omniture

Daszyńska-Muzyczka, BGK: Rantau Three Seas di Eropah merupakan salah satu daripada kawasan paling pesat membangun di dunia

Bank Gospodarstwa Krajowego (BGK)
2020-10-21 19:49 346

WARSAW, Poland, 21 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Rantau Three Seas merupakan salah satu daripada kawasan paling pesat membangun di dunia dan Three Seas Initiative Investment Fund (3SIIF) merupakan kaedah pelaburan untuk membiayai projek infrastruktur jangka panjang - Beata Daszyńska-Muzyczka, Pengerusi Ahli Lembaga Penyelia 3SIIF dan Presiden Bank Pembangunan Poland BGK berkata pada Sidang Kemuncak Three Seas di Tallinn (Estonia). 

"Kami menetapkan matlamat yang jelas untuk Dana tersebut - membangunkan pelaburan infrastruktur silang sempadan di rantau ini. Jurang infrastruktur untuk penyetaraan kualiti infrastruktur di Eropah Barat bernilai hampir EUR 600 bilion. Dana ini disasarkan untuk tiga sektor utama - tenaga, pengangkutan dan infrastruktur digital. Memperbaiki hubungan antara 11 buah negara merupakan kunci kepada pembangunan ekonomi" – kata Daszyńska-Muzyczka.

Untuk mencapai hasrat ini, BGK dengan kerjasama semua bank pembangunan di rantau ini mengambil inisiatif dengan menubuhkan dana pelaburan antarabangsa - iaitu Three Seas Initiative Investment Fund. "Terima kasih kepada hubungan dan kerjasama bank serta institusi promosi di rantau ini, kita telah membina asas untuk Dana ini, kerangka undang-undang dan strateginya," tambah Daszyńska-Muzyczka. Selain daripada kerajaan tempatan dan pelabur tetap, Dana tersebut berharap dapat menjana modal swasta ke rantau ini, atas dasar komersial.

Akta penubuhan Dana telah ditandatangani pada bulan Mei 2019 di bawah undang-undang Luxembourg oleh Bank Pembangunan Poland BGK dan EximBank Romania. Pada tahun 2020 kerajaan Estonia dan institusi pembangunan Latvia Altum juga turut serta. Dana ini kini berfungsi sepenuhnya di bawah sebuah jawatankuasa pelaburan yang bebas.

Pembiaya utama menganalisa pasaran dan memilih penasihat pelaburan infrastruktur profesional dengan sejarah rekod yang dipercayai, iaitu Amber Infrastructure Group. Amber bertanggungjawab untuk menguruskan projek, kutipan dan asal-usul Dana.

 "Kami amat berbesar hati apabila komitmen terhadap Dana selanjutnya diumumkan oleh Hungary, Slovenia, Bulgaria, Lithuania, Croatia, Perbadanan Pembangunan Kewangan Antarabangsa AS dan Penasihat Pelaburan Dana, Amber Infrastructure Group pada Sidang Kemuncak Tallinn.  Melalui BGK, Poland turut berbesar hati mengumumkan bahawa pelaburannya dalam Dana tersebut telah ditingkatkan.  Dana ini terbuka kepada institusi kewangan antarabangsa serta institusi pelaburan swasta di seluruh dunia. Ini merupakan satu inisiatif komersial dan didorong oleh pasaran" – kata Daszyńska-Muzyczka.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.3siif.eu

Pihak BGK untuk dihubungi:  

Anna Czyż, media@bgk.pl, nombor telefon +48 609 220 208

 

Source: Bank Gospodarstwa Krajowego (BGK)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Travel Economic news, trends, analysis Trade show news