omniture

UOB menaik taraf program latihan seluruh Kumpulan, Better U, sebagai sebahagian daripada komitmen Bank tersebut untuk melabur dalam kakitangannya

Kakitangan UOB boleh memilih untuk mempelajari analisis data dan pengurusan projek semasa mereka merancang kerjaya mereka
United Overseas Bank
2020-11-02 12:55 273

SINGAPURA, November 2, 2020 /PRNewswire/ -- United Overseas Bank (UOB) mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah mengembangkan program pembelajaran dan pembangunan seluruh Kumpulan yang memenangi anugerah, Better U, untuk membolehkan kakitangan-nya untuk mempelajari set kemahiran dalam analisis data dan pengurusan projek, dua bidang penting untuk kebolehgajian masa depan. Better U merupakan salah satu program latihan andalan UOB di samping program latihan dan pelatihan Bank tersebut yang lain untuk kakitangannya.


 

Untuk Infografik Better U, sila klik di sini .

Berdasarkan penyelidikan oleh Institut Perbankan dan Kewangan (IBF) dan Penguasa Kewangan Singapura[1], analisis data akan menambah atau mengubah 90 peratus kerja dalam sektor kewangan dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Begitu juga dengan kemahiran pengurusan projek yang akan terus dicari-cari dalam kerja masa depan[2]. Dengan kepentingan dua set kemahiran ini, UOB membolehkan kakitangannya untuk mengkhusus dalam bidang tersebut dan mendahului pembangunan industri.

Untuk tahap seterusnya, Better U dibuka kepada semua pekerja UOB yang telah melengkapkan modul asas wajib, yang membangunkan kecekapan dalam lima bidang teras – pemikiran pertumbuhan, penyelesaian masalah, kesedaran digital, reka bentuk berpusatkan manusia dan penceritaan data.  Lebih daripada 8,000 pekerja UOB telah melengkapkan modul asas dan sebelum separuh pertama tahun depan, Bank tersebut menjangka bilangan tersebut akan hampir berganda kepada 15,000 pekerja UOB.

UOB memulakan peringkat program Better U yang seterusnya di acara maya dua hari untuk 26,000 tenaga kerja global yang kuat pada pagi ini. Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UOB, Mr Wee Ee Cheong, yang melancarkan acara maya tersebut, berkata pembelajaran berterusan adalah penting semasa model industri dan perniagaan sedang dibentuk semula oleh sebab kemajuan dalam teknologi dan perubahan dalam jangkaan dan tingkah laku pelanggan.

En. Wee berkata, "Di UOB, kami mempercayai bahawa pembelajaran berterusan adalah penting untuk kelestarian jangka masa panjang. Dunia baru memberikan peluang dan cabaran amat besar dan kami komited untuk melabur dalam masa depan dan dalam kakitangan kami.

Better U merupakan program pembangunan andalan kami yang kami lancarkan tahun lepas untuk kakitangan kami. Setakat ini, lebih daripada 8,000 rakan sekerja seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam modul asas. Better U adalah penting untuk mengilhamkan 96 peratus daripada peserta untuk terus membangunkan kemahiran, manakala 98 peratus telah menyatakan bahawa mereka komited untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah belajar dalam peranan mereka. Keputusan tersebut adalah sangat memberangsangkan kerana kami mempercayai bahawa setiap individu harus diberi peluang untuk mengambil inisiatif dan bertanggungjawab untuk perjalanan pembelajaran dan pertumbuhan diri mereka. Dengan ini, kami menambah dua landasan baharu kepada Better U – pengurusan projek dan analisis data – yang merupakan kemahiran penting yang boleh digunakan di semua fungsi dalam Bank."

Rakan niaga UOB termasuk CEO Grab, En. Anthony Tan, kemudian menyertai sembang 'fireside' manakala Ketua Pegawai Operasi dan Pemasaran Microsoft, En. Borko Kovacevic, menyertai CEO IBF, En. Ng Nam Sin, dan Profesor Susanna Leong daripada Universiti Nasional Singapura dalam sesi panel. Mereka berkongsi wawasan mereka tentang menukar pemikiran pekerja dan bagaimana mempelajari, melupakan dan mempelajari semula sesuatu untuk kekal relevan, bagaimana organisasi boleh berjaya dalam meningkatkan kemahiran tenaga kerja mereka dalam keupayaan digital dan apa yang mereka percaya merupakan penunjuk program latihan yang berjaya.

