omniture

"KISAH SERAM AMERIKA", MURDER HOUSE DIBUKA KEPADA UMUM BUAT JULUNG KALINYA UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG PARANORMAL HALLOWEEN HUJUNG MINGGU

The Murder House
2020-10-25 02:29

EKSORSIS BISKOP JAMES LONG, AHLI PSIKIK AND DUKUN PATTI NEGRI, PAKAR PONTIANAK MICHELLE BELANGER, AHLI SEJARAH PROLIFIK DAN PAKAR HALLOWEEN LISA MORTON, AHLI NUJUM SASHA GRAHAM, AHLI PEMULIH TENAGA SATISH DHOLAKIA, PAKAR PSIKIATRI DR WAGUIH ISHAK DAN PEMILIK SERTA PAKAR KARDIOLOGI/PROFESSOR DR ERNST VON SCHWARZ ANTARA PAKAR PARANORMAL YANG MENGETUAI SAMBUTAN HALLOWEEN DI SEPANJANG HUJUNG MINGGU 

TIKET BERHARGA $25 UNTUK SEKALI TONTONAN BAGI AKSES 24 JAM SELAMA TIGA HARI KE HOUSE DAN SEMUA ACARA 

TIKET MULA DIJUAL SEKARANG 

LOS ANGELES, 24 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Dengan pengumuman minggu ini tentang Kisah Seram Terkenal Amerika Murder House yang akan dibuka kepada umum buat julung-julung kalinya, pemiliknya Dr Ernst von Schwarz dan isteri Angela Oakenfold kini mendedahkan senarai penglibatan acara selama tiga hari, 24 jam sehari tersebut yang disiarkan secara langsung di Internet buat kali pertama dari monumen bersejarah Los Angeles yang terkenal.  Lihat pratonton penstriman langsung di sini.


Acara ini akan bermula pada subuh hari Khamis, 29 Oktober dan berakhir pada senja hari Ahad, 1 November , penstriman langsung Murder House akan menampilkan 15 kamera yang akan dipasang di seluruh rumah berkeluasan 10,000 kaki, disiarkan secara langsung di sepanjang hujung minggu. 

Selain daripada acara penstriman langsung Murder House, penonton juga dapat melihat program harian seperti (butiran di bawah).  Sementara penstriman langsung ini terbuka kepada umum melalui acara bertiket, The Murder House juga bakal membuka pintunya untuk menerima beberapa orang pemegang tiket yang bertuah.  Enam orang peminat Murder House yang bertuah (atau tidak)--dua orang setiap malam selama tiga malam-- akan berada di lokasi bawah tanah yang menyeramkan dan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia (seorang doktor akan memantau tanda-tanda dan keadaan psikologi penting).

Rancangan awal acara hujung minggu ini adalah seperti berikut:

  • Penyiasatan paranormal kali pertama ini akan dijalankan oleh Eksorsis Biskop James Long, yang pernah muncul dalam rancangan "Ghost Adventures," "The Possessed," "Gates Of Hell," "Exorcism Live!" dan "Portals To Hell"
  • Ahli psikik dan dukun Patti Negri daripada "Ghost Adventures" akan mengetuai pemujaan di rumah tersebut buat kali pertama.
  • Michelle Belanger, pakar pontianak dan penulis terkenal yang sering muncul dalam "Paranormal State," "Portals To Hell " dan "The Real Vampire Files" akan meneroka alam ghaib yang menyeramkan
  • Ahli sejarah prolifik dan pakar Halloween, Lisa Morton akan membawa kita menerokai sejarah dan tradisi Halloween
  • Ahli nujum Sasha Graham akan menerangkan tentang dunia tilikan dan seorang pemegang tiket bertuah akan mendapat tilikan maya yang disiarkan secara langsung.
  • Ahli pemulih tenaga Satish Dholakia akan memberi nasihat tentang cara melindungi diri daripada tenaga negatif dan entiti jahat
  • Pakar psikiatri Dr Waguih Ishak akan membincangkan keadaan semula jadi suasana seram dan patologi ketakutan
  • Pemilik dan pakar kardiologi Professor Dr Ernst von Schwarz akan menyelami sejarah teknik seksaan zaman pertengahan

Tiket mula dijual sekarang di www.themurderhouse.com. Selain itu, kemeja-t sebagai kenang-kenangan acara ini juga akan dijual di laman web.  Sebahagian hasil yang diperoleh daripada acara ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan Baby2Baby.

Laman Web 
Instagram 
Twitter 
TikTok 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1319171/the_murder_house.jpg?p=medium600

 

Source: The Murder House
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Travel Future Events