omniture

TerraPay mengukuhkan kedudukannya di Amerika Utara dengan Lesen MSB FINTRAC Kanada

Terrapay Solutions India Private Limited
2020-10-26 10:40 51

TORONTO dan HAGUE, Belanda, 26 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Pertumbuhan Kanada memberi peluang kepada peningkatan jumlah pendatang yang boleh meningkatkan ekonomi. Memacu tujuannya untuk menarik pendatang ke negara ini dalam beberapa tahun akan datang memerlukan kerangka kerja yang lancar dan selamat bagi memudahkan keperluan pemindahan wang semua peserta yang berada dalam ekosistem pembayaran.

Berdasarkan data Bank Dunia yang dianggarkan pada 2018*, nilai pengiriman wang keluar sebanyak USD27 bilion dari Kanada, dengan peningkatan kiriman wang digital, mencerminkan langkah global menuju ekonomi tanpa tunai.

Dengan tujuan untuk mengukuhkan lagi usaha ini bagi memenuhi keperluan pemindahan wang yang dinamik dalam industri, TerraPay, sebuah syarikat infrastruktur pembayaran global terkemuka, baru-baru ini telah mengumumkan pendaftaran MSB dengan Pusat Analisis Transaksi dan Laporan Kewangan Kanada (FINTRAC).

Lesen ini akan memudahkan infrastruktur pembayaran rentas sempadan Syarikat yang tiada tandingannya dan kuat untuk menghantar kiriman wang antarabangsa dari rantau ini dalam masa nyata, dengan kos rendah dan membantu menawarkan pelbagai perkhidmatan pembayaran kewangan bernilai tambah kepada rakan kongsi TerraPay dan pelanggan mereka.

Lesen FINTRAC menambah lebih 45 kelulusan peraturan TerraPay dan lesen tempatan, kini menghubungkan pendatang Kanada ke rangkaian perkongsian global kami - Akaun Bank 2B, dengan lebih 500 juta dompet mudah alih- di 100 buah negara dan lebih 58 mata wang penyelesaian.

Ambar Sur, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, TerraPay bercakap pada saat yang membanggakan ini, "Lesen FINTRAC ialah peningkatan strategik sebagai komitmen kami dalam memacu berbilang operasi digital merentasi pelbagai negara. Kami telah dilengkapi untuk memenuhi keperluan pembayaran rakan kongsi kami dan pelanggan mereka di Kanada. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan akses global kepada semua peserta dan inovasi dalam ekosistem pembayaran."

*Data Bank Dunia tahun 2018

Tentang TerraPay 

TerraPay ialah penyedia infrastruktur dan penyelesaian pembayaran digital berlesen, yang merintis jalan dalam pembayaran global. Asas syarikat yang kukuh dan teknologi platform era baharu berfungsi sebagai medium berbilang operasi digital yang membolehkan pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia untuk menghantar dan menerima pembayaran secara selamat, telus, cekap dan dalam masa nyata. Jaringan yang cekap menyokong instrumen pembayaran dan jenis pembayaran yang pelbagai, sambil mematuhi peraturan dan standard pematuhan yang kompleks di pasaran yang berlainan.

Hubungan Media:
Anwesha Mukherjee
+91 9717241606

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1222771/TerraPay_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Terrapay Solutions India Private Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion Licensing/marketing agreements Financial Technology