Peta jalan untuk membangunkan Better U untuk semua pekerja

UOB telah mereka tahap kedua Better U untuk membolehkan pekerja yang telah melengkapkan tahap asas Better U untuk memilih landasan yang ingin didalami mereka. Apabila UOB sedang memulakan dua landasan pada tahun ini – analisis data dan pengurusan projek, ia merancang untuk mengembangkan landasan khusus dalam bidang lain seperti keselamatan siber, pengalaman pengguna berpusatkan manusia dan reka bentuk antara muka pengguna menjelang 2023.

Landasan analisis data dan pengurusan projek bercirikan tiga peringkat progresif, yang sepenuhnya digital dan direka dengan kandungan bersaiz gigitan, supaya pekerja boleh melihatnya mengikut langkah dan kemudahan diri mereka. Bank tersebut telah mempelajari daripada sekatan penjarakan selamat dan penutupan COVID-19 untuk memastikan semua rakan sekerja boleh memperoleh kemahiran yang diperlukan mereka, dari jarak jauh dan mengikut keperluan kehidupan kerja dan rumah mereka.

Setiap tahan program latihan khusus tersebut membolehkan peserta mempelajari dan memperoleh kemahiran mengikut tahap pengalaman dan ilmu mereka. Ini memastikan latihan tersebut bermakna kepada pekerja yang meningkatkan kemahiran atau kepada pengamal yang merasakan keperluan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam disiplin pilihan mereka. Untuk mewujudkan dan menguruskan kokurikulum tersebut, UOB mendapatkan wawasan daripada pakar subjek di seluruh Bank seperti ahli teknologi dan pakar data untuk memastikan landasan pembangunan kemahiran khusus tersebut adalah praktikal dan boleh digunakan dalam latar dunia nyata.

En. Bernard Tay, yang mempunyai pengalaman 10 tahun di UOB sebagai Ketua Pasukan untuk Pusat Hubungan, menyertai program Better U dan berada dalam kohort pertama untuk memulakan landasan pengurusan projek. Dia berkata, "Saya bersyukur dan teruja untuk peluang ini untuk membangun dalam iklim semasa. Walaupun saya mempunyai kemahiran khusus dalam peranan semasa saya di Pusat Hubungan UOB, nilai mengembangkan ilmu saya dalam kepakaran pengurusan projek akan membolehkan saya bersedia dan berkeyakinan untuk berpindah ke peranan lain dan peluang masa depan di UOB. Saya berharap saya dapat mempraktikkan apa yang saya akan pelajari semasa perjalanan ini untuk membina kerjaya yang berjaya."

[1] Sumber: Kaji selidik "Kesan Integrasi Lebih Luas Analisis Data dan Automasi pada Tenaga Manusia di Sektor Perkhidmatan Kewangan Singapura", yang ditugaskan oleh Institut Perbankan dan Kewangan dan Penguasa Kewangan Singapura, 2019

[2] Sumber: tinjauan eksekutif kemahiran tenaga kerja oleh McKinsey Global Institute, Mac 2018

Mengenai United Overseas Bank

United Overseas Bank Limited (UOB) ialah bank terkemuka di Asia dengan rangkaian global lebih daripada 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sejak penubuhannya pada tahun 1935, UOB telah berkembang secara organik dan melalui beberapa siri pengambilalihan strategik. UOB dinilai antara bank teratas di dunia: Aa1 oleh Moody's Investors Service dan AA- oleh S&P Global Ratings dan Fitch Ratings. Di Asia, UOB beroperasi melalui ibu pejabatnya di Singapura dan anak syarikat perbankan di China, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, serta cawangan dan pejabat perwakilan di seluruh rantau ini.

Lebih dari lapan dekad, generasi pekerja UOB telah menerapkan semangat keusahawanan, tumpuan terhadap penciptaan nilai jangka panjang dan komitmen yang teguh untuk melakukan tindakan yang betul demi pelanggan dan rakan sekerja kami.

Kami berpegang teguh terhadap pendirian menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan kami komited membuat perubahan dalam kehidupan pemegang kepentingan kami dan dalam masyarakat tempat kami beroperasi. Sama seperti kami berdedikasi untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan bijak dan mengembangkan perniagaan mereka, UOB juga sama tegasnya dalam menyokong pembangunan sosial kami, terutama dalam bidang seni, anak-anak dan pendidikan.

Source: United Overseas Bank
Related Stocks:
OTC:UOVEY Singapore:U11
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources