omniture

MMI SpA Lancarkan Teknologi Perintis, Memajukan Pembedahan Mikro Robotik dengan Instrumen Pembedahan Pergelangan Tangan Terkecil di Dunia

MMI SpA
2020-10-28 20:00 44

Prosedur Pertama Dijalankan dengan Sistem Pembedahan Symani

CALCI, Itali, 28 Oktober 2020  /PRNewswire/ -- MMI SpA, sebuah syarikat Itali yang mengkhusus dalam memajukan hasil klinikal untuk pesakit yang menjalani pembedahan mikro, hari ini telah mengumumkan CE Mark, pelancaran dan penggunaan pertama Sistem Pembedahan Symani® di Eropah untuk prosedur pembedahan mikro terbuka ke atas manusia. Empat pembedahan robotik pertama telah berjaya dilakukan di Florence, Itali, termasuk rekonstruksi tiga anggota bawah pascatrauma yang kompleks serta satu rekonstruksi farinks pascaonkologi.

MMI’s Symani® Surgical System for Robotic Microsurgery
MMI’s Symani® Surgical System for Robotic Microsurgery

"Terdapat permintaan yang ketara untuk penggunaan robotik dalam pembedahan mikro kerana keupayaan tangan manusia yang terbatas. Kami menubuhkan MMI untuk membangunkan sistem robotik yang direka untuk dan dengan pakar bedah mikro yang akan meningkatkan hasil dan menangani keperluan pesakit yang belum dipenuhi, terutamanya melalui teknik pembedahan mikro super yang diperlukan untuk prosedur limfatik dan prosedur lain yang sangat rumit. Kami gembira kerana berada di barisan hadapan era baharu dalam pembedahan robotik sewaktu melancarkan Sistem Symani kami di Eropah," kata Giuseppe Maria Prisco, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif MMI.

Sistem Pembedahan Symani menggabungkan manfaat pengurangan getaran dan penskalaan gerakan (7-20x) dengan instrumen pergelangan tangan terkecil di dunia, yang memberikan tujuh darjah kebebasan dan kecekatan yang melebihi keupayaan tangan manusia. Instrumen sistem NanoWrist® ini direka untuk mengatasi cabaran dalam rekonstruksi flap bebas, penanaman semula, kecacatan kongenital, pembaikpulihan saraf periferal dan pembedahan limfa, yang kesemuanya mewakili lebih daripada satu juta prosedur setiap tahun di A.S. dan Eropah sahaja.

"Pembedahan mikro dan pembedahan mikro super – sebagai alat, teknik dan disiplin - terus berkembang. Penggunaan robotik memberikan jaminan besar dalam memajukan kepakaran pembedahan mikro dan meningkatkan rawatan kepada pesakit yang mengalami trauma, barah, kecacatan kongenital dan keadaan kronik seperti limfedema," ulas L. Scott Levin, MD, FACS, FAOA, Ketua Jabatan Pembedahan Ortopedik, Profesor Bahagian Pembedahan Plastik di Sekolah Perubatan Universiti Pennsylvania, sebagai reaksi kepada berita mengenai kes-kes klinikal pertama.

"Kami berbangga dapat membawa inovasi ini kepada pesakit di Eropah dan berharap ia dapat membolehkan pakar bedah di seluruh dunia menangani prosedur yang sangat mencabar bagi anatomi yang sangat kecil dengan peningkatan dalam ketepatan, kebolehulangan dan kecekapan," kata Hannah Teichmann, pengasas bersama dan Naib Presiden Pembangunan Klinikal MMI.

Tentang MMI 

Medical Microinstruments S.p.A. (MMI) telah ditubuhkan pada tahun 2015 berhampiran Pisa, Itali untuk meningkatkan prestasi pembedahan melalui pembangunan sistem robotik yang membolehkan pakar bedah mencapai hasil yang lebih baik dalam pembedahan mikro. Sistem Pembedahan Symani menggabungkan inovasi eksklusif, termasuk instrumen mikro pergelangan tangan terkecil di dunia serta teknologi pengurangan getaran dan penskalaan gerakan. Gabungan keupayaan canggih ini membolehkan lebih ramai pakar bedah melakukan pembedahan mikro di samping mengembangkan bidang pembedahan mikro super. MMI disokong oleh pelabur teknologi perubatan antarabangsa seperti Andera Partners, Panakes Partners, Fountain Healthcare Partners dan Sambatech.

Dr. Levin bertindak sebagai penasihat perubatan syarikat dan menerima pampasan kewangan daripada Medical Microinstruments S.p.A. 

Buat masa ini sistem MMI untuk pembedahan mikro robotik hanya tersedia secara komersial di Kawasan Ekonomi Eropah.www.mmimicro.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1320169/symani_mmi.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1320170/MMI_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: MMI SpA
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services