omniture

Vype dan The Fratellis Melancarkan Pertandingan Global untuk Memberi Artis dan Kumpulan Baharu Peluang Sekali Seumur Hidup

Vype
2020-10-21 21:49 159

Sebagai sebahagian daripada aktiviti Hero Vype Cubes of Inspiration, Vype menjemput semua bakat yang sedang dan akan berkembang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang bakal mengubah hidup mereka, iaitu peluang memenangi kontrak rakaman single bersama Cooking Vinyl, untuk edaran ke seluruh dunia dengan bimbingan kumpulan pemenang pelbagai anugerah, The Fratellis

LONDON, 21 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Kumpulan rock dari Scotland yang memenangi pelbagai anugerah dan platinum, The Fratellis dan jenama e-rokok, Vype mengadakan pertandingan untuk memberi peluang kepada artis atau kumpulan bertuah menuju kegemilangan sebagai bintang terkenal. COVID-19 memberi kesan yang signifikan terhadap Seni, Vype dan The Fratellis bergabung untuk memberi sokongan kepada komuniti muzik pada saat-saat yang getir ini.

 

Selain itu, pertandingan eksklusif ini menawarkan peluang memenangi kontrak keluaran single bersama syarikat rakaman Cooking Vinyl, yang telah melahirkan kumpulan muzik yang hebat termasuk: The Fratellis, The Prodigy, The Psychedelic Furs dan Passenger. Peluang sekali seumur hidup ini juga merangkumi sesi studio untuk rakaman single artis atau kumpulan yang menang, yang akan diadun oleh pengeluar/pengadun yang berpangkalan di Los Angeles, Tony Hoffer.

Pemenang juga berpeluang untuk bekerjasama dengan The Fratellis, termasuk satu sesi persendirian dengan kumpulan tersebut melalui kelas dalam talian dan slot hebat yang tidak ternilai dalam persembahan maya mereka! Untuk menyertai, bakat-bakat baharu dialu-alukan untuk menghantar lagu mereka melalui laman Instagram @Vype_worldwide, senarai pendek dan pilihan akhir akan dibuat oleh The Fratellis.

Keseluruhan pengalaman ini akan dipasarkan secara profesional, termasuk rakaman video muzik bakal pemenang. Selain itu, video di sebalik tabir dengan The Fratellis akan disiarkan di seluruh saluran sosial Vype dan The Fratellis untuk tontonan seluruh dunia.

"Vype komited untuk mencipta detik-detik yang memberi inspirasi serta kreativiti yang unik dan kami juga teruja kerana dapat melancarkan pertandingan seperti ini, memberi peluang sekali seumur hidup kepada bakat yang bertuah! Memberi inspirasi dan membantu artis mengejar impian mereka adalah sesuatu yang sangat kami percayai dan kami berharap dapat bekerjasama dengan The Fratellis dalam hal ini" kata Elly Criticou, Pengarah Kategori Vapor, BAT.

The Fratellis ialah kumpulan rock Scotland yang mendapat pengiktirafan berbilang platinum dari Glasgow, ditubuhkan pada tahun 2005. Kumpulan ini terdiri daripada vokalis utama dan pemain gitar Jon Fratelli, pemain gitar bass dan vokalis latar, Barry Fratelli serta pemain dram dan vokalis latar Mince Fratelli. The Fratellis mengumumkan bahawa album studio keenam mereka, berjudul Half Drunk Under a Full Moon, akan dikeluarkan pada 9 April 2021, bersama-sama jelajah ke seluruh UK dan Eropah.

Pertandingan ini berlangsung hingga 28 Oktober dan penyertaan hendaklah dibuat melalui Instagram Vype (@Vype_worldwide). Pastikan anda membaca Terma & Syarat (serta Nota Privasi) sebelum bermula, yang boleh didapati di sini.

Govype.com 
@Vype_worldwide 
Vype YouTube

Nota kepada editor:

Untuk maklumat lanjut tentang produk atau imej, sila hubungi:

Sophie McCullochSophie.mucculoch@bcw-global.com +44 20 7331 5308

Tentang British American Tobacco: British American Tobacco Group (BAT) merupakan organisasi barangan pengguna pelbagai kategori terkemuka di dunia, yang mengeluarkan produk tembakau dan nikotin kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Ia mempunyai lebih 55,000 orang pekerja, sebagai peneraju pasaran di lebih 55 buah negara serta memiliki 48 buah kilang. Portfolio Strategiknya mengandungi jenama rokok dan produk berisiko rendah yang semakin meningkat, termasuk produk pemanas vape dan tembakau, serta produk oral tradisional dan moden.

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1316566/1910___BAT_Frats___Intro_Edit___16x9___09__1.mp4  

Source: Vype
Keywords: Entertainment Music Tobacco