omniture

Hierarki Mobiliti Global Baharu Muncul apabila Perjalanan Antarabangsa Kembali Bermula

Henley & Partners
2020-10-13 16:00 410

LONDON, 13 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Apabila sekatan perjalanan berkaitan koronavirus mula dibubarkan, penyelidikan terkini Henley Passport Index ­­— berdasarkan data eksklusif daripada International Air Transport Association (IATA) ­­— menunjukkan bahawa pandemik telah benar-benar meningkatkan hierarki mobiliti global yang kelihatan tidak goyah dan telah mendominasi beberapa dekad lalu, dengan masih banyak perubahan yang bakal muncul.

Sebagai contoh, pada awal tahun ini, pasport AS diberi kedudukan ke6 dalam Henley Passport Index — kedudukan asal semua pasport dunia mengikut jumlah destinasi yang boleh diakses oleh pemegangnya tanpa visa sebelumnya - dan warga Amerika boleh melakukan perjalanan tanpa gangguan ke 185 destinasi di seluruh dunia. Sejak itu, bilangan tersebut turun secara mendadak dengan lebih daripada 100 pemegang pasport AS ketika ini dapat mengakses kurang daripada 75 destinasi, kecuali pusat pelancongan dan perniagaan terkenal. Ketika kritikan terhadap respons pandemik negara terus meningkat, dan pilihan raya presiden AS yang hanya tinggal beberapa minggu lagi, penurunan mendadak kuasa pasport AS dan kebebasan perjalanan warga Amerika dilihat sebagai petunjuk yang ketara akan statusnya yang berubah di mata masyarakat antarabangsa.

Perubahan penting lain dalam hierarki mobiliti global yang jitu sebelum ini memberi gambaran yang sama jelas tentang kekacauan yang berpunca daripada pandemik Covid-19. Pada awal tahun 2020, pasport Singapura menduduki tempat ke2 di peringkat global, pemegang pasport dapat mengakses 190 destinasi seluruh dunia buat julung-julung kalinya. Namun, dengan sekatan perjalanan yang ada kini, warga Singapura hanya dapat melakukan perjalanan ke kurang daripada 80 destinasi di seluruh dunia. Pemegang pasport Brazil dapat mengakses 170 destinasi, tetapi pada masa ini hanya sekitar 70 destinasi yang boleh diakses. Penurunan kadar mobiliti dan kuasa pasport negara-negara seperti India dan Rusia kurang dramatik, tetapi tetap menunjukkan perubahan secara keseluruhan. Warganegara Rusia mempunyai akses ke 119 destinasi sebelum wabak Covid-19, tetapi pada masa ini hanya dapat melakukan perjalanan ke kurang daripada 50 destinasi. Pada awal tahun ini, pemegang pasport India dapat melakukan perjalanan ke 61 destinasi tanpa visa, tetapi kerana sekatan berkaitan virus, mereka kini mempunyai akses ke kurang daripada 30 destinasi.

Decline in Travel Freedom Comparison: January 2020 vs October 2020
Decline in Travel Freedom Comparison: January 2020 vs October 2020

Infografik - https://mma.prnasia.com/media2/1309777/henley_passport_index_infographic.jpg?p=medium600

Tanpa mengambil kira pelbagai larangan dan sekatan perjalanan yang berkaitan dengan wabak, Jepun terus menduduki tempat pertama Henley Passport Index, dengan skor visa bebas/visa ketibaan sebanyak 191. Singapura kekal di tempat ke2 , dengan skor sebanyak 190, sementara Jerman dan Korea Selatan seri di tempat ke3, masing-masing dengan skor 189. Negara anggota EU terus menunjukkan prestasi terbaik secara keseluruhan, dengan negara-negara blok menduduki 10 tempat teratas dalam indeks.

Dr. Christian H. Kaelin, Pengerusi Henley & Partners dan pencipta konsep indeks pasport, mengatakan kebebasan perjalanan merupakan sesuatu yang diabaikan oleh warga negara-negara demokratik yang kaya seperti UK, AS dan negara-negara Eropah Barat selama beberapa dekad. "Pandemik ini mengubah perkara tersebut secara tiba-tiba dan terjadi peralihan daripada kebebasan perjalanan yang dianggap sebagai hak prerogatif negara yang pasportnya dahulu berkuasa, ke arah menyedari bahawa kini, ia merupakan kemewahan yang perlu untuk mereka yang ingin mengakses pendidikan kelas pertama, peluang perniagaan dan penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk diri dan keluarga mereka."

Dr. Parag Khanna, pengasas FutureMap, mengatakan bahawa dasar migrasi yang semakin ketat juga mendorong ramai orang untuk memikirkan Pelan B. "Malahan sebelum berlakunya wabak ini, Brexit mendesak para profesional Inggeris untuk mencari kewarganegaraan Jerman, Perancis, Sepanyol, dan EU yang lain berdasarkan keturunan, atau untuk melanjutkan kependudukan yang membawa kepada kewarganegaraan di negara seperti Portugal. Warga Amerika turut menggunakan pilihan yang sama di negara-negara mulai daripada Kanada hingga ke Malta. Anggaran terkini menunjukkan bahawa minat terhadap program migrasi pelaburan melonjak sebanyak lima kali ganda dari tahun 2019 hingga pertengahan 2020."

Dr. Juerg Steffen, Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, mengatakan tidak dapat disangkal, ketidaktentuan 2020 telah meningkatkan minat terhadap program ini. "Kami menyaksikan minat warga negara-negara maju buat kali pertama, terutama warga Amerika dengan peningkatan pertanyaan yang mengejutkan sebanyak 238% antara Januari hingga Oktober berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019. Tempat tinggal alternatif atau kewarganegaraan semakin dilihat sebagai aset yang sangat diperlukan dan lindung nilai yang penting terhadap ketidaktentuan yang berterusan. "

Muat Turun Laporan Henley Passport Index: Edisi Suku Tahunan 2020 

Hubungan Media 

Paddy Blewer
Pengarah PR Kumpulan
paddy.blewer@henleyglobal.com

Source: Henley & Partners
Keywords: Airlines/Aviation Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Travel Survey, Polls & Research