omniture

Avidity Science™ Memperluas Penyelesaian Penyelidikan Bioperubatan Melalui Pemerolehan Bio Medic Data Systems, Hydropac®, Lab Products, Inc. dan Harford Systems

Avidity Science
2020-10-27 08:00

WATERFORD, Wisconsin, 27 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Avidity Science hari ini mengumumkan langkah penting untuk mengembangkan kepemimpinan globalnya dalam penyelesaian penyelidikan bioperubatan melalui pemerolehan Bio Medic Data Systems, Hydropac®, Lab Products, Inc. dan Harford Systems. Pelaburan ini memperluas portfolio Avidity dalam produk penulenan dan penyaluran air, penyelesaian kawalan dan pemantauan, serta keupayaan perkhidmatan untuk meningkatkan sokongannya terhadap komuniti penyelidikan bioperubatan global.

"Kami teruja dengan pelaburan ini kerana ia menambahkan produk, keupayaan dan perkhidmatan penting kepada portfolio penyelidikan yang kami terajui dalam industri bioperubatan," kata Doug Lohse, ketua pegawai eksekutif, Avidity Science. "Bio Medic Data Systems, Hydropac® dan Lab Products merupakan peneraju inovasi yang diiktiraf, dan kami kini dapat menawarkan portfolio produk dan perkhidmatan yang paling komprehensif dan berteknologi maju untuk menyokong penyelidikan bioperubatan di seluruh dunia."

  • BMDS menyediakan produk canggih yang terkini untuk mengenal pasti model penyelidikan yang paling selamat dan tepat pada masa kini, mewujudkan sistem bersepadu sepenuhnya yang direka untuk mengautomasikan pengumpulan, perekodan dan pengesahan data penyelidikan untuk penyelidik dan kemudahan.
  • Hydropac® ialah kantung air dan sistem injap unik yang membaharui konsep penyaluran air. Penyelesaian model penyelidikan air yang lengkap, sistem Hydropac® yang revolusioner menampilkan kantung air filem yang fleksibel bergred FDA untuk sekali pakai dan pakai buang yang digabungkan dengan Disposable Valve™ (Injap Pakai Buang) steril sekali guna dan mesin di tapak untuk mengisi dan menutup kantung.
  • Lab Products, Inc. menghasilkan rangkaian lengkap rangka model penyelidikan dan peralatan penjagaan, dari rangka logam atau plastik kecil klasik hingga ke pelbagai sistem kawalan persekitaran yang teramat canggih. Teknologi mereka yang terbukti dan dipatenkan menangani masalah penyelidikan sehari-hari untuk melindungi model dan kakitangan penyelidikan dan memungkinkan penggunaan kawasan, waktu, dan tenaga kerja yang cekap.

"Kami yakin bahawa Avidity Science akan terus menyokong pelanggan setia kami dengan inovasi yang luar biasa, digabungkan dengan penawaran produk dan perkhidmatan yang kukuh. Kami teruja kerana rakan sekutu kami dapat bergabung dengan pasukan Avidity Science yang semakin berkembang dan memastikan peralihan perniagaan yang lancar," kata George Gabriel, presiden dan ketua pegawai eksekutif Lab Products, Inc.

"Dengan pertumbuhan penyelidikan bioperubatan yang pesat, Avidity perlu memberikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti bagi melindungi kajian penyelidikan berharga yang dijalankan untuk membantu masalah kesihatan yang kritikal dan sedang muncul di seluruh dunia," kata Laura Sarlin, naib presiden dan ketua perniagaan Bioperubatan Global Avidity.

Lohse menyimpulkan, "Pelaburan ini merupakan satu lagi langkah penting dalam mencapai Visi kami untuk membolehkan sains meningkatkan kualiti kehidupan. Avidity Science telah mewujudkan satu portfolio penyelesaian yang pelbagai dan jejak global yang mengukuhkan kedudukan kami sebagai rakan kongsi komuniti penyelidikan yang dipercayai."

Tentang Avidity Science
Avidity Science ialah peneraju dunia dalam bidang penulenan dan penyaluran air, kawalan dan pemantauan, serta penyelesaian perkhidmatan untuk komuniti sains hayat dan penyelidikan bioperubatan. Sejak tahun 1969, misi kami adalah untuk membolehkan sains meningkatkan kualiti kehidupan. Dengan operasi di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia, kami merupakan rakan kongsi yang dipercayai untuk komuniti penyelidikan global melalui teknologi dan sokongan yang tiada tandingan. Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan ini dan syarikat kami, sila lawati www.AvidityScience.com.

Source: Avidity Science
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers