omniture

Pek Pematuhan Zuper COVID-19 membantu syarikat seperti IKEA menguruskan operasi perniagaan dengan selamat dalam realiti baharu

Zuper
2020-10-21 22:39 335

- Pek Pematuhan COVID-19 menawarkan syarikat dengan protokol dan polisi keselamatan baharu apabila mereka kembali meneruskan urus niaga seperti biasa

SEATTLE, SINGAPURA dan BANGKOK, 21 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Zuper, sebuah platform pintar pengurusan tenaga kerja, hari ini mengumumkan ia akan menggunakan Pek Pematuhan COVID-19 (ZuperCCPack) di IKEA India, untuk membantu mengekalkan standard keselamatan terbaik terhadap para pelanggan, pekerja dan masyarakat apabila syarikat tersebut kembali memulakan operasi seperti biasa.

Apabila India membuka kembali ekonominya, pihak perniagaan diminta untuk mematuhi protokol dan polisi aliran kerja yang ketat untuk memastikan keselamatan serta tahap kebersihan yang betul di tempat kerja. ZuperCCPack direka dan dibangunkan secara khusus untuk memenuhi keperluan perniagaan yang kembali beroperasi dalam suasana pandemik Coronavirus yang sedang menular. Syarikat ini bekerjasama erat dengan pelbagai pusat penjagaan kesihatan, industri dan pakar pematuhan, serta menyelaraskan garis panduannya dengan institusi kesihatan awam global terkemuka untuk membangunkan pek permulaan yang berketahanan tinggi. 

ZuperCCPack,produk berasaskan teknologi milik Zuper, membolehkan IKEA India menggunakan kaedah aliran kerja yang proaktif untuk pematuhan COVID-19 dan menggalakkan tahap keselamatan terbaik apabila ia memulakan khidmat pencantuman dan pemasangan untuk para pelanggan di Hyderabad, Mumbai dan Pune.

"Pengalaman kami yang lama dalam pengurusan tenaga kerja membolehkan kami membangunkan penyelesaian pematuhan paling komprehensif untuk perniagaan yang memasuki fasa ekonomi pasca pandemik. ZuperCCPack direka khas agar pengguna dapat mengambil pendekatan proaktif terhadap COVID-19, yang merupakan komponen yang diperlukan untuk beroperasi dengan cekap dalam suasana norma baharu," kata Anand Subbaraj, Ketua Pegawai Eksekutif. "Sebagai rakan teknologi IKEA India sedia ada, kami sangat memahami pentingnya inisiatif ini untuk semua pihak yang terlibat. Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan serta pekerja amat penting sebaik sahaja mereka memulakan semula perkhidmatan dalam suasana yang selamat dan patuh."

ZuperCCPack mempermudahkan syarikat yang berpaksikan pengguna untuk mengikuti protokol yang ketat termasuk saringan harian gejala COVID- 19 untuk pekerja perkhidmatan, memastikan mereka melengkapkan senarai semak terperinci sebelum memasuki rumah pelanggan dan membuat senarai semak selepas setiap lawatan agar kuman tidak disebarkan ke tempat-tempat lain. Pekerja perkhidmatan boleh menggunakan peranti mudah alih mereka untuk menyiapkan setiap ujian dan penyelia dapat memantau serta mengurus tenaga kerja ini dengan mudah untuk memastikan kepatuhan, menggunakan arahan berpusat yang didayakan oleh Zuper.

"Keselamatan dan kesejahteraan pekerja, pelanggan dan komuniti tetap menjadi keutamaan kami sebaik sahaja kami meneruskan semula perkhidmatan pencantuman dan pemasangan di rumah pelanggan," kata Santosh Sayari, Pengurus Perkhidmatan Pelanggan di IKEA Hyderabad. "Dalam waktu-waktu sukar begini, penting bagi kami menggunakan penyelesaian terbaik untuk mengurus dan mengoptimumkan operasi dengan cekap agar pengalaman pengguna yang terbaik dapat disampaikan. Zuper memberi jaminan kepada kami untuk memastikan semua protokol dan polisi keselamatan yang diperlukan dan dikemas kini selaras dengan garis panduan & peraturan kesihatan awam terkini."

Tentang Zuper 

Zuper membolehkan organisasi yang mempunyai pasukan perkhidmatan, mengurus dan memberi pengalaman pelanggan terbaik melalui platform pengurusan tenaga kerja pintar. Aplikasi label putih syarikat membolehkan perniagaan menguruskan operasi dan tenaga kerja mereka dengan cekap dari pelbagai lokasi dan menghantar pekerja serta maklumat yang tepat pada masa yang betul. Dengan Zuper, pengguna dapat membuat panggilan untuk tempahan perkhidmatan dari mana-mana peranti dan lokasi dengan mudah. Syarikat ini juga membantu organisasi mengekalkan pematuhan COVID-19 dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pekerja, pelanggan dan masyarakat dengan ZuperCCPack. Ditubuhkan pada tahun 2016, Zuper beribu pejabat di Seattle dan mempunyai pejabat di India dan Timur Tengah. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://zuper.co/.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1216665/Zuper_Logo.jpg?p=medium600  

 

 

Source: Zuper
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Retail Workforce Management/Human Resources Contracts