omniture

FP Markets Memperluas Tawaran Dagangan CFD Dalam Komoditi, Logam dan Indeks

FP Markets
2020-10-20 17:14 547

SYDNEY, 20 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- FP Markets berbesar hati mengumumkan peluasan rangkaian produk yang ditawarkannya. Syarikat tersebut yang baru memenangi anugerah 'Best Value Global Forex Broker' untuk dua tahun berturut-turut, terus menetapkan tanda arasnya dalam CFD dan Forex dan berbesar hati mengumumkan penambahan produk berikut dalam tawarannya:

  • Indeks Volatiliti (VIX)
  • Gas Asli (XNGUSD)
  • Platinum (XPTUSD)
  • Paladium (XPDUSD)
  • Indeks Dolar AS (USD Index)
FP Markets Expands Its CFD Trading Offering
FP Markets Expands Its CFD Trading Offering

Syarikat tersebut telah menawarkan lebih 60 padanan Tukaran Mata Wang Asing dan keputusan terkini untuk menambah tawaran komoditi, logam dan indeks ke dalam CFD adalah berita yang menggembirakan menjelang pilihanraya AS yang bakal tiba. Pengarah Urusan, Matt Murphie mengulas "Dolar AS akan diperhalusi pada minggu-minggu sebelum dan selepas pilihanraya AS dan penambahan produk akan membuka peluang dagangan tambahan.  Pilihanraya AS seringkali merupakan masa yang mendebarkan berdasarkan pada peningkatan ketidakstabilan dalam sejarah pasaran. Para pedagang menjangkakan keputusan pilihanraya akan dan menjadi salah satu alat untuk strategi perdagangan."

Indeks Volatiliti (VIX) dan Indeks Dolar AS merupakan penambahan yang dinanti-nantikan oleh mereka yang ingin berdagang berdasarkan kesan pilihanraya. FP Markets juga mewujudkan Laman Web Pilihanraya AS khusus yang memaparkan berita terkini, webinar, artikel dan analisis. 

Penambahan platinum, paladium dan gas asli menyediakan lebih banyak pilihan kepada mereka yang ingin berdagang dengan logam dan komoditi dalam suasana politik yang tidak menentu. 

Ditubuhkan pada tahun 2005, FP Markets menyediakan para pedagang dengan spread yang lebih ketat serta pelaksanaan pantas yang berterusan. Dengan penggunaan harga Raw, mereka dapat mencapai agregat harga di seluruh penyedia kecairan terbaik. Pedagang Tukaran Mata Wang Asing dan CFD yang inginkan suasana dagangan optimum boleh terus berdagang.

Klik Di Sini untuk melihat senarai penuh produk Forex dan CFD. 

Nota kepada Editor

Tentang FP Markets:

  • FP Markets ialah penyedia CFD dan Forex global di bawah Kawal Selia Australia dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri.
  • Visi syarikat adalah untuk memberikan destinasi perdagangan terbaik untuk pelanggan dengan menggabungkan kondisi perdagangan terbaik, teknologi, rangkaian produk, harga dan perkhidmatan pelanggan tersedia bagi mereka yang ingin memperdagangkan pasaran.
  • FP Markets menawarkan spread Forex antara bank yang sangat kompetitif daripada 0.0 pip dan leveraj hingga 500:1.
  • Pelanggan juga boleh melakukan perdagangan sepanjang masa dengan peranti mudah alih mereka di beberapa platform dalam talian yang kukuh seperti MetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader dan IRESS.
  • Perkhidmatan pelbagai bahasa 24/5 yang menonjol oleh syarikat tersebut diiktiraf oleh Investment Trends sebagai tempat bertumpunya beberapa pelanggan yang paling berpuas hati dalam industri ini, setelah dianugerahkan 'Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Keseluruhan,' selama lima tahun berturut-turut dari Investment Trends.

Untuk butiran lanjut tentang tawaran kami yang pelbagai, sila layari  https://www.fpmarkets.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1315426/fp_markets.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1007674/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

Source: FP Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mining Mining/Metals New products/services Financial Technology