omniture

Pertubuhan Pergigian Dunia FDI mengatakan "Be Proud of Your Mouth" untuk Hari Kesihatan Oral Sedunia dari 2021 hingga 2023

FDI World Dental Federation
2020-10-22 08:00 164

Pertubuhan Pergigian Dunia (FDI) yang mewakili lebih satu juta doktor gigi di seluruh dunia menampilkan kempen "Be Proud of Your Mouth" (Berbanggalah dengan Mulut Anda) untuk Hari Kesihatan Oral Sedunia yang akan berlangsung selama tiga tahun.

GENEVA, 22 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Hari Kesihatan Oral Sedunia (WOHD) disambut di seluruh dunia pada 20 Mac setiap tahun. Tujuannya: untuk memperkasa orang ramai dengan alat dan pengetahuan berkaitan pencegahan dan kawalan penyakit mulut yang melibatkan 3.5 bilion penduduk di seluruh dunia. WOHD menggalakkan orang ramai menjaga kesihatan mulut dengan mengamalkan rutin kebersihan mulut yang baik dan menguruskan faktor risiko. Menjaga kesihatan mulut juga dapat mengekalkan kesihatan badan dan minda, serta melindungi daripada jangkitan. 

Untuk tiga tahun yang akan datang, tema utama kempen WOHD ialah "Be Proud of Your Mouth." Dengan seruan ini, FDI berharap dapat memotivasikan orang ramai untuk menghargai dan mengambil berat tentang mulut dan memberikan kefahaman bahawa tindakan sedemikian dapat melindungi kesihatan dan kesejahteraan secara umum.

Orang ramai boleh menunjukkan tanda sokongan kepada kempen tersebut dengan menggunakan alat poster tersuai #MouthProud dalam talian untuk meletakkan bingkai berhias ke atas mulut mereka -- sebagai simbol mengakui kepentingan mulut -- dan membuat komitmen peribadi untuk mengutamakan kesihatan mulut. Ia boleh dilakukan dengan selamat di rumah dan setiap orang boleh menunjukkan solidariti terhadap kempen serta menyumbang kepada gerakan global ini dengan berkongsi gambar mereka pada Mouth Proud Wall.

Setiap tahun, FDI merekodkan beratus-ratus acara WOHD yang mencapai jutaan penduduk di seluruh dunia, dianjurkan oleh ahli pertubuhan pergigian dan kumpulan pakar, serta komuniti penjagaan kesihatan. Pada tahun 2021, FDI berusaha untuk memastikan setiap sambutan secara bersemuka hendaklah mematuhi garis panduan kesihatan awam tempatan.

"Yang paling penting ialah sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia dianjurkan dengan selamat," kata Presiden FDI, Dr Gerhard K. Seeberger. "Pandemik COVID-19 telah mengubah skala dan cara acara bersemuka dijalankan tetapi dengan teknologi yang ada pada hari ini, banyak yang boleh dilakukan. Kini, kami mempunyai lebih banyak masa untuk menganjurkan acara kempen berimpak tinggi dan berisiko rendah pada bulan Mac 2021. Saya menggalakkan semua orang melayari www.worldoralhealthday.org dan menggunakan sumber yang banyak tersedia secara percuma."

Bersedia untuk #MouthProud -- berbanggalah dengan perkara yang boleh mulut anda lakukan. Hargai dan jagalah ia demi kehidupan yang lebih sihat dan lebih lama. 

Hubungan media
Charanjit Jagait, FDI Communications & Advocacy Director 
cjagait@fdiworlddental.org | Tel.: +41 797967613

Gambar-gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com)

Tentang World Oral Health Day

Disambut setiap tahun pada 20 Mac, Hari Kesihatan Oral Sedunia (WOHD) dilancarkan oleh Pertubuhan Pergigian Dunia FDI untuk meningkatkan kesedaran global tentang pencegahan dan kawalan penyakit mulut. www.worldoralhealthday.org; #WOHD21 #MouthProud

Rakan Global WOHD: Unilever; Penyokong Global WOHD: Program Penjagaan Kesihatan Oral Wrigley, Planmeca, 3M

Tentang Pertubuhan Pergigian Sedunia FDI 

Pertubuhan Pergigian Sedunia FDI berfungsi sebagai badan utama yang mewakili doktor gigi di seluruh dunia. Keahliannya merangkumi 200 pertubuhan pergigian kebangsaan dan kumpulan pakar di lebih 130 buah negara. FDI berwawasan untuk meneraju dunia dalam kesihatan mulut yang optimum. https://www.fdiworlddental.org/; facebook.com/FDIWorldDentalFederation; https://www.worldoralhealthday.org/twitter.com/FDIWorldDental; https://www.linkedin.com/company/fdiworlddentalfederation

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research