omniture

Fuji Xerox Perkukuh Sinergi Dalam Fujifilm Group untuk Cipta Pertumbuhan Seluruh Dunia

Penjenamaan Semula Operasi Asia Pasifik kepada Fujifilm mulai April 2021
Fuji Xerox Asia Pacific
2020-11-09 12:52 202

TOKYO, 9 November 2020 /PRNewswire/ --  Fuji Xerox mengumumkan bahawa operasi Asia Pasifiknya akan bertukar kepada jenama Fujifilm dengan pertukaran nama korporat Fuji Xerox Co., Ltd. kepada FUJIFILM Business Innovation Corp. pada April 2021. Pertukaran ini dibuat berdasarkan keputusan syarikat untuk menamatkan Perjanjian Teknologi bersama Xerox Corporation pada tarikh tamat perjanjian berkenaan, 31 Mac 2021. Perjanjian Teknologi tersebut memperuntukkan lesen teknologi atau jenama dan wilayah jualan yang diperuntukkan untuk setiap syarikat.

Fuji Xerox dan Xerox Corporation mempunyai sejarah memanfaatkan penggunaan teknologi bersama yang dibangunkan sendiri oleh setiap syarikat. Fuji Xerox telah berkembang maju dan mencapai tahap pembangunan produk serta mengukuhkan teknologinya sendiri selama bertahun-tahun. Oleh demikian, Fuji Xerox mempunyai kedudukan yang kukuh untuk terus membangunkan dan mengeluarkan produk-produk asalnya menggunakan teknologi miliknya sendiri yang unik selepas tamat tempoh Perjanjian Teknologi dengan Xerox Corporation.

Fuji Xerox akan turut menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan termasuk perkhidmatan cetakan terurus kepada pelanggan dengan pelaksanaan penuh perjanjian semasa bersama mereka, tanpa mengambil kira tamatnya tempoh Perjanjian Teknologi dengan Xerox Corporation.

Melalui pengetahuan yang terkumpul sehingga kini dan kepercayaan yang diperoleh daripada pelanggan, Fuji Xerox bermatlamat untuk mendorong inovasi dengan syarikat-syarikat lain dalam Fujifilm Group dengan mempercepatkan pengenalan penyelesaian dan perkhidmatan pasaran yang memanfaatkan teknologi berkaitan dengan awan (cloud), kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan Internet Pelbagai Benda (Internet of Things). Di samping itu, Fuji Xerox akan segera berusaha untuk mengukuhkan perniagaan dokumen dan perniagaan berkaitan selain berkembang ke dalam bidang perniagaan baharu, dan membawa inovasi perniagaan dengan menyokong penggunaan dan perkongsian pengetahuan yang akan membolehkan kakitangan pejabat meningkatkan lagi produktiviti dan kecekapan mereka.

Pada 1 April 2021 juga, jabatan jualan di Jepun dan kesemua 31 anak syarikat jualan domestik berserta Fuji Xerox InterField akan disatukan bagi menubuhkan sebuah syarikat baharu, FUJIFILM Business Innovation Japan Corp.

Nama korporat baharu memperlihatkan komitmen Fuji Xerox sebagai sebahagian daripada Fujifilm Group - yang menggalakkan "Nilai daripada Inovasi" sebagai slogan korporatnya - untuk berkembang dalam pelbagai bidang perniagaan menuju ke hadapan dan agar sentiasa terus membawakan inovasi perniagaan.

[Senarai rakan gabungan utama Asia Pasifik]

Nama syarikat semasa

Nama syarikat baharu selepas April 2021

Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd

(Pengurusan serantau rakan gabungan jualan di negara-negara serta wilayah-wilayah Asia/Oceania)

FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd.

Fuji Xerox Asia Pacific Pte. Ltd. (Operasi Malaysia)

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Malaysia)

FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd. (Operasi Malaysia)

Branch of Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd (Kemboja)

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Kemboja)

Branch of FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd. (Kemboja)

Fuji Xerox Singapore Pte Ltd

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Singapura)

FUJIFILM Business Innovation Singapore Pte. Ltd.

Fuji Xerox Australia Pty. Limited

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Australia)

FUJIFILM Business Innovation Australia Pty Ltd.

Fuji Xerox New Zealand Limited

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di New Zealand)

FUJIFILM Business Innovation New Zealand Limited

Fuji Xerox (China) Limited

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di China)

FUJIFILM Business Innovation (China) Corp.

Fuji Xerox Taiwan Corporation

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Taiwan)

FUJIFILM Business Innovation Taiwan Co., Ltd.

Fuji Xerox Korea Company Limited

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Korea)

FUJIFILM Business Innovation Korea Co., Ltd.

Fuji Xerox (Thailand) Co., Ltd.

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Thailand)

FUJIFILM Business Innovation (Thailand) Co., Ltd.

Fuji Xerox Philippines Inc. 

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Filipina)

FUJIFILM Business Innovation Philippines Corp.

Catatan:  Lantaran proses pendaftaran negara masing-masing, tarikh sebenar apabila nama-nama baharu tersebut akan dikuatkuasakan mungkin berbeza mengikut setiap rakan gabungan.

Tentang Fuji Xerox

Ditubuhkan pada tahun 1962, Fuji Xerox Co., Ltd. merupakan syarikat terkemuka dalam menawarkan cara yang lebih pintar untuk bekerja dengan penyelesaian dan perkhidmatannya yang berkaitan dengan dokumen, serta dengan peranti multifungsi pejabat, pencetak dan pencetak pengeluaran bertaraf dunia yang kami bangunkan dan keluarkan untuk pengedaran di seluruh dunia. 

Fuji Xerox ialah anak syarikat milik penuh FUJIFILM Holdings Corporation dengan tenaga jualan langsung meliputi Jepun dan rantau Asia Pasifik termasuk China. Sebagai syarikat bernilai 10 bilion dolar Amerika, kami menggaji kira-kira 40,000 orang pekerja di seluruh dunia, dengan lebih daripada 80 anak syarikat / syarikat gabungan di dalam dan di luar negara. Pada 1 April 2021, Fuji Xerox akan menukar nama korporatnya kepada FUJIFILM Business Innovation Corp.

Fuji Xerox Asia Pacific merupakan anak syarikat Fuji Xerox yang menyelia operasi jualan di rantau Asia Pasifik. 

http://www.fujixerox.com

Xerox, Xerox and Design, serta Fuji Xerox and Design ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Xerox Corporation di Jepun dan/atau negara lain.

Source: Fuji Xerox Asia Pacific
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer/Electronics Corporate Expansion Licensing/marketing agreements