omniture

Kajian Pengguna INC Mendapati Makanan-makanan Peningkat Tenaga dan Kesihatan Pencernaan Antara Trend Yang Paling Pesat Berkembang serta Penggalak Imuniti Dijangka Berkembang

INC International Nut and Dried Fruit Council
2020-10-30 16:25 43

Trend menunjukkan dalam masa lima tahun yang akan datang, peningkat tenaga dan kesihatan pencernaan akan menjadi lebih penting kepada pengguna dan penggalak imuniti juga perlu dilihat sebagai fokus kepada sistem imuniti yang mungkin disebabkan oleh COVID-19

REUS, Sepanyol, 30 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Penggunaan makanan yang meningkatkan tenaga dan penggalak kepada kesihatan pencernaan adalah antara trend pengguna yang paling besar dan pesat berkembang. Dalam kajian trend pengguna terkini, kedua-dua pasaran ini telah diramalkan akan menjadi yang paling pesat perkembangannya bagi kategori kesihatan dan kesejahteraan. Menjelang tahun 2024, saiz pasaran untuk produk peningkat tenaga dijangka akan meningkat sebanyak 50% dan produk penggalak kesihatan pencernaan dijangka meningkat sebanyak 32%. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengurusan berat badan masih menjadi keutamaan para pengguna, tetapi ia tidak diramalkan akan berkembang secepat dua perkara yang disebut sebelum ini.

Seterusnya, satu trend menarik yang perlu diberi perhatian ialah penggalak imuniti. Oleh kerana ramai orang prihatin terhadap pandemik COVID-19, tumpuan pengguna terhadap diet sihat adalah lebih kuat. Kajian trend menunjukkan bahawa syarikat-syarikat semakin berkembang dalam pasaran ini dan trend ini dijangka hanya akan meningkat dalam keadaan normal pasca-COVID-19. Di Amerika Utara, lebih daripada satu pertiga produk vitamin dan mineral mengiklankan dakwaan bahawa ia penggalak imuniti dan di Asia Pasifik, hampir separuh daripada produk vitamin dan mineral yang dikeluarkan pada tahun lalu mempromosikan dakwaan bahawa ia penggalak imuniti.

Penyelidikan trend ini dijalankan oleh International Nut and Dried Fruit Council sebagai sebahagian rancangan Penyebaran 2020-2021 dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan global kekacang dan buah-buahan kering sambil menyebarkan manfaat kesihatannya.

Tentang INC 

INC ialah sebuah organisasi antarabangsa yang menaungi industri kekacang dan buah-buahan kering. Ahlinya terdiri daripada lebih 800 syarikat sektor kekacang dan buah-buahan kering dari lebih 75 buah negara. Keahlian INC mewakili lebih 85% daripada nilai perdagangan kekacang dan buah-buahan kering "farm gate" atau ladang-ladang komersial di dunia. Misi INCI adalah untuk merangsang dan membantu dalam kelestarian perkembangan industri kekacang dan buah-buahan kering global. Ia adalah organisasi antarabangsa yang terkemuka dalam kesihatan, pemakanan, statistik, keselamatan makanan, dan piawaian antarabangsa berkenaan kekacang dan buah-buahan kering. 

Hubungan akhbar: e-mel press@nutfruit.org  dan telefon +34 977 331 416.

Source: INC International Nut and Dried Fruit Council
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Organic Food Publishing/Information Service Retail Supermarkets Survey, Polls & Research