omniture

Jim Beam Melancarkan 'Lineage' - Sebuah Usaha Sama Ayah dan Anak

Beam Suntory Inc.
2020-10-22 18:24 104

FRANKFORT, Ky, 22 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Jim Beam® Bourbon, bourbon paling laris di dunia, mengumumkan pelancaran Lineage – minuman keras premium yang dicipta oleh generasi ketujuh daripada Keluarga Master Distiller Beam, Fred Noe, dan anaknya, Freddie.

Jim Beam Lineage Bottle Shot
Jim Beam Lineage Bottle Shot

 

Wiski istimewa ini akan tersedia di pasaran pelancongan global runcit pada awal tahun 2021 dengan harga USD250. Merangkumi lapan generasi kepakaran, pengetahuan dan penerokaan, Lineage ialah bourbon pertama daripada portfolio Jim Beam yang menampilkan nama Freddie.

Diperam di dalam tong oak lama di Warehouse K sejak tahun 2004, bourbon yang unggul ini berusia 15 tahun dan mempunyai rasa yang sama dengan Jim Beam yang terkenal. Dengan bukti yang 110 (55% ABV) lengkap, wiski ini mempunyai rasa pedas, vanila dan karamel, memberi jaminan rasa yang seimbang. Botol yang khusus menampilkan label Jim Beam yang ikonik, menjadikan wiski ini mudah dikenali.

Fred Noe berkata:  "Lineage mewakili detik yang penting dalam sejarah Jim Beam. Ia bukan sahaja kerjasama penyulingan antara generasi ketujuh dan kelapan dalam keluarga kami, bahkan ia merupakan satu gabungan masa lalu, masa kini dan masa hadapan."

Freddie Noe menambah:  "Saya gembira menjangkaui batasan dan mencipta ekspresi baharu lagi menggembirakan, satu penghormatan dapat mencipta wiski ini bersama-sama ayah saya – ia sesuatu yang berlainan daripada yang biasa didapati di luar, dalam dunia bourbon."

Ed Stening, Ketua Pemasaran Pelancongan Global Runcit di Beam Suntory, berkata: "Ikatan mesra antara seorang ayah dan anak tidak dapat disangkal dan mendorong kepada penciptaan wiski yang benar-benar unik. Menerajui inovasi pelancongan runcit adalah amat penting bagi kami dan merupakan komitmen kami sambil memastikan peningkatan saluran kami."

Tentang Beam Suntory Inc.

Sebagai peneraju minuman keras premium, Beam Suntory memberi inspirasi terhadap hubungan sesama manusia. Ia ditubuhkan pada tahun 2014 dengan gabungan peneraju bourbon dunia dan pelopor wiski Jepun, lalu membentuk sebuah syarikat baharu yang mempunyai warisan turun-temurun, ketelitian terhadap kualiti, semangat yang inovatif serta wawasan dengan falsafah Berkembang untuk Kebaikan.  Beribu pejabat di Chicago, Illinois, Beam Suntory merupakan anak syarikat Suntory Holdings Limited, Jepun.  Untuk maklumat lanjut tentang Beam Suntory, jenama dan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial, sila layari www.beamsuntory.com and www.drinksmart.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1317136/jb_lineage_bottle.jpg?p=medium600

 

 

Source: Beam Suntory Inc.
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Retail Travel New products/services