omniture

Menampilkan Bandar Terbaik Dunia tahun 2021

Resonance Consultancy Ltd.
2020-10-30 02:01 9

Resonance Consultancy baru sahaja mengeluarkan edisi terbaharu kedudukan bandar paling komprehensif di planet ini. 

NEW YORK, 30 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Resonance Consultancy hari ini mengumumkan 100 buah bandar raya dengan prestasi terbaik di dunia dalam Laporan Bandar Terbaik Dunia tahunan mereka.

The 2021 World’s Best Cities Report, created by Resonance Consultancy, is the latest edition of the most comprehensive city ranking on the planet.
The 2021 World’s Best Cities Report, created by Resonance Consultancy, is the latest edition of the most comprehensive city ranking on the planet.

Penasihat terkemuka dalam bidang pelancongan, hartanah dan pembangunan ekonomi, kedudukan Bandar Terbaik Resonance mengukur dan menanda aras kualiti tempat, reputasi dan identiti kompetitif bagi bandar-bandar utama di dunia dengan populasi metropolitan seramai satu juta atau lebih. Mereka diangkat sebagai kedudukan bandar paling teliti di dunia, berdasarkan metodologi asli yang menganalisa statistik utama serta ulasan yang dihasilkan pengguna dan aktiviti dalam talian di saluran seperti Google, Facebook dan Instagram.

"Peringkat Bandar Terbaik Dunia terdiri daripada faktor pengalaman yang dianggap paling penting dalam memilih bandar untuk didiami dan dikunjungi, serta faktor empirikal yang dianggap penting oleh pembuat keputusan perniagaan bagi perniagaan atau pelaburan," kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Resonance Chris Fair.

Hasilnya, kedudukan Bandar Terbaik di Resonance tidak hanya menjadikan bandar sebagai tempat tinggal, bekerja atau berkunjung, tetapi mengambil pendekatan yang lebih holistik menggunakan pelbagai faktor yang menunjukkan korelasi positif seperti menarik pekerjaan, pelaburan dan/atau pengunjung. Keadaan ini berkisar dari jumlah pengalaman masakan dan muzium, hingga kepada jumlah perbadanan Global 500, perhubungan penerbangan langsung dan sebutan pada setiap bandar yang ada di Instagram.

Berdasarkan prestasi setiap bandar dalam 25 faktor yang dianalisis, berikut adalah Bandar Terbaik di Dunia untuk tahun 2021:

1) London, England
2) Bandar Raya New York, USA
3) Paris, Perancis
4) Moscow, Rusia
5) Tokyo, Jepun
6) Dubai, Emiriah Arab Bersatu
7) Singapura, Republik Singapura
8) Barcelona, Sepanyol
9) Los Angeles, USA
10) Madrid, Sepanyol
 

Kedudukan lengkap 100 buah bandar teratas boleh didapati di BestCities.org/Reports/2021-Worlds-Best-Cities/

Dan mengapakah kedudukan bandar-bandar di dunia amat penting sekarang ini?

"Data yang dikumpulkan untuk kedudukan tahun ini memberikan gambaran tentang prestasi bandar-bandar ini yang sedang menghadapi pandemik," kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Resonance Chris Fair. "Setahun dari sekarang, kita dapat melihat bagaimana COVID-19 mempengaruhi setiap bandar ini dan kita boleh melihat bandar manakah yang paling berdaya tahan dalam menghadapi krisis ini."

Tentang Resonance Consultancy 

Resonance merupakan perunding global untuk pencipta peluang strategik dan kreatif. Sebagai penasihat terkemuka dalam bidang hartanah, pelancongan dan pembangunan ekonomi, Resonance menggabungkan kepakaran dalam bidang penyelidikan, strategi, penjenamaan dan komunikasi untuk menjadikan destinasi, bandar dan pembangunan lebih berharga dan lebih menarik. ResonanceCo.com

Tentang BestCities.org 

Best Cities merupakan kediaman kedudukan eksklusif Resonance daripada destinasi bandar utama di dunia. Data tersebut digunakan oleh platform berita mulai dari National Geographic hingga Lonely Planet dan Bloomberg menyebutnya sebagai "Kajian paling komprehensif seumpamanya; ia mengenal pasti bandar-bandar yang paling didambakan bagi penduduk tempatan, pengunjung dan ahli-ahli perniagaan dan bukannya dengan hanya melihat kehidupan atau tarikan pelancongan." BestCities.org | #BestCities

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:

Tom Gierasimczuk
Naib Presiden, Komunikasi
Resonance Consultancy
+1-604-649-8664
tomg@resonanceco.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1322822/resonance_consultancy_ltd__the_world_s_best_cities_in_2021_revea.jpg?p=medium600

Source: Resonance Consultancy Ltd.
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Real Estate Residential Real Estate Travel Survey, Polls & Research