omniture

Fantasi RPG terkenal, Summoners War, melancarkan permainan baharu dan dipaparkan pada AppGallery

Huawei
2020-10-21 18:54 249

Permainan ini akan menawarkan pengguna AppGallery peluang bertempur di samping 100 juta Summoners di seluruh dunia, yang bersaing untuk mendapatkan Mana Cyrstal yang terkenal

LONDON, 21 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Summoners War, permainan RPG kesukaan ramai dengan lebih 100 juta muat turun di seluruh dunia, telah berada di AppGallery, dengan membawakan pengalaman pertempuran baharu. Salah satu daripada permainan mudah alih berpendapatan tertinggi, Summoners War dibangunkan oleh Com2uS dan diiktiraf di seluruh dunia kerana permainan fantasinya yang penuh aksi, dengan pelancaran yang akan menampilkan ciri-ciri, watak dan medan pertempuran baharu.  

Summoners War: Sky Arena is famous across the globe for its action-packed fantasy gameplay
Summoners War: Sky Arena is famous across the globe for its action-packed fantasy gameplay

Summoners War: Sky Arena – Memberi pengalaman permainan baharu pada platform yang telah dikenali

Sky Arena membawa Summoners kembali ke medan pertempuran untuk mendapatkan Mana Crystals, sumber penting dalam lingkungan permainan, bersama lebih daripada 1,000 jenis raksasa berlainan menanti untuk beraksi. Pasukan pemenang perlu mempertimbangkan kaedah taktikal untuk mengumpulkan pasukan raksasa paling berkuasa dengan jayanya dan berlawan untuk menang.

Com2uS – Memperluas pasaran global untuk membangunkan lebih banyak pengalaman permainan popular di dunia

Com2uS ialah tempat penghasilan beberapa permainan mudah alih terkenal di dunia yang ingin memperluaskan pasaran globalnya dengan kerjasama AppGallery. Melihat kepada perkembangan terkini industri permainan mudah alih, Com2uS menawarkan pilihan permainan berkualiti tinggi kepada khalayak sedia ada yang luas, di lebih daripada 160 buah negara. Dengan kerjasama yang berterusan bersama para pembangun dan penyelidik pasaran, Com2uS berharap untuk meneruskan jalur kemenangannya dan menawarkan pelanggan dengan pengalaman permainan mudah alih yang berdaya saing.

AppGallery – Salah satu daripada tiga pasaran aplikasi paling popular di dunia 

Semua aplikasi dibangunkan dengan kerjasama Huawei, bersama beribu-ribu aplikasi berkualiti yang lain, tersedia pada platform aplikasi edaran Huawei yang terbuka dan selamat, iaitu AppGallery. Salah satu daripada pasaran aplikasi paling popular di dunia, AppGallery menghubungkan lebih daripada 490 juta pengguna aktif bulanan di lebih 170 buah negara dan wilayah kepada ekosistem Huawei yang pintar dan inovatif. 

AppGallery menyediakan pengguna dengan lebih banyak pilihan aplikasi jelajah yang lebih baik, dengan beribu-ribu aplikasi di seluruh 18 kategori, termasuk berita, media sosial, hiburan dan banyak lagi. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1316436/summoners_war__sky_arena.jpg?p=medium600

 

 

Source: Huawei
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services