas bagi vaksin percubaan HIV, RSV dan Zika. Pada masa ini, lebih 100,000 orang individu telah disuntik dengan vaksin berasaskan Janssen AdVac®. Berdasarkan pemahaman kami tentang kestabilan vaksin kami, kami menjangkakan vaksin percubaan COVID-19 kami serasi dengan saluran edaran standard tanpa memerlukan infrastruktur edaran yang baharu.

Untuk maklumat lanjut tentang pendekatan pelbagai-serampang Johnson & Johnson dalam melawan pandemik ini, sila layari: www.jnj.com/coronavirus.

Tentang Johnson & Johnson
Di Johnson & Johnson, kami percaya bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kehidupan yang aktif, komuniti yang berkembang maju dan kemajuan yang pesat. Oleh sebab itu, selama lebih dari 130 tahun, kami berhasrat untuk menjaga kesihatan orang ramai pada setiap peringkat usia dan tahap kehidupan. Hari ini, sebagai syarikat penjagaan kesihatan paling besar dengan liputan paling luas di dunia, kami komited untuk menggunakan jangkauan dan saiz kami untuk kebaikan. Kami berusaha untuk meningkatkan akses dan kemampuan, mewujudkan komuniti yang lebih sihat, serta menempatkan minda, tubuh dan persekitaran yang sihat yang dapat dijangkau oleh semua orang, di mana-mana sahaja. Kami menggabungkan hati, sains dan kepintaran yang mendalam untuk mengubah trajektori kesihatan demi kemanusiaan sejagat. Ketahui lebih lanjut di www.jnj.com. Ikuti kami di @JNJNews.

Tentang Janssen Pharmaceutical Companies
Di Janssen, kami mencipta masa depan yang menjadikan penyakit sebagai sesuatu yang telah berlalu. Kami ialah Syarikat Farmaseutikal Johnson & Johnson, bekerja tanpa mengenal penat-lelah untuk merealisasikan masa depan para pesakit di mana-mana sahaja mereka berada dengan cara memerangi penyakit dengan sains, meningkatkan akses dengan kepintaran, dan menyembuhkan kesengsaraan dengan hati. Kami memberi tumpuan kepada bidang perubatan yang membawa kepada perubahan terbesar yang boleh kami lakukan: Kardiovaskular & Metabolisme, Imunologi, Penyakit Berjangkit & Vaksin, Neurosains, Onkologi dan Hipertensi Pulmonari. Ketahui lebih lanjut di www.janssen.com. Ikuti kami di @JanssenGlobal.

Siaran akhbar ini mengandungi "pernyataan berpandangan ke hadapan" 
seperti yang ditakrifkan dalam Private Securities Litigation Reform Act of 1995 (Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995) tentang pembangunan pencegahan yang berpotensi dan rejimen rawatan untuk COVID-19. Para pembaca diingatkan supaya tidak bergantung pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Pernyataan ini adalah berdasarkan jangkaan masa kini terhadap situasi masa depan. Sekiranya andaian yang mendasari membuktikan risiko yang tidak tepat atau diketahui atau tidak diketahui atau berlaku ketidakpastian, hasil sebenar mungkin berbeza daripada jangkaan dan unjuran Janssen Pharmaceutical Inc., dan/atau Johnson & Johnson. Risiko dan ketidakpastian meliputi, tetapi tidak terbatas pada: cabaran dan ketidakpastian yang wujud dalam penyelidikan dan pembangunan produk, termasuk ketidakpastian kejayaan klinikal dan mendapatkan kelulusan kawal selia; ketidakpastian kejayaan komersial; kesukaran dan kelewatan pembuatan; persaingan, termasuk kemajuan teknologi, produk dan paten baharu yang dicapai oleh pesaing; cabaran terhadap paten; keberkesanan produk atau masalah keselamatan yang mengakibatkan penarikan produk atau tindakan kawal selia; perubahan tingkah laku dan corak perbelanjaan pembeli produk dan pengguna perkhidmatan penjagaan kesihatan; perubahan undang-undang dan peraturan yang terpakai, termasuk pembaharuan penjagaan kesihatan global; dan arus menuju ke arah pembendungan kos penjagaan kesihatan. Senarai dan keterangan lebih lanjut tentang risiko, ketidakpastian dan faktor lain boleh didapati dalam Laporan Tahunan Johnson & Johnson pada Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 29 Disember 2019, termasuk dalam bahagian yang diberi tajuk "Catatan Peringatan Pernyataan Pandang Hadapan" dan " Item 1A. Faktor Risiko," dan dalam Laporan Suku Tahunan syarikat terkini pada Borang 10-Q, dan pemfailan syarikat seterusnya kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Salinan fail ini boleh didapati dalam talian di www.sec.gov, www.jnj.com atau atas permintaan daripada Johnson & Johnson. Tiada Janssen Pharmaceutical Companies atau Johnson & Johnson yang bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan sebagai hasil maklumat baharu atau peristiwa atau perkembangan masa hadapan.


Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1309453/jnj_logo_rgb.jpg?p=medium600

 

Source: Johnson & Johnson
Related Stocks:
NYSE:JNJ
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Contracts Future Events