omniture

Bursa Malaysia Berjaya Melaksanakan Upacara Penyenaraian Maya Pertama untuk Menawarkan Lebih Banyak Fleksibiliti kepada Penerbit

Bursa Malaysia Berhad
2020-10-19 18:21 462

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Bursa Malaysia Berhad ("Bursa Malaysia") menyambut baik penyenaraian terbarunya di Pasaran ACE (ACE Market) melalui upacara penyenaraian maya. Ini merupakan upacara penyenaraian maya pertama Bursa Malaysia, tawaran baharu yang terbit daripada pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ("PKPB") di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB, Bursa Malaysia memperkenalkan perkhidmatan penyenaraian maya ini, yang memberi fleksibiliti kepada penerbit baharu semasa PKPB. Samaiden Group Berhad, salah satu perunding terkemuka Penyedia Perkhidmatan Tenaga Diperbaharui dan Alam Sekitar di Malaysia, merupakan syarikat pertama yang menggunakan perkhidmatan penyenaraian maya yang ditawarkan oleh Bursa.

Mengulas tentang upacara penyenaraian maya, Datuk Muhamad Umar Swift, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, "Dari segi sejarah, upacara penyenaraian di Bursa Malaysia menandakan peristiwa penting dalam kitaran hayat syarikat. Acara ini biasanya menarik banyak tetamu undangan syarikat yang datang untuk bersama-sama meraikan acara ini dengan pemilik dan promoter syarikat. Majlis ini dimulakan dengan upacara tradisional memukul gong pada pembukaan hari pasaran. Walaupun sedang menjalani PKPB, kami gembira dapat mengekalkan tradisi lama ini. Kami akan terus memanfaatkan teknologi untuk menyesuaikan tradisi kami dengan persekitaran yang berterusan berubah sambil sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pihak berkepentingan kami."

Sebagai tambahan kepada Samaiden Group Berhad, Bursa Malaysia menjangkakan untuk mengalu-alukan empat senarai baharu pada bulan Oktober. Syarikat-syarikat yang akan membuat debut di Bursa ialah Southern Cable Group Berhad (16 Oktober 2020), Aneka Jaringan Holdings Berhad (20 Oktober 2020), Mr DIY Group (M) Berhad (26 Oktober 2020) dan Econframe Berhad (27 Oktober 2020).

Upacara penyenaraian maya diadakan secara langsung di Laman Facebook Bursa Marketplace (https://www.facebook.com/BursaMarketplace). Tayangan semula upacara penyenaraian maya turut boleh dilihat di www.bursamalaysia.com dan laman Facebook Bursa Marketplace.

Tentang Bursa Malaysia

Bursa Malaysia ialah syarikat pemegangan bursa yang diperbadankan pada tahun 1976 dan disenaraikan dalam tahun 2005, dan telah berkembang menjadi salah sebuah daripada bursa terbesar di ASEAN hari ini. Bursa Malaysia mengendalikan dan mengawal bursa saham yang bersepadu sepenuhnya yang menawarkan pelbagai kemudahan berkaitan bursa yang komprehensif, dan komited kepada Mencipta Peluang, Mengembangkan Nilai. Ketahui lebih lanjut di www.bursamalaysia.com.

Source: Bursa Malaysia Berhad
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Utilities New products/services