omniture

Alaska Airlines dan Microsoft menandatangani perkongsian untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan pesawat yang dikuasakan oleh bahan api penerbangan lestari di laluan utama

Microsoft Corporation; Alaska Airlines
2020-10-23 20:00 3

Bahan api penerbangan lestari yang dibekalkan oleh peneraju industri SkyNRG menandakan pendekatan baharu dalam perjalanan perniagaan

SEATTLE dan REDMOND, Washington, 23 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Pekerja Microsoft Corp yang terbang antara ibu pejabat global mereka di Redmond, Washington dan California menggunakan Alaska Airlines akan menikmati penerbangan lebih lestari berikutan penggunaan bahan api penerbangan lestari (SAF) yang digunakan dalam perjalanan perniagaan mereka. SAF, yang dibekalkan oleh SkyNRG, merupakan pilihan penting bagi industri penerbangan bagi mengurangkan pelepasan gas CO2 berdasarkan kitaran hayat. Perkongsian A.S. yang pertama seumpamanya ini ialah model untuk syarikat dan organisasi lain yang komited untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar akibat perjalanan perniagaan yang menggunakan laluan udara.  

Microsoft company logo.
Microsoft company logo.

Perjanjian tersebut terpakai untuk pelepasan gas CO2 perjalanan pekerja Microsoft antara Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, Lapangan Terbang Antarabangsa San Jose dan Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles — tiga laluan paling popular yang dilalui oleh pekerja Microsoft yang menaiki Alaska Airlines. Di bawah perjanjian perkongsian yang berasingan, Microsoft akan membeli kredit SAF dari SkyNRG dan SAF akan dihantar ke sistem pengisian bahan api lapangan terbang yang digunakan oleh Alaska Airlines. Syarikat akan meneroka pengembangan program ini pada masa akan datang.

"Setelah satu dekad memajukan bahan api untuk penerbangan lestari, perkongsian ini menandakan pencapaian penting dalam usaha menjadikan SAF sebagai alternatif bahan api penerbangan yang berdaya saing secara komersial," kata Brad Tilden, CEO Alaska Airlines. "SAF membolehkan kami terbang dengan lebih bersih dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Namun, kami tidak dapat melakukannya sendiri — kami mesti bekerjasama dengan industri dan pemimpin perniagaan lain seperti Microsoft dan SkyNRG, antara syarikat yang berwawasan untuk mencapai matlamat kami dan mengembangkan pasaran untuk SAF. "

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan Alaska Airlines untuk menjadikan perjalanan udara perniagaan lebih hijau menggunakan bahan api penerbangan lestari yang dibekalkan oleh SkyNRG, mengurangkan kesan karbon dari penerbangan paling banyak dinaiki oleh pekerja Microsoft," kata Judson Althoff, Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Komersial Microsoft Sedunia. "Kami berharap model bahan api penerbangan lestari ini akan digunakan oleh syarikat lain sebagai satu cara untuk mengurangkan kesan persekitaran daripada perjalanan perniagaan mereka."

Microsoft, Alaska Airlines dan SkyNRG berharap perkongsian ini menjadi contoh bagi syarikat dan organisasi lain untuk membeli SAF dan menyokong pengembangan industri SAF dengan membina isyarat permintaan yang stabil, meningkatkan bekalan dan mengurangkan kos SAF . Ketiga-tiga syarikat tersebut juga menyokong pembangunan standard perakaunan alam sekitar global untuk pembelian korporat SAF secara sukarela melalui penyertaan mereka dalam projek perintis Clean Skies for Tomorrow dalam Forum Ekonomi Dunia. Syarikat merancang untuk mengadakan forum pembekal dan korporat untuk berkongsi ilmu serta meningkatkan minat menggunakan SAF bagi mengurangkan pelepasan karbon akibat perjalanan perniagaan.

Alaska Airlines ialah salah satu syarikat penerbangan yang menggunakan bahan api paling cekap di A.S. dengan komitmen yang kukuh terhadap kelestarian. Ia adalah antara syarikat penerbangan pertama yang menggunakan SAF dalam perjalanan penumpang, yang telah menerbangkan hampir 80 pesawat dalam 10 tahun kebelakangan. Dengan armada cekap bahan api dan penggunaan teknologi moden di geladak penerbangan, Alaska Airlines telah mengurangkan sasaran intensiti pelepasan gas rumah hijau sebanyak 16% sejak tahun 2012. Ketahui lebih lanjut tentang perkongsian tersebut di https://blog.alaskaair.com/company-news/fly-greener/alaska-microsoft-reducing-carbon-footprint/.

