omniture

Cytiva mengukuhkan sokongan terhadap industri diagnostik dengan makmal, perkhidmatan dan peningkatan rantaian bekalan baharu

Cytiva
2020-10-27 20:17
  • Ia kini menawarkan Perkhidmatan Diagnostik Cytiva, pembangunan ujian diagnostik baharu dan perkhidmatan sokongan secara maya atau di makmal baharu, untuk kegunaan para pembangun diagnostik pusat penjagaan yang akan mempercepatkan capaian ke pasaran percubaan baharu.
  • Peningkatan rantaian bekalan ini termasuk meningkatkan inventori, melabur di kilang dan memperluas bilangan organisasi usaha sama.

AMERSHAM, United Kingdom, 27 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Cytiva melancarkan perkhidmatan baharu untuk para pembangun diagnostik dan akan menubuhkan makmal baharu untuk memenuhi keperluan masa depan industri. Perkhidmatan Diagnostik Cytiva akan membantu pembangun mempercepatkan perjalanan ujian diagnostik titik penjagaan ke pasaran menggunakan infrastruktur, kepakaran dan runding cara untuk pembangunan imunoasai titik penjagaan. Berjuta-juta dolar akan dilaburkan, sebahagiannya digunakan untuk memperluas makmal kimia di Cardiff, Wales serta mendirikan makmal reka cipta di Jerman dan China.

Cytiva berperanan penting bekerja dengan para pembangun diagnostik semasa pandemik COVID-19. Secara keseluruhan, lebih 50 juta orang telah diuji dengan PCR menggunakan komponen atau perkhidmatan Cytiva. Komponen diagnostik, seperti membran nitroselulosa, digunakan dalam 18 ujian COVID-19 berasaskan imunoasai yang tersedia hari ini.

Pelaburan dalam makmal komponen diagnostik molekular di Wales menandakan lebih banyak kerja-kerja yang dijalankan dengan syarikat seperti Genedrive, sebuah syarikat diagnostik molekular. David Budd, Ketua Pegawai Eksekutif Genedrive berkata, "Pasukan R&D kami bekerjasama dengan cekap dalam menggabungkan kepakaran, pengalaman dan teknologi mereka untuk menyampaikan Kit PCR yang inovatif berdasarkan formula 'Siap Sedia' Cytiva. Kepantasan pergerakan kami dilancarkan oleh kerjasama yang terjalin selama bertahun-tahun."

Perkhidmatan baharu akan menggunakan kaedah yang sama sebagaimana kerjasama yang wujud antara Cytiva dengan Avacta. Syarikat-syarikat tersebut sedang bersama membangunkan jalur ujian antigen pantas COVID-19 untuk menghasilkan keputusan menggunakan air liur pesakit dalam masa beberapa minit.

Alastair Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Avacta, mengulas: "Cytiva ialah rakan penting dalam membangunkan ujian antigen koronavirus yang pantas dan kami terus bekerja sama dengan mereka, serta rakan pembuatan kami, untuk menyiapkan ujian dalam format yang bersesuaian dengan proses pengeluaran yang semakin meningkat bagi memenuhi permintaan yang diramalkan."

Perkhidmatan baharu ini akan merangkumi latihan, ujian kepakaran optimum dan pembangunan kontrak yang boleh dijalankan secara maya atau peribadi di makmal baharu Cytiva di Dassel, Jerman. Sebuah lagi makmal untuk kerja-kerja pembangunan diagnostik sedang dirancang untuk dibina di China pada tahun 2021. Projek ini merupakan sebahagian daripada pelaburan Cytiva bernilai USD500 juta selama lima tahun untuk meningkatkan keupayaan pembuatan.

Emmanuel Abate, Naib Presiden, Penyelidikan Genomik dan Selular di Cytiva, berkata: "Kami lihat banyak syarikat baharu yang menceburkan diri dalam bidang ini, tahun ini bagi menangani cabaran pandemik. Sebagai penyedia komponen diagnostik yang berpengalaman lebih daripada 30 tahun, kami berperanan penting membantu industri melalui siri cabaran seterusnya dengan kepakaran pembuatan dan reka bentuk kami."

Sertai Sidang Kemuncak Diagnostik Cytiva Secara Maya
Pada 28 Oktober, Cytiva menganjurkan sidang kemuncak maya yang mencetus minda dan interaktif dengan penampilan teknologi, produk serta penyelesaian baharu yang menyokong pembangunan diagnostik. Daftar di sini untuk acara langsung ini atau untuk mengakses ulang siar (tersedia selama 12 bulan)

Tentang Cytiva
Cytiva ialah peneraju sains hayat global dengan lebih daripada 7,000 pertubuhan di seluruh 40 buah negara yang dikhususkan untuk memaju dan mempercepatkan industri terapeutik. Sebagai rakan kongsi kepercayaan pelanggan yang pelbagai dari segi skala dan skop, Cytiva memberi kepantasan, kecekapan dan kapasiti untuk penyelidikan dan aliran kerja pembuatan, membolehkan pembangunan, pembuatan dan penghantaran ubat-ubatan transformatif kepada pelanggan.

Source: Cytiva
Related Stocks:
NYSE:DHR
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals New products/services