omniture

Benson Hill Meningkatkan $150 Juta dalam Pusingan Pembiayaan Siri D untuk Mempercepat Inovasi Makanan pada Skala Global

Benson Hill
2020-10-30 00:42 5

- Pembiayaan diterajui bersama oleh Wheatsheaf dan GV dengan penglibatan yang besar daripada para pelabur strategik dan alam sekitar, sosial dan kawal selia (ESG) di seluruh rantaian nilai makanan dan pertanian.

- Benson Hill akan menggunakan dana tersebut untuk meningkatkan operasi komersialnya dan platform jentera inovasi makanan CropOS™ di seluruh pasaran yang terdiri daripada pelbagai makanan dan ramuan.

ST. LOUIS, 29 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Benson Hill mengumumkan penutupan pusingan pembiayaan dana Siri D bernilai $150 juta yang diterajui oleh Wheatsheaf Group dan GV (sebelum ini dikenali sebagai Google Ventures). Jentera inovasi makanan syarikat iaitu CropOS™ menyentuh kepelbagaian genetik alam untuk membangun dan mengkomersialkan pilihan makanan dan ramuan lestari yang memanfaatkan peladang, semua jenis syarikat dan yang paling penting, pengguna. Pusingan pembiayaan ini akan mempercepat usaha syarikat teknologi makanan tersebut untuk menggunakan teknologi platform, mengembangkan pembangunan rakan niaga di seluruh rantaian bekalan dan meningkatkan usaha pengkomersialan produk.

Ikuti Siaran Akhbar Pelbagai Saluran interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8799651-benson-hill-series-d/

Pusingan pembiayaan ini juga menarik minat pelbagai pelabur yang mengiktiraf model perniagaan syarikat dan berpotensi untuk memberi kesan terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia dan planet dengan kemajuan sistem pemakanan. Pelabur baharu dan lama termasuk Argonautic Ventures, Caisse de dépôt et placement du Québec (CDPQ), Emart, GS Group, Louis Dreyfus Company, iSelect Fund, Fall Line Capital, Mercury Fund, Prelude Ventures, Prolog Ventures, S2G Ventures dan pertambahan para pelabur strategik serta firma pelaburan swasta.

Benson Hill memanfaatkan Cloud Biology®, satu disiplin yang menggabungkan kehebatan sains data, pembelajaran mesin dan teknik kecerdasan buatan dengan biologi dan genomik tumbuh-tumbuhan. CropOS™ ialah platform yang menjadikan disiplin ini berupaya bertindak, mempercepatkan kepersisan dan jangka masa pembangunan produk dengan ketara. Platform teknologi Benson Hill dan usaha sama berupaya memperkasakan ciptaan suapan yang lebih sihat dan lestari, pilihan makanan dan ramuan yang dicari pengguna sambil memberikan prestasi tanaman yang baik yang diinginkan oleh para petani.

"Sebagai sebuah firma, kami memfokuskan pelaburan dalam inovasi yang menghasilkan kalori dan nutrisi yang bertepatan untuk populasi global yang semakin meningkat dalam sistem pemakanan yang kurang dijana komoditi," kata Stephan Dolezalek, Pengarah Eksekutif Wheatsheaf Group. "Kami merasakan bahawa budaya dan rakan niaga yang memacu Benson Hill bakal memberi impak ketara terhadap cabaran kesihatan dan kelestarian yang membebankan sistem pemakanan yang ada hari ini, dengan cara yang memanfaatkan masyarakat dan alam sekitar."

"Kami gembira dapat menyumbang kepada peningkatan usaha Benson Hill untuk memajukan masa depan kelestarian makanan dengan merealisasikan ciptaan nilai berpotensi yang dijana oleh inovasi teknologi," kata Max Clegg, Ketua program permodalan korporat Syarikat Louis Dreyfus, LDC Innovations. "Kehebatan genomik dan kepelbagaian genetik tidak banyak digunakan dan kami percaya bahawa teknologi serta model kolaborasi syarikat merungkai kecekapan dan pembezaan produk baharu untuk para pemegang taruh di seluruh rantaian nilai daripada petani hingga pengguna akhir."

"Gerakan protein berasaskan tumbuhan adalah berskala global," kata Hewie Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Emart, Shinsegae Group. "Inovasi produk Benson Hill, khususnya dalam lapangan kepadatan protein dan nutrien, diseimbangkan untuk membantu mempercepatkan penggunaan bahan alternatif berasaskan tumbuhan. Pelaburan kami mencerminkan hasrat strategik untuk membantu merealisasikan wawasan penyampaian pilihan makanan yang lebih sihat dan lestari kepada pengguna global melalui saluran yang stabil."

Dengan pusingan pembiayaan baharu ini, Benson Hill akan terus memajukan Cloud Biology® dan jentera inovasi CropOS™, memperkukuh usaha pengembangan rakan kongsi, terus mengambil bakat-bakat terbaik dan mendorong pelancaran komersial pelbagai kacang soya Protein Ultra Tinggi pertama pada tahun 2021, antaranya. Portfolio syarikat tentang pelbagai kacang soya berkualiti tinggi memberi kepelbagaian menyeluruh terhadap ciri-ciri premium yang dicari-cari, termasuk pencernaan yang lebih baik, asid lemak omega yang sihat untuk jantung dan protein yang lebih tinggi yang menyajikan makanan berasaskan tumbuhan, minyak kesihatan, makanan haiwan dan pasar akuakultur .

