omniture

MED-EL: Pembedahan Julung Kali di Eropah dengan Implan Koklea Penuh

MED-EL Elektromedizinische Geräte GmbH
2020-10-20 05:00 443

INNSBRUCK, Austria, 19 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Pengeluar implan pendengaran terkemuka, MED-EL, mencipta satu lagi pencapaian revolusi dalam sejarah inovasi teknologi syarikat itu. Pada 24 September, individu pertama di Eropah menerima implan koklea penuh (TICI) baharu. Implan ini dijalankan oleh Prof. Dr. Philippe Lefebvre, ketua Jabatan ENT CHU dari Liège dan Profesor di University of Liège, Belgium dalam satu kajian kebolehlaksanaan. TICI diharapkan dapat memberikan pendengaran yang lebih baik dan selesa kepada penggunanya. Walau bagaimanapun, masa selama beberapa tahun diperlukan sebelum ia dapat diluluskan ke pasaran.

 

Prof Philippe Levebre
Prof Philippe Levebre

 

Seorang pemuda yang mengalami kehilangan pendengaran yang teruk merupakan individu pertama di Eropah yang menerima implan koklea penuh. Sistem implan koklea (CI) yang memintas bahagian telinga yang tidak berfungsi serta merangsang saraf pendengaran menggunakan arus elektrik telah sekian lama digunakan sebagai rawatan standard untuk individu yang mengalami kehilangan pendengaran yang teruk dan parah. Pada masa ini, sistem itu mengandungi implan dalaman yang diletakkan di bawah kulit melalui pembedahan dan sebuah pemproses audio yang dipakai secara luaran di belakang atau berdekatan telinga. Pemproses audio ini mengandungi mikrofon yang diperlukan untuk menangkap bunyi serta bekalan kuasa.

"Implan koklea kami telah membantu beratus-ratus orang di seluruh dunia untuk mendengar sekaligus memperbaiki kualiti hidup mereka. Ramai pengguna yang melahirkan impian mereka untuk mendapatkan CI yang boleh digunakan tanpa komponen luaran sama ada pada telinga atau secara luaran, tidak kelihatan dan boleh berfungsi walau pun ketika penggunanya sedang tidur lena," kata Dr. Ingeborg Hochmair, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MED-EL.

Implan koklea penuh bakal menjadi teknologi paling canggih dan inovatif dalam bidang penyelesaian pendengaran. TICI mengandungi kesemua komponen dalaman dan luaran sistem implan koklea dalam satu alat yang diletakkan di bawah kulit, termasuk pemproses audio, mikrofon dan bekalan kuasa.

"Misi kami adalah untuk mengatasi masalah kehilangan pendengaran yang menjadi jurang komunikasi dan kualiti kehidupan. Penyelidikan dan pembangunan kami adalah berasaskan kerjasama antara disiplin yang erat dengan klinik dan jabatan-jabatan universiti sejak berdekad lamanya. Kerjasama ini membolehkan kami memajukan teknologi dan penyelesaian secara berterusan untuk individu yang hilang pendengaran. Membangunkan alat yang boleh diimplan sepenuhnya telah menjadi fokus penyelidikan MED-EL sejak sekian lama. Saya amat berbangga dengan pasukan pakar kami yang berdedikasi dan berusaha dengan kreatif dan tekun untuk membangunkan alat yang unik ini selama lebih sedekad," Dr. Hochmair menjelaskan.

Dengan pelaksanaan implantasi TICI yang pertama, MED-EL sekali lagi mengesahkan kedudukannya sebagai peneraju dalam bidang implan pendengaran. Syarikat global yang beribu pejabat di Innsbruck ini terkenal dengan tumpuannya yang jitu terhadap Penyelidikan & Pembangunan serta kemajuan teknologi yang berterusan untuk manfaat para pengguna.

Prof. Dr. Philippe Lefebvre, ketua Jabatan ENT di University Hospital Liège merangkap profesor di University of Liège, Belgium, melakukan pembedahan TICI pada manusia yang pertama di Eropah. Beliau merupakan pakar yang menerajui implantologi auditori dengan kepakaran yang luas dalam teknologi implan mikrofon. "Kami menguji implan selepas pembedahan dan teruja apabila semuanya berfungsi dengan baik seperti yang diharapkan. Teknologi moden untuk implan koklea berkembang pada peringkat yang memberangsangkan dan menghasilkan pendengaran yang menakjubkan. TICI merupakan satu pencapaian dalam bidang implantasi koklea. Harapan kami sejak awal implantasi koklea adalah untuk mengintegrasikan semua komponen dalam satu peralatan dalaman," kata profesor ENT tersebut.

Beberapa lagi pembedahan dengan implan koklea implantasi penuh akan menyusul di Liège dan Munich dalam beberapa bulan akan datang sebagai sebahagian daripada kajian kebolehlaksanaan.

Tentang MED-EL 

MED-EL Medical Electronics merupakan peneraju penyelesaian pendengaran yang didorong oleh misi untuk mengatasi masalah kehilangan pendengaran yang menjadi jurang komunikasi. Syarikat yang berasal dari Austria itu merupakan perniagaan milik persendirian yang diasaskan secara bersama oleh Ingeborg dan Erwin Hochmair. Penyelidikan mereka merintis pembangunan implan koklea mikro elektronik berbilang saluran yang pertama di dunia, yang berjaya diimplan pada tahun 1977 dan menjadi asas kepada CI moden seperti yang dikenali hari ini. Kejayaan ini menjadi batu asas kepada perkembangan syarikat itu pada tahun 1990 apabila mereka mula mengupah pekerja. Sehingga kini, MED-EL telah berkembang dengan lebih 2,200 pekerja daripada 75 buah negara dan 30 lokasi di seluruh dunia.

Syarikat itu menawarkan pelbagai jenis penyelesaian implan dan bukan implan untuk merawat semua jenis masalah kehilangan pendengaran yang membolehkan penduduk di 124 negara di dunia menikmati anugerah pendengaran dengan bantuan alat MED-EL. Penyelesaian pendengaran MED-EL merangkumi sistem implan koklea dan telinga tengah, sistem implan pendengaran Stimulasi Akustik Elektrik bergabung, implan batang otak auditori serta alat konduksi tulang dengan atau tanpa pembedahan. http://www.medel.com

Pihak yang bertanggungjawab bagi kandungan 

MED-EL Elektromedizinische Geräte
Gesellschaft m.b.H.
Fürstenweg 77a
6020 Innsbruck
Österreich

Register-Nr. FN 48608h
UST.-ID-NUMMER: ATU 31722507

CEO
Doz. DI Dr DDr med. h.c. Ingeborg Hochmair 

www.medel.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1314552/prof_philippe_levebre.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1314553/ear_anatomy.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1314551/MED_EL_Logo.jpg?p=medium600

 

Ear anatomy
Ear anatomy

 

 

Hubungan media Patrick D´Haese, Tel +43577885237, Mudah Alih +32473719736, E: press@medel.com

Source: MED-EL Elektromedizinische Geräte GmbH
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Handicapped/Disabled STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)