Microsoft mempunyai matlamat kelestarian yang bercita-cita tinggi, termasuk komitmen untuk menjadi karbon negatif pada tahun 2030 dan mengeluarkan lebih banyak karbon dari alam sekitar sejak mereka ditubuhkan hingga menjelang tahun 2050. Pembelian dan penggunaan SAF menyumbang kepada matlamat kelestarian syarikat.

Selama lebih daripada satu dekad, SkyNRG telah memimpin pembangunan dalam mewujudkan pasaran SAF, dengan mengambil pendekatan tanpa kompromi terhadap kelestarian. Menggantikan bahan api jet fosil dengan SAF merupakan matlamat SkyNRG, yang menjamin kelestarian sosial dan persekitaran di seluruh rantaian bekalan.

"Kemunculan sistem pengeluaran SAF dan pasaran ialah peluang sekali dalam satu abad untuk melancarkan sumber tenaga baharu di seluruh industri, dibimbing oleh standard kelestarian yang kukuh sejak hari pertama," kata Theye Veen, Pengarah Urusan SkyNRG. "Kami sangat gembira dapat bersama-sama syarikat terkemuka Microsoft dan Alaska Airlines dalam langkah seterusnya."

Sebagai sebahagian daripada perjanjian perkongsian Microsoft dengan SkyNRG, Microsoft akan menjadi anggota terbaharu Board Now, sebuah gabungan syarikat terkemuka yang bertujuan untuk menyegerakan arus perubahan ke arah perjalanan udara yang lestari. Organisasi komited untuk mengurangkan pelepasan karbon akibat penerbangan dan menyumbang secara langsung kepada pengembangan kapasiti pengeluaran SAF yang baharu.

Latar belakang bahan api penerbangan lestari

Sebagai alternatif kepada petroleum, SAF umumnya dihasilkan daripada sumber-sumber lestari, seperti minyak buangan dan sisa pertanian. Malahan, ia boleh dihasilkan daripada karbon yang terperangkap di udara. SAF merupakan penyelesaian penting bagi industri penerbangan untuk mengurangkan pelepasan gas CO2 dan boleh menyumbang kepada manfaat sosial serta persekitaran positif lain, seperti penciptaan pekerjaan dan biodiversiti. SAF mengurangkan pelepasan karbon di sepanjang kitaran hayatnya. SAF yang dibekalkan oleh SkyNRG dalam perjanjian ini dihasilkan di A.S. oleh World Energy menggunakan minyak buangan dan mengurangkan pelepasan karbon sekitar 75% berbanding dengan bahan api jet fosil. SkyNRG menjamin kelestarian bahan api yang dibekalkan dengan pengiktirafan daripada Roundtable on Sustainable Biomaterials (RSB), standard paling lengkap dan mantap untuk pengesahan amalan lestari, dan Lembaga Kelestarian bebas yang merangkumi wakil-wakil WWF International, European Climate Foundation, Solidaridad Network dan University of Groningen.

Tentang Alaska Airlines

Alaska Airlines dan rakan serantaunya berkhidmat kepada lebih daripada 115 destinasi di seluruh Amerika Syarikat dan Amerika Utara, menyediakan pengangkutan udara utama untuk para tetamu kami serta penghantaran kargo yang penting, seperti makanan, ubat-ubatan, surat dan e-dagang. Dengan hab di Seattle; San Francisco; Los Angeles; Portland, Oregon; dan Anchorage, Alaska, syarikat penerbangan tersebut terkenal dengan tambang yang murah, khidmat pelanggan yang meraih pelbagai anugerah dan usaha kelestarian yang berterusan. Dengan Alaska dan Rakan Kongsi Globalnya, para penumpang dapat mengumpul dan menebus mata ganjaran untuk penerbangan ke lebih 800 destinasi di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Alaska di newsroom.alaskaair.com dan blog.alaskaair.com. Alaska Airlines dan Horizon Air merupakan anak syarikat kepada Alaska Air Group (NYSE: ALK).

Tentang SkyNRG

SkyNRG ialah perintis dan peneraju global untuk bahan api penerbangan lestari. Membekalkan kepada lebih 30 syarikat penerbangan di seluruh benua, adalah misi SkyNRG untuk menjadikan SAF sebagai standard global baharu yang didorong oleh amalanlestari di seluruh rantaian bekalan. Maklumat lanjut boleh didapati di: www.skynrg.com dan www.boardnow.org.

Tentang Microsoft

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) mendayakan transformasi digital untuk era awan dan sisi pintar. Misinya adalah untuk membolehkan setiap orang dan organisasi di planet ini mencapai lebih banyak kejayaan.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/24227/microsoft_corp_logo226_9217jpg.jpg?p=medium600  

 

Source: Microsoft Corporation; Alaska Airlines
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT NYSE:ALK
Keywords: Airlines/Aviation Computer/Electronics Passenger Aviation Travel Licensing/marketing agreements