omniture

BioInvent Selesai Memeterai Perjanjian Pelesenan Pertama di China, MSQ Ventures sebagai Penasihat

MSQ Ventures
2020-10-29 20:36

NEW YORK, 29 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- M.S.Q. Ventures ("MSQ") hari ini mengumumkan bahawa pelanggannya, BioInvent International, AB ("BioInvent"), telah berjaya memeterai perjanjian pelesenan dengan CASI Pharmaceuticals, Inc. ("CASI") bagi pembangunan dan pengkomersialan BI-1206 di wilayah Tanah Besar China. BI-1206 ialah proprietari BioInvent antibodi anti-FcγRllB tahap klinikal yang dibangunkan untuk merawat pelbagai jenis penyakit barah termasuk limfoma Non-Hodgkin dan ketumbuhan yang parah.

Martin Welschof, Ph.D., Ketua Pegawai Eksekutif BioInvent menyatakan, "Perjanjian tersebut merupakan lanjutan daripada pengesahan platform penyelidikan BioInvent yang berdaya tahan dan program klinikal yang inovatif, dan kami mengalu-alukan peluang baharu untuk membangunkan program terapeutik untuk pesakit di wilayah tambahan, sepertimana yang dilaksanakan di Tanah Besar China dengan kerjasama CASI." Dr. Welschof berkata, "Pasukan MSQ bekerja dengan lancar manakala pasukan luaran kami menumpukan pada pembangunan dan pelaksanaan strategi China dan gigih berusaha membantu kami mengenal pasti, menilai dan memberikan nasihat tentang peluang strategi semasa dan akan datang untuk terus mengembangkan kemampuan BioInvent berkhidmat kepada pesakit barah di rantau ini. Kami menghargai bantuan MSQ agar kami dapat menyiapkan transaksi ini dengan lancar dan cepat melalui perantaraan maya dalam suasana semasa yang mencabar."

Wei-Wu He, Ph.D., Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CASI berkata, "Matlamat kami di CASI adalah untuk mencipta ubat-ubatan inovatif untuk melengkapkan aliran teras kami dan bidang terapeutik. BI-1206 berpotensi digunakan dalam kombinasi bersama agen imunoterapi utama dan amat sepadan dengan pemikiran strategik kami serta menarik minat kami mengikuti peluang ini. Kami kagum dengan kejayaan pasukan BioInvent setakat ini dan berharap untuk mencipta kejayaan yang lebih besar bersama-sama."

"Aset utama BioInvent BI-1206 melengkapkan saluran CASI. Kedua-dua pasukan tersebut amat sepadan dari segi budaya, ini penting untuk pembangunan klinikal dan pengkomersialan BI-1206. Pembangunan klinikal di China akan mempercepat jangka masa pembangunan penuh BI-1206 di seluruh dunia dan menghasilkan nilai yang signifikan," kata Echo Hindle-Yang, Ketua Pegawai Eksekutif MSQ. "Kami mengucapkan tahniah kepada Martin, Wei-Wu dan pasukan BioInvent dan CASI atas kejayaan penting ini."

Tentang MSQ

MSQ Ventures ialah firma penasihat rentas sempadan yang berpusat di New York yang menjadi perantara industri penjagaan kesihatan di seluruh dunia dengan menawarkan pengetahuan mendalam, jaringan yang kukuh serta pandangan tempatan mengenai pasaran China. Bermula daripada memahami segmen utama pasaran penjagaan kesihatan China, mengenal pasti dan menyaring rakan niaga berpotensi tinggi hingga merundingkan perjanjian yang bertujuan memaksimumkan penciptaan nilai, pasukan kami memberikan tumpuan terhadap hasil, mengutamakan kecekapan untuk membimbing pelanggan kami melalui keseluruhan proses.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1322232/MSQ_Ventures__Logo.jpg?p=medium600

Source: MSQ Ventures
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements