omniture

Kementeriaan Kebudayaan, Arab Saudi: Pemimpin kebudayaan dunia janjikan bantuan sebanyak $2.3 trillion untuk kemajuan ekonomi budaya

Ministry of Culture Saudi Arabia
2020-11-05 20:27 88

- Pada mesyuarat sulung, para pegawai bersetuju untuk memberi penekanan kepada agenda ekonomi budaya sekali lagi di Itali G20, 2021

- "Ekonomi budaya adalah sebuah kuasa yang belum dimanfaatkan … tetapi memerlukan tumpuan khusus pada agenda dasar global. Ia memerlukan kepemimpinan dan kerjasama yang kuat untuk membuka tonggak baru ekonomi dunia," kata Menteri Kebudayaan Arab Saudi, Putera Badr

- Arab Saudi akan membuka sebuah pusat bertaraf dunia untuk melindungi Laut Merah, warisan bawah laut Teluk Arab

RIYADH, Arab Saudi, 5 November 2020 /PRNewswire/ -- Pemimpin-pemimpin kebudayaan daripada Kumpulan 20 dan negara-negara lain telah berjanji pada hari ini untuk menyokong peranan ekonomi budaya dan bermesyuarat pada setiap tahun semasa G20, dengan perbincangan tahun hadapan yang akan berlangsung di bawah presiden Itali.

 

Saudi Minister of Culture HH Prince Badr bin Abdullah bin Mohammed bin Farhan Al Saud addresses global cultural leaders at the Joint Meeting for the Ministers of Culture o on the sidelines of the G20.
Saudi Minister of Culture HH Prince Badr bin Abdullah bin Mohammed bin Farhan Al Saud addresses global cultural leaders at the Joint Meeting for the Ministers of Culture o on the sidelines of the G20.

 

Bertemakan "Kebangkitan ekonomi budaya: satu paradigma baharu," menteri kebudayaan dan pegawai daripada organisasi antarabangsa membincangkan pemeliharaan warisan, pembangunan lestari dan kebudayaan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi semasa mesyuarat sulung mereka. Perbincangan tersebut bertumpu kepada penggunaan teknologi baharu, pembangunan platform digital untuk ekspresi artistik, di samping menjadikan sumber kebudayaan lebih mudah untuk diakses.

"Kewujudan budaya yang bertaraf tinggi ini semasa Presiden G20 daripada Arab Saudi menggambarkan kepercayaan yang kita kongsi bersama terhadap peranan penting kebudayaan bagi mendorong inovasi ekosistem ekonomi,'' kata Putera Badr bin Abdullah bin Farhan Al Saud, Menteri Kebudayaan Arab Saudi, dalam ucapan penutupnya. ''Kita bertanggungjawab dalam pemeliharaan warisan bersama kita untuk generasi yang akan datang dan untuk menghasilkan dan menyebarkan kebudayaan secara lestari."

Arab Saudi telah menganjurkan mesyuarat tersebut di samping mesyuarat G20 ketika pandemik Covid-19 terus mengekang pergerakan orang ramai dan barangan di seluruh dunia. Bank Dunia mempunyai ramalan dasar penguncupan sebanyak 5.2% dalam pertumbuhan global tahun ini setelah pandemik itu menjangkiti berjuta-juta orang, mengganggu syarikat penerbangan dan pelancongan, dan menyebabkan sekatan ekonomi negara.

Walau bagaimanapun, ketika pandemik itu mengubah kehidupan di seluruh dunia, orang ramai masih terus berkomunikasi, bertukar idea dan mengekspresikan secara artistik, melakukan lawatan maya ke muzium dan galeri dengan penglibatan daripada inisiatif swasta dan awam.

"Tepat pada masa sukar seperti yang kita sedang alami sekarang, nilai-nilai universal kebudayaan dapat mewakili asas-asas untuk membina kelahiran semula,'' kata Dario Franceschini, Menteri Warisan Kebudayaan dan Kegiatan dan Pelancongan Itali dan pengerusi bersama untuk mesyuarat yang pertama. "Krisis serius yang disebabkan oleh Covid-19 telah meletakkan asas kepada titik perubahan inovatif yang penting dalam hal penyebaran teknologi baharu ini.''

Kebolehcapaian ini menunjukkan daya tahan ekonomi budaya dan membantu pemacuan pertumbuhan ekonomi melalui kaedah inovatif oleh industri kreatif untuk meningkatkan pertukaran global bagi barangan dan perkhidmatan budaya. UNESCO meletakkan pendapatan tahunan daripada sektor budaya dan kreatif pada $2.25 trilion, dan eksport lebih daripada $250 bilion. Sektor ini telah menggajikan hampir 30 juta orang di seluruh dunia sementara beberapa ramalan meletakkan sumbangannya kepada KDNK global sekitar 10% dalam masa yang terdekat ini.

Mesyuarat sulung yang diadakan secara maya, dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Arab dan Sekretariat G20 Arab Saudi merupakan sebahagian daripada Program Persidangan Antarabangsa, sebagai penghormatan kepada Presiden G20 Arab Saudi bagi tahun 2020.

Di samping mesyuarat tersebut, Kementerian Kebudayaan juga telah mengumumkan satu inisiatif untuk menubuhkan sebuah pusat bertaraf dunia yang dikhaskan untuk pengurusan, pemulihan dan perlindungan warisan budaya bawah laut di Laut Merah dan Teluk Arab. Pusat ini yang akan bekerjasama dengan Kementerian Suruhanjaya Warisan akan bertanggungjawab untuk membangunkan sektor ini di Arab Saudi dan sekitarnya. Ini akan tercapai melalui pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan di bidang tersebut dan menghasilkan inisiatif untuk dasar yang berkesan, serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya warisan budaya bawah laut sebagai warisan ketamadunan kemanusiaan.

Mesyuarat seterusnya akan membincangkan ekonomi budaya yang akan dianjurkan oleh Kementerian Warisan Budaya dan Kegiatan dan Pelancongan Itali semasa negaranya menjadi presiden G20 pada tahun 2021.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1327100/saudi_minister_of_culture.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1327101/global_cultural_leaders.jpg?p=medium600  

 

Global cultural leaders listen to Saudi Minister of Culture HH Prince Badr bin Abdullah bin Mohammed bin Farhan deliver his opening remarks at the Joint Meeting for the Ministers of Culture on the sidelines of the G20.
Global cultural leaders listen to Saudi Minister of Culture HH Prince Badr bin Abdullah bin Mohammed bin Farhan deliver his opening remarks at the Joint Meeting for the Ministers of Culture on the sidelines of the G20.

 

 

Source: Ministry of Culture Saudi Arabia
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis