omniture

Penyanyi Afrobeat, Davido, Mengungkap Perjalanan Penuh Inspirasi di Sebalik Album Terkininya 'A Better Time'

Vype
2020-10-21 17:05 190

Davido memberi gambaran sepintas lalu proses di sebalik pembikinan album terkininya 'A Better Time' yang kreatif, sebagai salah satu daripada siri Routes of Inspiration 

LONDON, 21 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Sebuah filem baharu yang eksklusif daripada artis Afrobeat, Davido, memaparkan detik-detik inspirasi yang unik, dengan kerjasama Vype, mendahului pelancaran album baharu artis tersebut 'A Better Time' yang dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober.

 

Filem ini, yang tersedia secara eksklusif di Vype YouTube, mengisahkan tentang Davido, yang dilahirkan di Atlanta, USA dan dibesarkan di Lagos, kembali ke kampung halamannya di Lagos, Nigeria bagi mencari inspirasi pembikinan album baharunya. Kandungan eksklusif ini ialah sebahagian daripada Routes of Inspiration, satu siri Vype yang meneroka bagaimana inspirasi mengilhami para profesional dalam dunia yang kreatif. Kampung halaman merupakan sumber inspirasi bagi Davido. Susulan daripada pembatalan acara hiburan langsung di seluruh dunia, kempen tersebut memberi laluan baharu kepada para artis dan peminat untuk berhubung. Para peminat boleh melawati Instagram Vype dan berpeluang memenangi barang dagangan yang mesti dimiliki sebagai sebahagian daripada kerjasama eksklusif media bersama COMPLEX.

Filem ini mengisahkan proses kreatif yang dilalui oleh Davido, termasuk menulis dan merakam beberapa buah lagu paling menarik dalam album baharunya. Dalam kandungan eksklusif tersebut, Davido mendedahkan inspirasinya yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran, sama ada rakan, keluarga atau komuniti Lagos. Filem ini menampilkan Davido bersama rakan dan keluarganya, serta pihak lain yang turut bekerjasama seperti Nas dan Mayorkun.

Davido berkongsi tentang cara albumnya diterbitkan; "Situasi pandemik banyak mempengaruhi memandangkan saya sedang dalam jelajah persembahan, yang terpaksa saya hentikan. Sekiranya saya dalam jelajah persembahan, tidak pasti sama ada saya mempunyai masa untuk membuat rakaman, tetapi kerana kebanyakan masa saya di Lagos, saya dapat merakam banyak lagu dan akhirnya berjaya menghasilkan yang terbaik. Saya mengambil masa dua atau tiga bulan tetapi ketika memulakan rakaman, saya tiada perancangan, sekadar untuk berseronok."

Routes of Inspiration menampilkan perbualan peribadi bersama artis dan ahli muzik tentang cara mereka mencari inspirasi dengan siri persembahan muzik langsung. Dengan berkongsi pengalaman dan memperdengarkan lagu-lagu berunsur ketahanan dan harapan, siri percuma ini direka untuk mengilhamkan cara-cara kreatif untuk kekal berhubung walaupun berada di rumah. Siri persembahan pertama dilancarkan pada bulan Mac, sejurus selepas sekatan pergerakan yang diperintahkan di seluruh dunia, mencapai lebih 350,000 peminat di seluruh dunia.

Davido merupakan artis yang mengungguli carta Afrobeat, dengan lagu kegemaran ramai 'Fall' yang menduduki carta Billboard Mainstream R&B/HipHop selama 21 minggu, serta merupakan video muzik Nigeria paling banyak ditonton di YouTube dengan 170 juta tontonan dan semakin meningkat. Davido telah memenangi lebih 30 anugerah antarabangsa, termasuk dua MTV European Music Awards dan merupakan artis Afrika pertama yang laris di pementasan O2 London (tempat beliau diperkenalkan di atas pentas oleh Idris Elba).

Filem ini dikeluarkan terlebih awal mendahului pelancaran album baharu Davido 'A Better Time'. "Melihat pemikiran kreatif Davido di sebalik pembikinan albumnya memberi inspirasi yang tersendiri. Kami teruja dapat bekerjasama dengan Davido dan berharap ini akan membuka laluan kepada lebih ramai artis untuk membawa dan mempersembahkan Routes of Inspiration mereka" kata Elly Criticou, Pengarah Kategori Vape, BAT.

Filem penuh Routes of Inspiration boleh ditonton di saluran Vype YouTube di sini, Instagram Vype @Vype_worldwide dan melalui rakan media tertentu di Complex.com.

Govype.com 
@Vype_worldwide 
Vype YouTube 

Nota kepada editor: 

Untuk maklumat lanjut tentang produk atau gambar, sila hubungi:

Sophie McCullochsophie.mcculloch@bcw-global.com / +44 20 7331 5308

Tentang British American Tobacco: British American Tobacco Group (BAT) merupakan organisasi barangan pengguna pelbagai kategori terkemuka di dunia, yang mengeluarkan produk tembakau dan nikotin kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Ia mempunyai lebih 55,000 orang pekerja, sebagai peneraju pasaran di lebih 55 buah negara serta memiliki 48 buah kilang. Portfolio Strategiknya mengandungi jenama rokok dan produk berisiko rendah yang semakin meningkat, termasuk produk pemanas vape dan tembakau, serta produk oral tradisional dan moden.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=BPdt7t9KpB8

 

Source: Vype
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Music Tobacco MAT (Mature Audience)