omniture

Rockwell Automation menyasarkan perluasan pasaran dengan pemacu gerakan bersepadu Kinetix berprestasi tinggi baharu dan boleh diskala

Rockwell Automation
2020-11-10 10:00 321

MILWAUKEE, 10 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Dalam usaha berterusan dalam  bidang pembuatan yang fleksibel untuk pelanggannya, perniagaan gerakan Rockwell Automation telah memperluaskan rangkaian pemacuan servo Kinetix dengan menanbah produk baru yang pintar dan berskala. Pemacuan servo Allen-Bradley Kinetix 5300 adalah intergrasi sepenuhnya, mempunyi teknologi CIP Motion untuk pembina mesin bertaraf global yang dapat bersaing di pasaran yang ingin meningkatkan prestasi dan memanfaatkan persekitaran reka bentuk tunggal untuk kawalan dan pergerakan. Apabila digandigkan dengan motor TLP baru yang serba kebolehan, pelanggan mendapat daya saing platform yang berkoordinasi ,justeru itu pelanggan rockwell automation  dapat memperluas  perusahaan yang bersambung ke mesin dengan mudah, pendekatan yang meletakkan Rockwell Automation dalam kedudukan yang mempercepatkan pertumbuhan di pasaran baharu muncul di seluruh Asia dan pasaran matang di Eropah. Barisan produk baharu ini, digabungkan dengan keluarga Kinetix yang lain, menyediakan rangkaian penawaran pemacu servo yang lengkap dari Rockwell Automation untuk segala-galanya daripada mesin kecil, mesin mandiri hingga ke sistem yang besar dan kompleks.

Rockwell Automation menyasarkan perluasan pasaran dengan pemacu gerakan bersepadu Kinetix berprestasi tinggi baharu dan boleh diskala
Rockwell Automation menyasarkan perluasan pasaran dengan pemacu gerakan bersepadu Kinetix berprestasi tinggi baharu dan boleh diskala

 

Pemacu servo Kinetix 5300 direka untuk aplikasi mesin yang pelbagai seperti pemasangan elektronik, pembungkusan dan penukaran, percetakan dan web (CPW). Pemacu baharu juga ini mempunyai keupayaan yang dapat membantu mempermudahkan reka bentuk mesin dan mengoptimumkan prestasi sepanjang kitaran hayat mesin. Seperti pemacu gerakan bersepadu Kinetix yang lain, Kinetix 5300 memanfaatkan Studio 5000 sebagai persekitaran reka bentuk tunggal. Menggunakan satu keluarga  pemacu servo akan membolehkan pembangun mesin memprogramkan semua pemacu mereka dalam persekitaran reka bentuk yang satu ini dan menggunakan semula kod merentasi pemacu, memperkemas proses reka bentuk dan pentauliahan. Integrasi asli Kinetix 5300 dengan kawalan Logix membolehkan keupayaan penalaan pintar yang menyesuaikan dengan perubahan inersia dan resonans secara automatik, membantu mengoptimumkan prestasi mesin dan mempermudahkan penyelenggaraan mesin dari masa ke masa.

"Portfolio kami yang diperluaskan menyediakan kepada  mesin pembangun rangkaian keluarga servo boleh diskala yang lengkap untuk pelbagai aplikasi berbeza, daripada mesin mandiri hinggalah sistem kompleks yang lebih besar dengan keselamatan rangkaian," kata Bill Kegley, Pengarah, Pengurusan Produk – Kawalan Gerak di Rockwell Automation. "Kini dengan penambahan Kinetix 5300 ke dalam keluarga pemacu servo kami, kami berada dalam kedudukan untuk memberikan penyelesaian gerakan yang benar-benar berintergrasi dan pintar yang membantu pelanggan kami mencapai produktiviti dan keuggulan untuk pelbagai jenis aplikasi".

Mengenai Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), adalah peneraju global dalam automasi industri dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi pengguna dengan potensi teknologi untuk mengembangkan apa yang mungkin dilakukan secara manusiawi, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan lebih mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggunakan kira-kira 23,000 penyelesai masalah yang dikhaskan untuk pelanggan kami di lebih dari 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara kami membawakan The Connected Enterprise di seluruh perusahaan industri, lawati www.rockwellautomation.com.

Hubungan Media 

Chaya Jacobs
Rockwell Automation
1-414-305-2784
CJacobs@rockwellautomation.com

Georgina Purdy
Ogilvy
+65-88706755
Georgina.Purdy@ogilvy.com

Allen-Bradley dan Kinetix adalah tanda dagang Rockwell Automation Inc.

 

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Machinery Mining/Metals New products/services