omniture

Xinhua Silk Road: Kawasan Baharu Jiangbei Nanjing mengeluarkan buku untuk berkongsi amalan inovasi

Xinhua Silk Road
2020-11-02 21:23 233

BEIJING, 2 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Kawasan Baharu Jiangbei Nanjing, sebuah kawasan baharu peringkat negeri di Wilayah Jiangsu, timur China, pada hari Selasa lalu telah mengeluarkan sebuah buku yang memperkenalkan amalan dan kes inovasi mereka semenjak penubuhannya pada tahun 2015, yang bertujuan memberikan rujukan untuk pembangunan inovatif bagi kawasan baharu nasional yang lain di China.

Nanjing Jiangbei New Area releases book to share innovation practices
Nanjing Jiangbei New Area releases book to share innovation practices

Buku tersebut, dikeluarkan bersama oleh jawatankuasa pengurusan Kawasan Baharu Jiangbei Nanjing dan Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS), mengemukakan teori dan kes inovasi berdasarkan tinjauan ke atas 30 perusahaan teknologi tinggi, institusi R&D dan platform pembangunan industri, dan lebih 10 pakar dan wakil perniagaan, menurut Chen Xixi, pengarah pusat CEIS Jiangsu.

Sepanjang lima tahun lalu, sejumlah besar bakat telah tertarik untuk menetap di kawasan baharu untuk inovasi dan keusahawanan, ujar Li Xiaochun, timbalan pengarah biro inovasi sains dan teknologi di bawah jawatankuasa pengurusan Kawasan Baharu Jiangbei Nanjing.

Li turut menyebut bahawa berbanding 5 tahun lalu, bilangan perusahaan yang bertapak di kawasan baharu tersebut telah meningkat dua kali ganda, dengan bilangan perusahaan teknologi tinggi meningkat lebih 30 peratus setiap tahun secara purata, dan jumlah paten reka cipta meningkat 20 peratus setiap tahun secara purata.

Kawasan baharu tersebut telah menarik bakat dari puluhan universiti terkenal seperti Universiti Tsinghua dan Universiti Peking dan hampir 100 platform inovasi teknologi sci-tech (sains & teknologi) dan pusat teknologi kejuruteraan. Sementara itu, ia telah mengembangkan lebih 2,000 bakat dalam pelbagai bidang, termasuk dua pemenang Hadiah Nobel dan 58 ahli akademik.

Untuk mengambil bahagian dalam membangunkan kawasan penumpuan industri moden di Delta Sungai Yangtze, kawasan baharu tersebut telah memberi tumpuan untuk membangunkan sebuah bandar cip, bandar teknologi gen dan pusat kewangan baharu.

Bandar cip telah menempatkan 400 perusahaan litar bersepadu, yang pendapatan perniagaan utamanya meningkat 68 peratus tahun ke tahun dalam separuh pertama tahun 2020. Dijangkakan bahawa jumlah nilai output industri akan melebihi 50 bilion yuan pada tahun ini.

Bandar teknologi gen telah mengumpul 800 lebih perusahaan kesihatan, manakala pusat kewangan baharu telah menempatkan lebih 400 dana dengan jumlah modal sebanyak 500 bilion yuan.

Dalam perjalanan untuk menjadikan dirinya magnet inovasi, Kawasan Baharu Jiangbei Nanjing telah mengukuhkan daya saing dan persekitaran perniagaannya. KDNK mencecah 278 bilion yuan pada tahun 2019.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/317159.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service New products/services Survey, Polls & Research