omniture

Cambridge Quantum Computing Sertai Kumpulan Syarikat Eksklusif untuk Akses kepada Komputer Quantum Honeywell yang Baharu Dilancarkan

Cambridge Quantum Computing
2020-11-04 20:12 1874

Akses kepada komputer kuantum Model Sistem H1 Honeywell ialah sumber nilai tambahan unik yang menyokong kerja-kerja inovatif CQC untuk pelanggan terpenting dalam bidang-bidang bermula daripada pembelajaran mesin, pengoptimuman, sains bahan, dan sains hayat

CAMBRIDGE, England, 4 November 2020 /PRNewswire/ -- Cambridge Quantum Computing (CQC) mengumumkan pada hari ini perjanjian dengan Honeywell Quantum Solutions bagi mewujudkan akses kepada komputer kuantum premium Honeywell yang baru-baru ini diumumkan - Model Sistem H1.

Menampilkan teknologi ion terperangkap bagi peranti kuantum cas Honeywell atau quantum charge-coupled device (QCCD) , Model Sistem H1 menawarkan 10 qubit yang terkait sepenuhnya dan jumlah kuantum sebanyak 128 - yang terbukti sebagai yang paling tinggi pernah diukur dalam industri setakat ini.  Honeywell mereka sistem ini untuk ditingkatkan secara berkala serta peningkatan prestasi secara berterusan, termasuk peningkatan jumlah qubit, kesetiaan yang lebih tinggi dan pengubahsuaian ciri yang unik.

Perjanjian tersebut membolehkan CQC dan pelanggannya, yang kebanyakannya terdiri daripada syarikat-syarikat terbesar di dunia, untuk mempercepatkan penyelidikan mereka dengan memanfaatkan komputer kuantum canggih Honeywell dengan perisian CQC yang tersedia untuk perusahaan dan mendapatkan kecemerlangan dalam bidang-bidang yang bermula daripada kimia, pembelajaran mesin, pengoptimuman, sains bahan, kewangan dan sains hayat.  

Seperti yang telah didedahkan baru-baru ini, CQC sudahpun bekerjasama dengan penyedia logistik global DHL dan Honeywell untuk menyelesaikan masalah pengkomputeran yang kompleks pada Sistem H1 untuk mengoptimumkan proses rantaian bekalan secara signifikan. Matlamat kerjasama ini ialah untuk meletakkan asas bagi pembungkusan serentak, pengesanan tenaga tahap mikro dan sisa produk, dan sistem penjadualan semula dan pengagihan semula yang tepat untuk mengatasi penutupan yang tidak dijangka, penghantaran lewat, dan pembatalan pesanan.

"CQC ialah rakan kongsi yang penting bagi Honeywell bersama perisian dan algoritma yang canggih yang memudahkan syarikat-syarikat besar mencapai hasil yang berharga dengan komputer kuantum kami," kata Tony Uttley, Presiden Honeywell Quantum Solutions. "Dengan pendekatan berorientasikan produk, dan pelanggan yang semakin meningkat yang terdiri daripada beberapa syarikat terbesar di dunia, CQC memainkan peranan yang penting dalam mempercepatkan kemajuan pengkomputeran kuantum ke arah komersial yang berdaya maju."

Dengan salah satu pasukan saintifik terbesar dan terkenal dalam industri pengkomputeran kuantum, CQC adalah syarikat peneraju global yang mapan dalam pembangunan dan penyediaan perisian kuantum dan algoritma kuantum yang membantu rakan-rakan kongsi, rakan-rakan usaha sama dan pelanggannya untuk bekerja dengan mudah di pelbagai platform dan menyelesaikan beberapa masalah yang paling menarik di dalam industri mereka melalui kekuatan pengkomputeran kuantum.

"Di CQC, kami fokus untuk mendorong batas teknologi dalam usaha kami untuk mendapatkan yang terbaik daripada komputer kuantum," kata Ketua Pegawai Eksekutif CQC, Ilyas Khan. "Kami gembira dapat bekerjasama dengan rapat dengan Honeywell selama lebih daripada satu tahun dalam sistem pengkomputeran kuantum yang dihasilkan mereka, termasuk sebagai pengguna beta. Keupayaan kemajuan pemprosesan mereka yang stabil adalah mengagumkan. Mengambil langkah seterusnya dengan sistem H1 merupakan satu perkembangan yang sangat semula jadi."

CQC baru-baru ini mengumumkan versi terkini t|ket〉(disebut "tiket"), kit pembangunan perisian kuantum berprestasi tinggi (Q-SDK) yang mencapai hasil terbaik pada peranti kuantum termaju yang ada. t|ket〉menterjemahkan algoritma bebas mesin kepada litar yang boleh dilaksanakan, mengoptimumkan susun atur qubit fizikal sambil mengurangkan jumlah operasi yang diperlukan untuk mempercepatkan pembangunan aplikasi pengkomputeran kuantum di pelbagai sektor industri.

Tentang Cambridge Quantum Computing: 

Ditubuhkan pada tahun 2014 dan disokong oleh beberapa syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka di dunia, CQC ialah peneraju global dalam perisian kuantum dan algoritma kuantum yang membantu pelanggan mendapatkan yang terbaik daripada perkakasan pengkomputeran kuantum yang sedang berkembang pesat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web CQC di http://www.cambridgequantum.com.

Source: Cambridge Quantum Computing
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)