omniture

Sai Life Sciences memperluas keupayaan biologi secara besar-besaran di kampus R&D bersepadu

Sai Life Sciences
2020-10-27 12:57 39

- Memulakan pembinaan bangunan baharu seluas 75,000 kaki persegi di Hyderabad 

- Meningkatkan pasukan pakar biologi di India kepada 170 orang

HYDERABAD, India, 27 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Sai Life Sciences, salah satu Organisasi Penyelidikan, Pembangunan & Pengeluaran Kontrak (CRDMO) India yang berkembang pesat, hari ini mengumumkan rancangan untuk memperluas keupayaan biologi di kampus R&D bersepadunya di Hyderabad, India dengan bangunan yang berkeluasan 75,000 kaki persegi serta pasukan seramai 170 orang pakar biologi. Bangunan baharu tersebut akan menempatkan perkhidmatan biologi in vitro dan in vivo, keupayaan DMPK dan toksikologi dengan barisan makmal pertama yang dijadualkan untuk dibuka pada bulan Mac 2021.

"Upcoming Discovery Biology facility of Sai Life Sciences in Hyderabad, India”
"Upcoming Discovery Biology facility of Sai Life Sciences in Hyderabad, India”

Dalam pengumuman tersebut, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengarah Urusan Sai Life Sciences, Krishna Kanumuri berkata, "Kami berhasrat untuk menghasilkan lebih 100 pembangunan sampel untuk rakan inovasi kami menjelang 2025. Pasukan penyelidik biologi kami yang sedang berkembang ditempatkan bersama-sama pasukan kami yang lain dalam bidang kimia perubatan, pembangunan proses, kejuruteraan proses dan peningkatan akan membolehkan kami mempercepat program penyelidikan pelanggan dalam jangka masa yang pantas serta pencapaian keputusan yang lebih singkat."

Sai Life Sciences telah meningkatkan keupayaan biologi dengan stabil untuk melengkapkan asas yang kukuh dalam bidang kimia perubatan, DMPK dan toksikologi bagi membantu pelanggan di sepanjang penyelidikan perubatan bermula daripada ID sasaran dan pengesahan hingga IND. Pada tahun lalu, syarikat tersebut membuka bangunan R&D antarabangsanya yang pertama, lengkap dengan sebuah makmal biologi di Boston, AS. Makmal Biologi Boston direka bentuk untuk menawarkan perkhidmatan biologi kepada syarikat bioteknologi dan syarikat baharu di rantau tersebut yang akan memenuhi keperluan biologi eksploratori dan tersuai. Pasukan pakar biologi, DMPK & saintis toksikologi yang sedang berkembang di India bekerja dengan lancar bersama-sama pasukan di Boston untuk memberikan penyelesaian optimum kepada pelanggan dari segi kepantasan, kos dan bakat.

Perkhidmatan penyelidikan syarikat itu menyokong pelbagai syarikat inovasi global daripada syarikat baharu hingga syarikat perubatan besar yang merangkumi pelbagai bidang terapeutik, termasuk onkologi, CNS, antivirus dan keradangan. Dengan latar belakang yang kukuh dan hubungan pelanggan yang berkekalan dengan purata lebih 10 tahun, Sai Life Sciences telah memajukan lebih 25 program hingga ke fasa klinikal yang berbeza-beza (IND hingga Fasa-III) dengan purata jangka masa selama 18 bulan dari peringkat Permulaan hingga Persampelan.

Sai Life Sciences memulakan proses transformasi organisasi pada tahun 2019, melalui inisiatif Sai Nxt dan dijenamakan semula sebagai CRO/CDMO global generasi baharu. Dengan berpandukan pandangan dan maklum balas daripada pelanggan, syarikat tersebut melaburkan lebih USD150 Juta (lebih INR1000 Cr) untuk memperluas serta menaik taraf bangunan R&D dan pengeluarannya, menarik bakat saintifik dan kepimpinan global yang terkemuka, memperkukuh sistem automasi dan data, dan yang paling utama, berjaya meningkatkan taraf keselamatan, kualiti dan tumpuan pada keperluan pelanggan.

Tentang Sai Life Sciences 

Sai Life Sciences ialah CDMO khidmat penuh yang didorong oleh visi untuk menyokong pelancaran 25 ubat-ubatan baharu menjelang tahun 2025.  Ia bekerjasama dengan syarikat inovasi farmaseutikal dan bioteknologi global, mempercepat penyelidikan, membangunkan dan mengeluarkan molekul kecil yang kompleks. Mengkhusus dalam CDMO, Sai Life Sciences telah berkhidmat kepada pelbagai kumpulan program pembangunan NCE, memberi nilai yang konsisten berdasarkan kualiti dan ketahanannya. Kini, ia bekerjasama dengan 7 daripada 10 syarikat farmaseutikal yang terbesar, serta beberapa syarikat farmaseutikal dan bioteknologi bersaiz kecil dan sederhana. Sai Life Sciences dimiliki secara persendirian dengan sokongan pelabur global, TPG Capital dan HBM Healthcare Investments. https://www.sailife.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044186/Sai_Life_Sciences_Logo.jpg?p=medium600  

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1319765/sai_life_sciences_biology_facility.jpg?p=medium600

 

 

Source: Sai Life Sciences
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion New products/services