omniture

NorthStar Membina Rangkaian Satelit Pertama Dunia untuk Memerangi Ancaman Ambang Perlanggaran Angkasa

NorthStar Earth & Space Inc.
2020-10-28 01:05

Keselamatan dan Kelestarian untuk Ekonomi Angkasa Baharu

MONTREAL, 28 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- NorthStar Earth & Space (NorthStar), sebuah syarikat Kanada dengan misi pertama di angkasa untuk berkhidmat kepada Ekonomi Angkasa Baharu yang berkembang pesat secara selamat dan lestari, telah mengikat perjanjian dengan Thales Alenia Space (TAS) bagi membina tiga satelit pertama daripada rangkaian sulung "Skylark" untuk perkhidmatan Kesedaran Situasi Angkasa (SSA), dengan LeoStella WA dan Seattle yang akan menyelia pemasangan akhir.

NorthStar Earth & Space's satellite constellation is the first dedicated to space situational awareness services
NorthStar Earth & Space's satellite constellation is the first dedicated to space situational awareness services

Dengan industri angkasa komersial yang diramalkan bernilai $2.7 trilion, satelit baharu dan rangkaian mega ini dilancarkan ke persekitaran berbahaya yang penuh sesak dengan lalu lintas dan debu angkasa. Perkhidmatan rangkaian Skylark NorthStar dirancang untuk merevolusikan keselamatan penerbangan angkasa.

NorthStar ialah perkhidmatan komersial pertama yang memantau angkasa, dari angkasa, menggunakan rangkaian satelit yang mempunyai pengimbas optik yang khusus. Dengan katalog 3D selamat yang dipacukan oleh data untuk keseluruhan angkasa, dikuasakan oleh analitik SSA yang canggih, NorthStar akan menghantar Data Lalu Lintas Angkasa, Perkhidmatan Penghindaran Perlanggaran dan Navigasi yang tepat dan terperinci kepada komuniti satelit global.

"Ekonomi Angkasa Baharu bergantung pada keselamatan dan kelestarian angkasa. NorthStar, sistem SSA komersial yang pertama di angkasa, akan menghantar maklumat penting kepada pengendali ruang angkasa, membolehkan navigasi yang selamat dan membantu pengurusan lalu lintas ruang angkasa global. Kami bermatlamat untuk menjadikan angkasa selamat untuk perniagaan, pada masa sekarang dan masa hadapan."

Stewart Bain, CEO dan pengasas bersama, NorthStar Earth & Space

"Space Alliance berbangga dapat menyumbang kepada kejayaan NorthStar. Thales Alenia Space akan menggunakan kepakaran bertaraf dunia dalam instrumen optik yang berkaitan dengan platform pelbagai misi Leostella bagi menyokong misi penting ini. Skylark merealisasikan langkah pertama dalam memberikan maklumat berterusan kepada operator satelit." 

Herve Derrey, CEO, Thales Alenia Space

Tentang NorthStar Earth & Space

Rakan Pengasas

Pelabur NorthStar terdiri daripada gabungan rakan strategik global, termasuk Telesystem Space (sebuah syarikat bersama keluarga Sirois, Telesystem dan Roger's Family Trust Kanada), the Space Alliance (Thales Alenia Space and Telespazio) Eropah, KinetX (USA), Kerajaan Quebec dan Kerajaan Kanada.

Misi Skylark

Bermula pada tahun 2022, NorthStar akan memulakan operasi Skylark untuk membolehkan perkhidmatan pengesanan masa nyata berketepatan tinggi, meningkatkan tahap SSA sedia ada kepada tahap Space Information & Intelligence (SI2).

Dengan pandangan menyeluruh dari semua orbit berhampiran bumi, pengimbas angkasa Skylark akan menghasilkan pemerhatian terperinci tentang lebih banyak objek angkasa berbanding sistem semasa dengan frekuensi lawatan yang lebih tinggi bagi setiap objek. Hasilnya ialah liputan, penjagaan dan peningkatan kemampuan ramalan yang tiada tandingan.

Misi Dwi Rangkaian Earth & Space

Bermula pada tahun 2024, NorthStar merancang untuk meningkatkan misi Skylark dengan satelit dwimisi yang melakukan pemerhatian SSA dan Bumi. Satelit dwimisi ini akan dilengkapi dengan pengimbas Hiperspektral, Inframerah dan Optikal yang akan berfungsi secara berterusan dari angkasa, pengimejan, digitalisasi dan menganalisa perincian ekosistem Bumi serta orbit di sekitarnya setiap hari.

Platform NorthStar yang digunakan oleh Skylark akan diperluas untuk memasukkan data Bumi bagi penyelesaian penghantaran maklumat mengikut konteks secara langsung kepada pengguna sektor swasta dan awam, sekali gus menyampaikan maklumat kritikal tentang Bumi dan persekitaran orbitnya.

Laman Web: https://northstar-data.com/ 
Twitter: https://twitter.com/NSEarthandSpace

Maklumat: media@northstar-data.com


Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1320294/northstar_earth___space_inc__northstar_building_world_s_first_sa.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1320244/northstar_earth___space_inc__northstar_building_world_s_first_sa.jpg?p=medium600

Source: NorthStar Earth & Space Inc.
Keywords: Aerospace/Defense New products/services