omniture

Kajian yang Luas Menunjukkan Bahawa Ujian Darah yang Ringkas Dapat Membezakan Lesi Benigna dan Malignan dengan Tepat

Datar Cancer Genetics
2020-11-09 07:00 34

LONDON, 8 November 2020  Satu kajian penting yang diterbitkan dalam jurnal berprestij Persatuan Kanser Amerika 'Cancer Cytopathology' menunjukkan bahawa ujian darah bukan invasif yang mudah (biopsi cecair) dapat membezakan dengan tepat antara tumor bukan kanser dengan ketumbuhan kanser.

 

 

Penemuan ini berdasarkan kajian kolaboratif antarabangsa pelbagai institusi yang ditaja oleh Datar Cancer Genetics yang menyaksikan para penyelidik menilai sampel darah daripada lebih 30,000 orang peserta, merangkumi sekitar 9,000 kes yang diketahui dan 6,000 kes yang disyaki kanser, 700 individu dengan tumor bukan kanser dan 14,000 individu sihat. Kajian ini merangkumi 27 jenis kanser organ pepejal termasuk tumor otak.

Para penyelidik menilai kehadiran kluster halus tumor yang beredar, yang sangat lazim didapati dalam darah pesakit kanser dan tidak dapat dikesan pada individu sihat. Penyelidik juga dapat menentukan dengan tepat organ yang terkena tumor dengan ketepatan lebih daripada 90%.

Nyata sekali, ujian ini akan membantu individu yang melaporkan ketumbuhan yang mencurigakan di pelbagai organ seperti payudara, paru-paru, prostat, usus besar dan otak.  Perlu diberi perhatian bahawa sebilangan besar individu yang menjalani biopsi kerana ketumbuhan yang mencurigakan, dikesan dengan tumor yang tidak merbahaya yang dapat dihindarkan daripada menjalani biopsi berisiko invasif serta bersumber intensif. Ujian darah juga dapat membantu dalam diagnosis kes apabila biopsi invasif tidak dapat diguna pakai atas pelbagai sebab seperti lokasi tumor yang berhampiran organ penting atau saluran darah atau keengganan pesakit selain penyakit yang telah sedia ada.

Teknologi dan ujian ini dibangunkan oleh Datar Cancer Genetics. Ujian tersebut dijangka akan tersedia secara komersial tidak lama lagi. Penemuan ini memberi kesan yang mendalam pada diagnosis kanser.

Mengulas hasilnya, Dr Nicholas Plowman, MD, Pakar Onkologi Perubatan di Jabatan Onkologi Klinikal, St Bartholomew's Hospital, London, United Kingdom yang juga merupakan salah seorang penulis kertas tersebut mengatakan bahawa 'Kajian ini adalah yang terbesar seumpamanya dan menunjukkan potensi yang amat bermakna tentang biopsi cecair, yang selama ini dinilai dengan rendah, sekurang-kurangnya sebahagiannya kerana kaedah pengesanan sebelum ini adalah kurang baik. Membuang kluster tumor daripada darah periferal adalah menyamai mikro-biopsi tumor yang bukan invasif. Penilaian kluster ini dapat mempermudahkan triage diagnostik serta petunjuk dalam kes kanser yang disyaki. Ujian ini bukan hanya mesra pesakit, ia juga dapat mengurangkan beban infrastruktur diagnosis kanser yang sudah terlalu dibebani.'

Penyelidikan ini diterbitkan dalam talian (https://acsjournals.onlinelibrary.wiley.com/doi/epdf/10.1002/cncy.22366).  

Tentang Datar Cancer Genetics 

Datar Cancer Genetics ialah sebuah syarikat penyelidikan kanser terkemuka yang mengkhusus dalam teknik bukan invasif untuk diagnosis, keputusan rawatan dan pengurusan kanser yang lebih baik. Pusat penyelidikan kanser terkini yang diiktiraf oleh NABL, ISO, CAP dan CLIA.

SILA HUBUNGI: Dr Vineet Datta - drvineetdatta@datarpgx.com

Akses Terbitan kajian ini di

https://acsjournals.onlinelibrary.wiley.com/doi/epdf/10.1002/cncy.22366 

https://datarpgx.com/publications/ 

Laman Web

datarpgx.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1086492/Datar_Cancer_Genetics_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Datar Cancer Genetics
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services