"Sebagai sebuah masyarakat, kita berada dalam persekitaran yang lebih jelas kerana pandemik telah mengungkap kekuatan dan kelemahan dalam sistem pemakanan kita," kata Matt Crisp, Ketua Pegawai Eksekutif Benson Hill. "Pilihan makanan yang memberi kenikmatan, membuat kita lebih kuat dan membantu memelihara persekitaran, harus dapat diakses oleh semua orang dan kehebatan kepelbagaian tumbuhan serta inovasi teknologi dapat membantu penjanaan evolusi tersebut. Kami menghargai pertumbuhan daripada gabungan para pelabur, pemegang taruh, petani dan rakan kongsi yang menyedari akan gesaan dan peluang pada masa ini untuk berfikir secara kolaboratif dan memodenkan pengeluaran makanan."

Tentang Benson Hill
Benson Hill memajukan bidang pemakanan dengan Cloud Biology® dan platform CropOS™, jentera inovasi makanan terkemuka yang menggabungkan sains data dan pembelajaran mesin dengan biologi dan genetik. Benson Hill memperkasa penginovasi untuk mengungkap kepelbagaian genetik alam daripada tumbuh-tumbuhan hingga ke pinggan, dengan tujuan mewujudkan pilihan makanan dan ramuan yang lebih sihat dan sedap yang boleh diakses dan dilestarikan secara meluas. Maklumat lanjut boleh didapati di bensonhill.com atau Twitter di @bensonhillinc.

Tentang Wheatsheaf Group
Wheatsheaf Group melabur dalam perniagaan makanan dan pertanian menggunakan modal dan kepakaran dengan perspektif berwawasan untuk membuahkan manfaat komersial dan sosial yang berkekalan. Dengan salah satu pasukan pelaburan terbesar dan paling lama dalam sektor ini, Wheatsheaf bekerjasama dengan syarikat-syarikat di bawahnya untuk mencipta kecekapan dalam pengeluaran dan pengedaran makanan; membangunkan model dan teknologi perniagaan inovatif bagi menghasilkan makanan dengan harga berpatutan, berkhasiat dan selamat untuk kesihatan sejagat. Dengan menggunakan model dan teknologi perniagaan secara komersial, Wheatsheaf berusaha memberi penyelesaian berkekalan untuk menangani salah satu cabaran masyarakat moden yang paling mendesak - membekalkan makanan yang sihat dan berkhasiat bagi memenuhi tuntutan populasi global yang berubah. Wheatsheaf Group merupakan sebahagian daripada Grosvenor Estate.

Tentang Louis Dreyfus Company (LDC)
LDC ialah pedagang dan pemproses hasil tani yang terkemuka. Dengan memanfaatkan jangkauan global dan rangkaian aset yang luas untuk berkhidmat kepada pelanggan dan pengguna di seluruh dunia, syarikat berusaha menyampaikan produk yang betul ke lokasi yang tepat, pada waktu yang tepat - dengan selamat, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Kegiatannya merangkumi seluruh rantaian nilai daripada ladang hingga penggembur, merentasi pelbagai jenis perniagaan (platform). Sejak tahun 1851, portfolio syarikat berkembang merangkumi Gandum & Minyak Bijirin, Kopi, Kapas, Jus, Beras, Gula, Pengangkutan dan Pasaran Global. LDC membantu memberi makanan dan pakaian kepada sekitar 500 juta orang setiap tahun dengan menghasilkan, memproses dan mengangkut sekitar 80 juta tan produk. Dengan strukturnya sebagai organisasi matriks dari enam wilayah geografi dan lapan platform, syarikat ini aktif di lebih daripada 100 buah negara dan mempunyai kira-kira 18,000 orang pekerja di seluruh dunia.

Tentang Emart
Emart, ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Korea, peruncit pelbagai format yang merangkumi pasar raya Emart, Emart Traders, model gudang peruncitan, Shinsegae Food, yang memiliki kilang pembuatan, saluran agihan makanan, restoran antarabangsa dan francais minuman, kedai serbaneka Emart24, pasar raya mini Emart Everyday, kompleks membeli-belah mewah, Starbucks Korea dan SSG.COM (pusat membeli-belah dalam talian). Portfolio syarikat ini menyediakan interaksi pengguna yang besar, yang dijana oleh kunjungan bulanan separuh daripada populasi Korea Selatan dan 20 juta ahli kad kesetiaannya yang aktif. Selain daripada Korea, Emart juga mempunyai tapak peruncitan di Asia termasuk di Vietnam, Mongolia, Philippines dan China. Emart, melalui bahagian Penyumberan Globalnya, beroperasi di beberapa buah pejabat antarabangsa termasuk Emart America Inc., sebuah entiti yang berpangkalan di A.S.-yang memperkenalkan produk import/eksport mewakili kesemua Gabungan Emart. Di A.S, Emart menjalankan kedai serbaneka premium di bawah jenama Bristol Farms, Metropolitan Market, New Seasons Market dan lain-lain melalui anak syarikatnya, Good Food Holdings. Maklumat lanjut boleh didapati di emartcompany.com.

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/554705/Benson_Hill_Biosystems_Logo.jpg

Source: Benson Hill
Keywords: Agriculture Computer Software Computer/Electronics Food/Beverages Broadcast feed announcements Venture Capital