omniture

Lebih Daripada Seribu Pakar Psikiatri Berkumpul Dalam Talian untuk Simposium Psikiatri Asia Pasifik Kedua

Perbincangan memberi tumpuan kepada sasaran terapeutik baharu untuk skizofrenia dan cabaran dalam mendiagnosis dan merawat kecelaruan bipolar
LUYE PHARMA
2020-10-21 12:42 482

SHANGHAI, 21 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Simposium Psikiatri Asia Pasifik Kedua yang dihoskan oleh Luye Pharma Group berlangsung sebagai acara dalam talian pada 17 Oktober 2020. Lebih daripada 1,000 pakar psikiatri dan pakar dari 9 negara dan wilayah termasuk daratan China, Malaysia, Korea, Singapura, dan Thailand berkumpul di "awan", untuk mengadakan perbincangan tentang perkembangan terkini rawatan gangguan mental, dan berkenaan diagnosis klinikal, strategi rawatan dan cabaran yang berkaitan. 

Dr. Lo Tak Lam, Profesor Psikiatri dari Universiti Hong Kong dan Pengerusi Persatuan Kesihatan Mental Hong Kong, dilantik sebagai ketua persidangan. Beberapa pakar psikiatri dari Korea, Taiwan, Hong Kong, Thailand dan Malaysia menyampaikan ucapan dasar pada persidangan ini.

Dengan kadar prevalens dan relaps yang tinggi, gangguan mental telah menjadi kebimbangan kesihatan yang besar di kalangan masyarakat umum di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 1 bilion orang di seluruh dunia hidup dengan gangguan mental, seorang mati setiap 40 saat kerana membunuh diri. Dan sekarang, berbilion orang telah terjejas dengan wabak COVID-19, yang memberi selanjutnya kepada kesihatan mental masyarakat umum. Antara gangguan mental, skizofrenia dikaitkan dengan kurang upaya yang cukup besar; mereka yang menghidapnya 2-3 kali lebih berkemungkinan untuk mati lebih awal berbanding dengan populasi umum. Secara khusus, mereka yang menghidap kecelaruan bipolar menderita kadar bunuh diri yang lebih tinggi – sebanyak 20 kali lebih tinggi berbanding populasi umum, sekiranya tidak dirawat. Penyakit ini boleh memberi kesan yang serius, menyebabkan kemudaratan besar kepada pesakit, keluarga mereka, malahan kepada masyarakat secara keseluruhan.

Agenda persidangan tahun ini tertumpu terutamanya pada skizofrenia dan kecelaruan bipolar. Topik utama termasuk perancangan ubat-ubatan untuk skizofrenia, kebaikan dan keburukan rawatan antipsikotik jangka panjang pada penghidap skizofrenia, rawatan kecelaruan bipolar dalam amalan dunia nyata, dan kesukaran dalam diagnosis dan rawatan untuk penghidap kecelaruan bipolar dan penyelesaian yang sesuai. Semua topik mencetuskan perbahasan hebat di kalangan para hadirin. 

Skizofrenia: meneroka sasaran terapeutik baharu dalam pembangunan ubat-ubatan melalui pendekatan antara disiplin

Pakar yang mengambil bahagian membincangkan topik hangat di sempadan akademik dan berkongsi penemuan mereka dalam bidang antara disiplin mengenai skizofrenia, termasuk potensi pembangunan ubat-ubatan dalam bidang psikiatri dan neurologi, dan potensi sasaran dan mekanisme tindakan baharu (MoA). Mereka berusaha memberikan idea-idea baharu untuk pakar psikiatri membangunkan ubat baharu yang melebihi reseptor tradisional Dopamine-2 dan reseptor 5-HT2. Mengenai keperluan yang tidak dipenuhi dalam rawatan skizofrenia, di mana terdapat potensi besar untuk terapi baharu, seperti dalam menghilangkan simptom negatif dan memperbaiki gangguan kognitif, mereka memeriksa dan menganalisis sasaran terapeutik ubat baharu serta terapi yang mempunyai potensi untuk berjaya. 

