omniture

Linksys dan Qualcomm Melancarkan Hotspot Mudah Alih 5G dan Wi-Fi 6 yang Pertama di Korea dan Hong Kong

Belkin International
2020-11-01 03:05 225

Menyediakan persekitaran rangkaian terbaik pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan teknologi terkini

LOS ANGELES, 1 November 2020 /PRNewswire/ -- Linksys, Bahagian hubungan kediaman dalam lingkungan entiti Belkin International dan Foxconn Interconnect Technology (FIT), memperkenalkan Hotspot Mudah Alih 5G dan Wi-Fi 6 yang pertama di Korea bersama Korea Telecom (KT), pembawa mudah alih terbesar di Korea dan di Hong Kong bersama-sama CSL. Hotspot Mudah Alih Linksys 5G didayakan oleh Sistem Qualcomm® Snapdragon™ X55 5G Modem-RF dan sistem perhubungan mudah alih Qualcomm® FastConnect™ 6800.  

Linksys 5G Mobile Hotspot
Linksys 5G Mobile Hotspot

Hotspot Mudah Alih Linksys 5G memanfaatkan 5G dan Wi-Fi 6 untuk kepantasan dan kelancaran perhubungan yang menakjubkan. Peranti tersebut merupakan hotspot mudah alih 5G paling ringan dan nipis di dunia dan merangkumi satu port USB-C dengan Qualcomm® Quick Charge™ Technology, yang memastikan peranti dijana dan dihubungkan secara optimum pada kediaman atau di mana-mana sahaja.

Hostspot Mudah Alih Linksys 5G membolehkan rangkaian yang pantas dan stabil menggunakan standard Wi-Fi 6 terkini dan teknologi Wi-Fi (802.11ax) dwijalur. Dengan penambatan USB yang menyokong data berkelajuan tinggi LTE serta berkapasiti besar, pengguna akan kekal terhubung tanpa mengira persekitaran atau situasi mereka.

"Hotspot mudah alih sangat penting untuk penggunaan rangkaian tanpa wayar yang pantas dan lancar dalam pelbagai persekitaran, yang membolehkan peningkatan hubungan, mobiliti dan produktiviti dalam banyak kes penggunaan," kata L.C. Wu, Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Kediaman Terhubung (Linksys, Wemo, Phyn), Belkin International. "Linksys teruja untuk melancarkan hotspot mudah alih 5G pertama yang menyokong 5G dan Wi-Fi 6 di Korea dengan KT dan Hong Kong dengan CSL. Kami akan terus melancarkan peranti 5G inovatif baharu di seluruh dunia dan menjangkakan lebih ramai pengguna akan menikmati kehidupan mudah alih yang cepat dan stabil dengan produk kami."

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Linksys untuk menyediakan Hotspot Mudah Alih 5G yang dijana oleh Sistem Modem-RF Snapdragon X55 5G bersama-sama sokongan untuk FastConnect 6800 kami," kata Gautam Sheoran, Pengarah Kanan Pengurusan Produk Qualcomm Technologies, Inc. "Bersama-sama, 5G dan Wi-Fi 6 dapat menyokong tenaga kerja jarak jauh dengan lebih baik dan meningkatkan hubungan rangkaian secara keseluruhan dengan kelajuan, kebolehpercayaan dan fleksibiliti dalam mengubah cara dunia dihubungkan."

Spesifikasi tambahan termasuk:

  • Hotspot mudah alih 5G paling nipis dan ringan di pasaran - dengan ketebalan 15.5 mm dan berat 185 g
  • Menghubungkan hingga 16 peranti
  • Kapasiti bateri 4,000mAh membolehkan penggunaan sepanjang hari

Tentang Linksys
Jenama Linksys merintis perhubungan tanpa wayar sejak ia mula dilancarkan pada tahun 1988 sebagai jenama penghala pertama berjumlah 100 juta unit yang dibekalkan ke seluruh dunia. Dikenali sebagai Teknologi Velop Intelligent Mesh™ yang memenangi pelbagai anugerah dan perisian pengimbas gerakan Linksys Aware WiFi bersepadu, Linksys membolehkan gaya hidup yang terhubung dengan kawalan kediaman dan perniagaan yang dipermudahkan, keselamatan yang ditingkatkan dan akses Internet yang lancar melalui ciri-ciri inovatif, aplikasi dan ekosistem rakan kongsi yang dipertingkatkan. Produk Linksys dijual di lebih daripada 60 buah negara dan boleh didapati di pusat peruncit utama di seluruh dunia.

Tentang Belkin International
Pada tahun 2018, Foxconn Interconnect Technology bergabung dengan Belkin International (Belkin®, Linksys®, Wemo®dan Phyn®) untuk membentuk sekumpulan peneraju barangan elektronik pengguna global. Hari ini, kumpulan ini menerajui cara orang berhbung dengan teknologi di rumah, di tempat kerja dan dalam perjalanan melalui aksesori ("Connected Things" - jenama Belkin) dan pasaran pintar ("Connected Home" - jenama Linksys, Wemo dan Phyn). 

Qualcomm Snapdragon, Qualcomm FastConnect dan Qualcomm Quick Charge merupakan produk iof Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau anak syarikatnya.

Qualcomm, Snapdragon, FastConnect dan Quick Charge ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Qualcomm Incorporated.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1322568/belkin_linksys_5g_mobile_hotspot.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/804342/FIT_Belkin_Family_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Belkin International
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Corporate Expansion