omniture

Pameran Canton ke-128 Dibuka dengan Inovasi Memacu Perubahan Gaya Hidup Masa Depan

Pameran Canton
2020-10-20 01:26 708

GUANGZHOU, China, 20 Okt 2020 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-128 (Pameran Canton), juga merupakan pameran mayanya yang kedua, bermula pada 15 Oktober. 26,000 pempamer daripada 50 bahagian pameran, telah membawakan lebih daripada 2.358 juta produk dalam 16 kategori ke acara 10 hari tersebut, di mana 691,500 produk membuat penampilan sulung mereka.

Pameran Canton ke-128 Dibuka dengan Inovasi Memacu Perubahan Gaya Hidup Masa Depan
Pameran Canton ke-128 Dibuka dengan Inovasi Memacu Perubahan Gaya Hidup Masa Depan

Xu Bing, Jurucakap bagi Pameran Canton dan Timbalan Pengarah Pusat Perdagangan Asing China, berkata dengan berlatar belakangkan perubahan besar dalam pembangunan ekonomi dan kawalan wabak di dalam negeri dan juga luar negara, Pameran Canton akan memainkan peranannya sebagai sebuah platform terbuka untuk perniagaan mengakses pasaran antarabangsa dan untuk menggalakkan kestabilan bekalan perdagangan asing dan rantaian industri.

Daftar di https://fbuyer.cantonfair.org.cn/en/account/new-buyer/register
untuk lebih banyak peluang.

Platform digital Pameran Canton tahun ini merangkumi 60,000 gerai yang mempamerkan produk canggih dan senario kehidupan masa depan yang direalisasikan oleh idea dan teknologi inovatif. Platform ini turut menampilkan pameran, pemadanan perniagaan, dewan pameran maya, strim langsung, berita & acara, perkhidmatan, zon e-dagang rentas sempadan, untuk membolehkan lawatan dan rundingan perniagaan 24 jam.

Pameran tersebut akan memperkenalkan 120 strim langsung daripada lebih 100 syarikat terkemuka China, yang mengemukakan produk terkini mereka yang berkualiti, hasil daripada komitmen berterusan mereka kepada inovasi yang bertujuan mewujudkan masa depan yang lebih cerah bagi semua.

  • Di bahagian pameran perkakas dapur, peralatan rumah dan dapur berbilang fungsi dan terbina dalam telah menggunakan teknologi canggih untuk memberikan pengguna pengalaman dapur yang mesra pengguna. Pada masa yang sama, produk baharu premium seperti perabot, seramik dan permaidani menampilkan fungsi, bahan, ketukangan dan gaya yang dipertingkatkan. Produk-produk ini boleh mewujudkan gaya hidup yang lebih selesa, dapat disesuaikan dan lebih pintar untuk pengguna global.
  • Pembangunan mampan merupakan satu lagi sorotan penting di Pameran Canton tahun ini. Syarikat dalam bahagian pameran tekstil telah mengaplikasikan teknologi canggih untuk menggunakan bahan mentah mesra alam yang dikitar semula dalam produk fesyen baharu mereka, yang memperlihatkan komitmen mereka kepada perlindungan alam sekitar.

Untuk membantu perniagaan mencari rakan dagang dan menyasarkan produk tanpa perlu meninggalkan kediaman mereka, Pameran Canton akan menggunakan platform digitalnya untuk menghubungkan pembekal dan pembeli dengan perkhidmatan sokongan yang merangkumi reka bentuk produk dan sokongan perdagangan, kewangan, logistik, pemeriksaan, pensijilan dan kastam. Dengan bekerjasama dengan rakan kongsinya, Pameran Canton akan membantu perniagaan global menjalankan perniagaan di hujung jari mereka ketika berdepan dengan cabaran ekonomi semasa.

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news