Dalam pertukaran kajian antara disiplin, para pakar menawarkan nasihat kepada pakar psikiatri muda bahawa neurobiologi ialah bidang sempadan yang berbaloi dikaji dan diterokai, dengan banyak potensi untuk pembangunan ubat baharu, diagnosis klinikal dan rawatan gangguan mental di masa akan datang.

Kebaikan dan keburukan rawatan antipsikotik jangka panjang pada orang menghidap skizofrenia menjadi satu isu kontroversi dalam amalan klinikal. Topik ini turut dibincangkan di persidangan ini, dan rawatan yang sesuai telah disyorkan.

Kecelaruan bipolar: mengurangkan kadar tidak didiagnosis dan salah diagnosis melalui penilaian pelbagai faktor

Manifestasi klinikal kecelaruan bipolar adalah kompleks dan pelbagai – simptom klinikalnya berubah-ubah dengan ketara, dan dengan mudah boleh salah didiagnosis sebagai gangguan mental lain seperti gangguan kemurungan utama. Kadar yang tinggi untuk tidak didiagnosis, salah diagnosis dan komorbiditi, serta cabaran teruk yang dihadapi semasa rawatan, semuanya merupakan masalah besar. 

Pakar-pakar yang hadir menegaskan bahawa kecelaruan bipolar adalah penyakit kronik yang sentiasa boleh bertukar antara beransur pulih dan relaps, maka ia memerlukan perhatian khusus. Dalam merancang pelan rawatan, perlu ada penilaian komprehensif mengenai beberapa faktor, termasuk gejala dan perkembangan, jenis bipolar, risiko membunuh diri, risiko kekerasan, keberkesanan dan toleransi terhadap ubat yang digunakan, kepatuhan pesakit terhadap rawatan, dan sejarah rawatan pesakit. Selanjutnya, berkenaan jenis kecelaruan bipolar tertentu, para pakar mengesyorkan ubat untuk rawatan baris pertama, kedua dan ketiga, dan menyatakan bahawa Quetiapine merupakan salah satu pilihan rawatan untuk spektrum penuh gangguan mood.

Luye Pharma: menyumbang kepada pembangunan bidang terapeutik sistem saraf pusat, dan menyediakan sokongan untuk doktor dan pesakit

Simposium Psikiatri Asia Pasifik berpandangan jauh, praktikal dan inovatif. Platform akademik khusus yang mengemukakan perkembangan terkini gangguan mental dan amalan klinikal, simposium ini kini memasuki tahun kedua. Berbanding tahun lepas, persidangan yang berjaya tahun ini menyaksikan peningkatan tahap kehadiran peserta, meliputi lebih banyak negara dan wilayah, memberikan pengaruh yang lebih besar, dan menarik perhatian tahap profesional yang lebih tinggi. 

Luye Pharma, penganjur persidangan, telah lama berada di bidang terapeutik sistem saraf pusat (central nervous system atau CNS). Selain menawarkan ubat-ubatan berkualiti tinggi dan inovatif, syarikat ini juga komited untuk memberikan sokongan dan perkhidmatan profesional kepada doktor dan pesakit. Luye Pharma berharap dapat menjadikan persidangan ini sebagai jenama akademik yang mantap, untuk menganjurkan lebih banyak pertukaran akademik dan bekerjasama dengan pakar dan cendekiawan CNS, yang mendorong kemajuan diagnosis dan rawatan klinikal dalam bidang ini.

CNS merupakan salah satu bidang terapeutik utama untuk Luye Pharma. Syarikat ini mempunyai satu siri ubat-ubatan baharu dalam perancangan yang meliputi pelbagai penyakit termasuk skizofrenia, kecelaruan bipolar, kemurungan, penyakit Parkinson dan penyakit Alzheimer. Beberapa ubat baharu telah mencapai tahap klinikal akhir atau tahap penggunaan ubat baharu di negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat dan Eropah, dan diharapkan pesakit di seluruh dunia dapat memperoleh manfaat daripadanya. Syarikat ini juga telah melancarkan beberapa ubat CNS, meliputi lebih daripada 80 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. 

Source: LUYE PHARMA
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals