![]() |
CARDIFF, South Wales, 5 November 2020 /PRNewswire/ -- Purolite Ltd., pengeluar teknologi pemisahan, pemurnian dan pengekstrakan global berasaskan resin, hari ini mengumumkan bahawa ia akan membekalkan resin Protein A, Praesto® Jetted A50 kepada WuXi Biologics untuk kegunaan segera. WuXi Biologics, sebuah syarikat global yang terkenal dengan teknologi biologi akses terbuka, akan menggunakan Praesto® Jetted A50 untuk menyediakan pelanggan mereka dengan pilihan tambahan resin kromatografi afiniti bagi kegunaan pelbagai proses pemurnian antibodi monoklonal.
Chris Major, Pengarah Jualan dan Pemasaran Purolite Life Sciences menyatakan, "Ini merupakan kemajuan utama bagi kedua-dua Purolite Life Sciences serta industri biofarmaseutikal yang lebih besar dan kami amat berbangga untuk mengatakan bahawa pelanggan WuXi Biologics kini mempunyai pilihan untuk memilih saiz zarah yang seragam, resin agarosa Protein A. Penggunaan Praesto® Jetted A50 oleh organisasi terkemuka seperti ini membuktikan komitmen dan kepakaran pasukan R&D Purolite, serta ciri-ciri prestasi terbaik daripada resin itu sendiri."
Barisan resin kromatografi berasaskan agarosa Praesto® kini digunakan dalam lebih daripada 200 projek saringan dan ujian klinikal yang sedang berlangsung di seluruh dunia. Praesto® Jetted A50, ialah teknologi bersepadu, yang digunakan oleh pemaju biofarmaseutikal di seluruh dunia untuk pemurnian ubat-ubatan moden bagi merawat penyakit seperti barah, artritis reumatoid, demensia dan diabetes. Dibangunkan untuk menawarkan prestasi yang memberangsangkan dengan gabungan harga yang berpatutan berbanding alternatif terkemuka lain di pasaran, Praesto® Jetted A50 telah mendapat penghargaan di seluruh industri biofarmaseutikal yang luas, yang mendorong kepada penggunaan serta pelaksanaan awalnya ke dalam beberapa proses berskala besar.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian pembekalan, Purolite akan membekalkan sejumlah besar Praesto® Jetted A50 daripada kilang pengeluarannya yang terkini dan diperakui ISO di Llantrisant, South Wales, United Kingdom. Salah satu daripada seumpamanya yang terbesar di dunia, kilang ini mampu memenuhi sepertiga daripada seluruh permintaan global terhadap resin bioproses ini.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/753768/Purolite_Life_Sciences_Logo.jpg?p=medium600