omniture

CGTN: China perkenal rangka tindakan untuk menjadi peneraju global dalam inovasi

CGTN
2020-11-06 21:47 1916

BEIJING, 6 November 2020 /PRNewswire/ -- China telahpun menggariskan bidang-bidang keutamaan dan langkah-langkah untuk mengubah ekonomi yang kedua terbesar di dunia ini menjadi peneraju inovasi bertaraf global sepanjang 15 tahun akan datang, berjanji untuk melakar kejayaan yang besar dalam teknologi penting dan teras.

Negara ini akan meneruskan pembangunan dipacu inovasi dan melaksanakan beberapa projek strategik dalam bidang kecerdasan buatan, maklumat kuantum, litar bersepadu, kehidupan dan kesihatan, sains otak, pembiakan, sains aeroangkasa dan teknologi serta penerokaan Bumi dan laut dalam, mengikut konteks penuh cadangan pembangunan oleh Jawatankuasa Pusat Communist Party of China (CPC) yang diumumkan pada Selasa lalu.

Dokumen berkenaan, iaitu usul kepimpinan Parti bagi merangka Rancangan Lima Tahun ke-14 (2021-2025, FYP) untuk Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara serta Objektif-objektif Jangka Panjang Sepanjang Tahun 2035, diguna pakai di sesi pleno kelima Jawatankuasa Pusat CPC ke-19 yang berakhir pada 29 Oktober lalu.

Baca artikel asal: di sini.

Keandalan mandiri dalam sains dan teknologi

Dalam ucapan penjelasan mengenai usul berkenaan, Xi Jinping, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC, menegaskan bahawa China harus memberi tumpuan untuk menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi semasa tempoh FYP ke-14nya.

Bagi mencapai tujuan ini, China berjanji untuk mendukung peranan utama inovasi dalam pemacu pemodenannya dan menjadikan keandalan mandiri dalam sains dan teknologi sebagai sokongan strategik untuk pembangunan negara, menurut usul berkenaan.

China akan memperbaiki sistem inovasi negara dan menggiatkan usaha bagi membina negara menjadi kuasa saintifik dan teknologi, menurut dokumen berkenaan.

"Dari satu segi, kami akan meningkatkan keupayaan kami dalam inovasi bebas kerana teknologi utama dan teras tidak dapat dibeli," kata Wang Zhigang, menteri sains dan teknologi, dalam satu sidang media Jumaat lalu.

"Dari satu sudut yang lain, kami juga berharap agar dapat belajar pengalaman yang lebih maju daripada negara-negara lain dan dalam masa yang sama berkongsi lebih banyak pencapaian saintifik dan teknologi China bersama dunia dan menyumbang lebih banyak 'kebijaksanaan Cina' dalam menangani cabaran global," tambah Wang.

Dokumen tersebut menekankan "peranan dominan" perusahaan dalam inovasi, berikrar untuk meningkatkan kapasiti inovasi mereka.

China akan menggalakkan pembinaan makmal kebangsaan, merancang dan membangunkan pusat sains kebangsaan serta pusat inovasi serantau dan menyokong penubuhan pusat inovasi sains dan teknologi antarabangsa di Beijing, Shanghai, serta Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, menurut usul berkenaan.

Industri-industri baru muncul strategik dan pembangunan mesra alam

Dokumen tersebut turut mengenal pasti beberapa "industri baru muncul yang strategik" serta berjanji untuk mempercepatkan pembangunan industri-industri ini termasuk teknologi maklumat generasi baharu, bioteknologi, tenaga baharu, bahan baharu, peralatan berkualiti tinggi, kenderaan tenaga baharu, perlindungan alam sekitar, aeroangkasa dan juga peralatan marin.

Usul berkenaan menyeru penyepaduan mendalam antara internet, data raya dan kecerdasan buatan dengan industri-industri lain, memudahkan pembangunan kelompok pembuatan termaju, membangunkan beberapa industri baru muncul yang strategik sebagai pemacu pertumbuhan baharu, dan memupuk teknologi baharu, produk baharu, model perniagaan baharu dan bentuk perniagaan baharu.

Sementara itu, China akan memperkenalkan beberapa langkah bagi memudahkan transformasi hijau keseluruhan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial, menurut dokumen berkenaan.

China akan mengurangkan keamatan karbonnya atau jumlah emisi karbon bagi setiap unit KDNK dan merangka pelan tindakan bagi mencapai matlamat untuk mencapai kadar puncak emisi CO2 sebelum tahun 2030.

Ikrar berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha China untuk menggalakkan pembangunan mesra alam dan revolusi hijau global dalam era pasca-COVID.

Presiden Cina Xi Jinping berkata pada bulan September bahawa negara berkenaan menyasarkan untuk mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060.

"COVID-19 mengingatkan kita bahawa umat manusia harus melancarkan revolusi hijau dan bergerak lebih pantas bagi mewujudkan cara pembangunan dan kehidupan mesra alam," kata Xi dalam satu ucapan yang disampaikan melalui pautan video untuk Perbahasan Umum sesi ke-75 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau menggesa agar semua negara "mengambil langkah-langkah tegas" bagi menghormati Perjanjian Paris 2015 terhadap perubahan iklim dan berikrar bahawa China akan "mencapai kadar puncak emisi CO2 sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060."

'Kemenangan dapat dilihat' untuk mencapai matlamat 'xiaokang'

China telah mencapai "kejayaan penentu" dalam meraih kemenangan untuk membina masyarakat sederhana makmur (dikenali sebagai "xiaokang" dalam bahasa Cina) dalam segenap aspek, menurut dokumen berkenaan, yang berkata bahawa "kemenangan dapat dilihat" untuk mencapai matlamat tersebut.

Dalam ucapan penjelasan beliau, Xi berkata bahawa Jawatankuasa Pusat CPC akan melaksanakan penilaian dan kajian semula yang sistematik pembinaan masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek pada separuh pertama tahun 2021 sebelum mengumumkan secara rasmi pencapaian kemakmuran sederhana dalam seluruh masyarakat.

Ia kekal menjadi komitmen teguh Parti terhadap rakyat untuk membina masyarakat sederhana makmur secara komprehensif pada tahap lebih tinggi demi manfaat lebih daripada 1 bilion orang bilamana CPC menyambut ulang tahun penubuhan ke-100nya pada tahun hadapan, tegas beliau.

Usul berkenaan turut menghuraikan keputusan China untuk mewujudkan pola pembangunan baharu yang mana pasaran domestik dan asing dapat mendorong satu sama lain dengan pasaran domestik sebagai tulang belakangnya dan dalam masa yang sama berjanji untuk terus meningkatkan tahap keterbukaan.

Sokongan akan diberikan kepada wilayah pentadbiran khas Hong Kong dan Macau bagi meningkatkan kelebihan daya saingnya dan menyepadukan pembangunan masing-masing ke dalam pembangunan keseluruhan negara, menurut dokumen tersebut.

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events