omniture

Pemenang Wise Awards 2020 Telah Diumumkan

WISE (World Innovation Summit for Education)
2020-10-14 17:09 441

Qatar Foundation mengambil inisiatif untuk mengenal pasti enam projek hebat yang direka untuk memajukan pendidikan di seluruh dunia 

DOHA, Qatar, 14 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- WISE, satu inisiatif oleh Qatar Foundation (QF), telah mengumumkan pemenang WISE Awards 2020, mengenal pasti dan mempromosikan enam projek dari seluruh dunia yang mampu menangani cabaran pendidikan global. Para pemenang bakal diraikan dalam satu acara dalam talian pada 28 Oktober 2020. Selain daripada peluang untuk membina rangkaian dan publisiti, setiap pemenang akan menerima wang tunai bernilai $20,000 (AS).

 

 

Pemenang WISE Awards 2020 ialah:

Elektrifikasi Solar Barefoot College dengan Pemerkayaan Pendidikan  oleh Barefoot College. Ia merupakan satu pendidikan menyeluruh yang menggabungkan kurikulum yang boleh disesuaikan digelar ENRICHE, mengajar dan memberi kuasa kepada wanita luar bandar (melalui celik kewangan dan digital), sambil memberikan mereka peralatan untuk elektrifikasi solar dalam komuniti mereka. Pendekatan ini memberi kesan kepada seluruh masyarakat dan memberi manfaat kepada 2.2 juta orang di lebih daripada 90 buah negara.

Think Equal  bekerjasama dengan kementerian pendidikan untuk menyerapkan program percuma pembelajaran berasaskan nilai-nilai pengalaman, sosial dan emosi untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun. Kurikulum ini merangkumi 25 kecekapan dan kemahiran, termasuk pembelajaran sosial dan emosional, kesetaraan jantina dan penyelesaian konflik secara damai. Ia beroperasi di 15 buah negara, dengan capaian kepada lebih 38,000 orang kanak-kanak di seluruh dunia.

Justice Defenders  bermatlamat untuk meningkatkan akses terhadap keadilan bagi tahanan Kenya dan Uganda melalui pendidikan, latihan dan amalan undang-undang. Program ini mendidik tahanan untuk menjadi pembantu guaman dengan latihan intensif selama tiga minggu. Lebih daripada 24,000 tahanan mendapat manfaat dengan perkhidmatan pembantu guaman dan 12,600 orang telah dibebaskan daripada penjara.

Parenting the Future (PTF)  oleh inisiatif Yayasan Hupan Modou merupakan program penglibatan ibu bapa yang menyokong pengasuh dalam membangunkan kemahiran dan tingkah laku untuk memupuk keterikatan anak-anak, perkembangan yang sihat serta memperkukuh peranan keluarga dalam penjagaan dan pendidikan anak-anak. PTF mensasarkan untuk diperluaskan ke 832 daerah miskin di China menjelang tahun 2030.

Stawisha Leadership Institute   oleh Dignitas menawarkan latihan dan bimbingan inovatif untuk memperkasakan pendidik dalam komuniti terpinggir seterusnya mengubah peluang pelajar di Selatan Sudan dan Kenya. Ia telah bekerjasama dengan lebih daripada 260 buah sekolah di enam daerah, memperkasakan lebih daripada 1,500 orang Pemimpin Sekolah dan mempengaruhi pembelajaran 87,000 orang pelajar.

Education for Sharing (E4S)  ialah organisasi bukan berasaskan keuntungan antarabangsa yang memupuk kewarganegaraan global dengan lebih baik. Melalui pendidikan inovatif yang dibangunkan berdasarkan kuasa permainan, ia menjangkau 10 buah negara di Amerika. Model mereka menggunakan kerangka bermain-bertindak balas-berlakon yang menggalakkan para pendidik untuk mengajar secara dinamik. Ia memberi manfaat kepada lebih daripada 1,272,223 kanak-kanak, guru dan ibu bapa.

Daftar dan sertai kami dalam acara sambutan WISE Awards pada 28 Oktober, dengan mengklik di sini.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/969958/Wise_Logo.jpg?p=medium600

media@wise.org.qa 

 

Source: WISE (World Innovation Summit for Education)
Keywords: Education Higher Education Awards Future Events