omniture

Beam Suntory Mengumumkan Adunan Whisky 'Ao' Pertama Di Dunia

Beam Suntory
2020-10-16 15:00 782

LONDON, 16 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Beam Suntory mengumumkan adunan wiski pertama di dunia, Suntory World Whisky 'Ao', eksklusif untuk pelancongan global runcit (RRP €65/$71).

Ao Product Shot
Ao Product Shot

Tersedia di 16 pasaran, 'Ao' ialah wiski yang inovatif, dilancarkan dalam sektor pelancongan global runcit sejak bermulanya pandemik koronavirus.

Diadun menggunakan wiski dari lima buah kilang penyulingan terkemuka di Jepun, Scotland, Ireland, Kanada dan AS, 'Ao', yang bermaksud biru, mengambil nama sempena lautan yang menghubungkan kilang-kilang penyulingan tersebut. Dengan citarasa vanila, buah tropika dan kayu manis, iklim serta proses fermentasi dan penyulingan yang berbeza di setiap rantau pembuatan wiski memberikan rasa yang unik kepada wiski tersebut. 

Ketua pengadun generasi kelima Suntory, Shinji Fukuyo, memilih setiap bahan cecair berdasarkan seni adunan Monozukuri milik Suntory yang diiktiraf secara global. Ia menekankan kesempurnaan, perhatian terhadap setiap perincian dan kualiti yang berterusan. Dibina berdasarkan sejarah seni adunan Suntory, wiski campuran premium yang inovatif ini merangkumi jiwa Suntory dan merupakan satu penghormatan terhadap sejarah minuman ini yang panjang.

Shinji Fukuyo berkata: "Ao ialah wiski luar biasa yang melalui seni adunan Suntory, membolehkan anda menikmati ciri unik daripada kelima-lima rantau pembuatan wiski yang utama."

Ed Stening, Ketua Global Pemasaran Pelancongan Runcit Beam Suntory International, berkata:  "Ini ialah wiski yang benar-benar inovatif yang menggabungkan lima aset penyulingan terbaik serta pembuatan yang unik. Kami sangat gembira berkongsi inovasi yang menarik ini dengan sektor pelancongan runcit global."

Suntory World Whisky 'Ao' merupakan tambahan yang unik kepada portfolio Suntory yang semakin berkembang.

Tentang Beam Suntory Inc.

Sebagai peneraju minuman keras premium, Beam Suntory memberi inspirasi terhadap hubungan sesama manusia. Pelanggan dari seluruh pelosok dunia menyebut-nyebut jenama syarikat ini termasuk jenama bourbon Jim Beam dan Maker's Mark yang ikonik, wiski Suntory kognac Kakubin dan Courvoisier, serta jenama premier terkemuka di dunia termasuk Knob Creek, bourbon Basil Hayden dan Legent bourbon; Yamazaki, Hakushu, wiski Jepun Hibiki dan Toki; Teacher's, wiski Laphroaig dan Bowmore Scotch; wiski Canadian Club; tequila Hornitos dan Sauza; EFFEN, vodka Haku dan Pinnacle; gin Sipsmith dan Roku; dan likuer Midori. 

Beam Suntory ditubuhkan pada tahun 2014 dengan gabungan peneraju bourbon dunia dan pelopor wiski Jepun, lalu membentuk sebuah syarikat baharu yang mempunyai warisan turun-temurun, ketekunan terhadap kualiti, semangat yang inovatif serta wawasan dengan falsafah Berkembang untuk Kebaikan. Beribu pejabat di Chicago, Illinois, Beam Suntory merupakan anak syarikat Suntory Holdings Limited, Jepun. Untuk maklumat lanjut tentang Beam Suntory, jenama dan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial, sila layari www.beamsuntory.com dan www.drinksmart.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1312974/beam_suntory_ao.jpg?p=medium600

 

Source: Beam Suntory
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Retail Travel New products/services