omniture

Norma Baharu Dalam Dunia yang Berubah: Forum Inovasi ke-Sembilan akan Dibuat Secara Dalam Talian

Skolkovo Foundation
2020-10-12 20:30 3367

MOSCOW, 12 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Forum Inovasi Terbuka Antarabangsa untuk pembangunan inovasi akan diadakan dari 19ke  21Oktober. Ini ialah acara Rusia paling utama dalam bidang keusahawanan teknologi. Pada tahun 2020 Forum ini akan diadakan secara dalam talian berikutan keadaan epidemiologi dan secara percuma untuk semua. Anda boleh melayari program pameran dan perniagaan ini pada laman web openinnovations.ru.

Tema Forum 2020 ialah "Norma Digital Baharu. Bersediakah kita untuk dunia yang berubah?" Penceramah akan membincangkan kesan pengasingan sosial dan ekonomi semasa pandemik terhadap perkembangan teknologi pasca COVID di seluruh dunia, dan munculnya senario dan platform baharu yang membolehkan perniagaan, pemerintah, dan masyarakat dapat berkomunikasi dalam skala global. Topik harian Forum berkaitan dengan trend moden dan cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat: Masyarakat Berasaskan Kemanusiaan (19 Oktober), Kelangsungan Ekonomi (20 Oktober), dan Teknologi Masa Depan (21 Oktober).

"Secara teknologi dan visual, siaran sesi program perniagaan Forum akan lebih mirip kepada telebridge berbanding persidangan Zoom dengan sebilangan besar tetingkap. Penonton berpeluang untuk mengemukakan soalan secara langsung kepada penceramah semasa pembentangan mereka dalam sembang khas. Perubahan kepada format dalam talian sekali lagi mengesahkan norma dalam hidup kita benar-benar dan kita semua telah berada dalam 'norma digital baharu,'" kata Ekaterina Inozemtseva, CEO Forum Skolkovo.

Antara pembentang ucaptama tahun ini ialah: Meir Brand, Naib Presiden Google Inc, Jonathan Woetzel, Pengarah Institut McKinsey Global, Lisa Deschamps, Naib Presiden Kanan Novartis Gene Therapies, Dmitry Grishin, pengasas bersama Mail.ru Group, Johan Vekemans, Ketua Klinikal Global AstraZeneca, Maksim Akimov, CEO Russian Post, Cyrill Gutsch, CEO dan Pengasas Parley for the Oceans dan ramai lagi.

Tradisi Forum iaitu Ekspo Permulaan juga akan dibuat secara dalam talian. Rangkaian ini bukan sahaja membolehkan peserta pameran menunjukkan perkembangan teknologi mereka, tetapi juga berkomunikasi dengan bakal pelanggan, pembekal dan rakan kongsi dari mana-mana saja di dunia melalui laman web.

Penyertaan dalam Forum Inovasi Terbuka akan dibuka secara percuma kepada semua. Mereka yang telah membayar tiket untuk menghadiri Forum di Skolkovo Technopark akan dikembalikan dan pendaftaran mereka akan dipindahkan secara dalam talian secara automatik. Kedua-dua pakar antarabangsa dan Rusia akan berhubung dari jauh, dan moderator sesi akan bertugas dari studio.

Untuk menyertai Forum Inovasi Terbuka ini, anda dikehendaki mendaftar di laman web https://openinnovations.ru.

Sumber Internet rasmi Forum:
Laman web rasmi: https://openinnovations.ru/  
Saluran rasmi Facebook: https://www.facebook.com/forinnovations.ru 
Saluran rasmi Twitter: https://twitter.com/innovationsopen 
Akaun rasmi Instagram: https://www.instagram.com/openinnovations/ 
Saluran rasmi VK: https://vk.com/forinnovations

Forum Skolkovo NPO ialah cabang persatuan Skolkovo Foundation, yang mengkhusus dalam penganjuran dan pelaksanaan acara berkaitan teknologi.  Portfolio Forum Skolkovo termasuk membangunkan program untuk, menganjurkan dan melaksanakan acara seperti Open Innovations Startup Tour, yang merupakan projek rakyat Rusia untuk mencari prospek projek berteknologi, Forum Inovasi Terbuka tahunan, yang merupakan platform perbincangan unik untuk mereka yang menjadi sebahagian daripada ekosistem inovatif, dan Startup Village, persidangan permulaan paling besar di Rusia dan CIS untuk usahawan teknologi. 

Forum Inovasi Terbuka , yang berlangsung setiap tahun sejak 2012 di bawah naungan pemerintah Persekutuan Rusia, ialah konvensyen dan pameran terbesar di Rusia yang menunjukkan trend penting dan pencapaian utama dalam bidang ekonomi inovatif, dan sememangnya salah satu daripada yang terbesar di dunia. 

Source: Skolkovo Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Not for profit Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)