omniture

PR Newswire Mengukuhkan Lagi Rangkaian Penyebaran Berita di Pasaran Utama Asia Pasifik

Melalui lebih daripada 250 perkongsian kandungan baharu, perhubungan media yang lebih erat dan kehadiran media sosial yang mantap, PR Newswire sedang meluaskan jejak media di rantau ini terutamanya di Australia, Korea Selatan dan Filipina.
PR Newswire
2020-11-10 10:33 270

HONG KONG, 10 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- PR Newswire, penyedia global penyebaran berita terkemuka dan perisian dan perkhidmatan media yang diperoleh, terus memperluaskan dan memperdalamkan rangkaian medianya di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC). 

Rangkaian Pengedaran PR Newswire di APAC 2020
Rangkaian Pengedaran PR Newswire di APAC 2020

Pada tahun 2020, PR Newswire telah membangunkan lebih daripada 250 perkongsian kandungan, menjadikan jumlah keseluruhannya lebih daripada 1,500. Pangkalan data media yang komprehensif di APAC telah dimantapkan lagi dengan penambahan lebih daripada 5,000 wartawan dan pemengaruh tahun ini sambil meningkatkan penembusan mudah alih dan media sosial yang lebih luas dan aktif.

Pencapaian ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan PR Newswire untuk meningkatkan saluran pengedaran berita melalui perkongsian kandungan dalam talian, kerjasama dengan agensi berita, pangkalan data media tradisional dan perdagangan, dan rangkaian media mudah alih dan sosial. Melalui platform berbilang serampang ini, jenama-jenama dapat memanfaatkan lebih banyak peluang dan titik sentuhan untuk berkongsi berita mereka di rantau ini. 

Meluaskan perkongsian kandungan yang menyeluruh 

PR Newswire mencapai kejayaan besar dalam usaha memperkukuhkan rangkaian pengedaran tempatannya, terutamanya di Australia, Korea Selatan dan Filipina tahun ini. 

  • Di Australia, PR Newswire meningkat bilangan rakan kongsi kandungan tiga kali gandanya kepada lebih daripada 30. Rakan kongsi baharu yang unggul adalah News Co, kumpulan penerbitan berita bebas yang berpangkalan di Australia yang mengendalikan lebih daripada 20 laman web, termasuk The Times, Daily Bulletin dan Business Daily Media. Mereka merangkumi industri seperti peruncitan, perniagaan, harta tanah, teknologi dan banyak lagi. Lebih daripada 1,000 wartawan dan 120 saluran media turut ditambah. 
  • Di Korea Selatan, jumlah wartawan dalam pangkalan data media meningkat sebanyak 32%, menjadikan jumlah keseluruhan lebih daripada 6,300. Lebih daripada 240 saluran media ditambah, termasuk Hankyungsebuah portal berita terkemuka di Korea Selatan, yang juga merupakan platform dalam talian The Korea Economic Daily, yang merupakan akhbar perniagaan utama negara tersebut. 
  • Di Filipina, lebih daripada 320 wartawan dan 280 saluran media menyertai pangkalan data media. Meningkatkan lagi rangkaian perkongsian kandungan adalah kerjasama yang terjalin dengan UNTV, rangkaian televisyen utama yang meliputi berita tempatan dan dunia dalam industri sains, teknologi, kesihatan, sukan dan gaya hidup. 

PR Newswire juga menambahkan usaha untuk menjalinkan kerjasama yang lebih berkesan dengan media di 7 pasaran utama lain di rantau ini. Ia termasuklah Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Taiwan. Rakan kandungan merangkumi spektrum saluran media yang luas, daripada agensi berita, laman web berita dan perdagangan, blog dan aplikasi. 

Melalui kerjasama ini, siaran akhbar yang diedarkan melalui PR Newswire diterbitkan semula di platform media seberang pelbagai industri, menyampaikan pelbagai berita tempatan yang relevan kepada khalayak yang disasarkan. 

Perkongsian kandungan utama lain yang terjalin tahun ini termasuklah: 

  • Kempen Asia-Pasifik, sebuah portal yang menyediakan pandangan dan risikan terhadap idea-idea, kerja dan personaliti yang membentuk industri komunikasi pemasaran di rantau ini. 
  • China Daily, akhbar nasional Tanah Besar China yang berbahasa Inggeris, yang merupakan sumber berita mutakhir yang berkaitan dengan China. Bersama dengan laman webnya, aplikasi dan laman media sosial, platform multimedia ini menjangkau lebih daripada 200 juta pembaca. 
  • Gizmologi, portal teknologi dwibahasa popular yang menyampaikan berita, alat dan permainan di Indonesia. 
  • Global Banking and Finance Review, laman web berpangkalan di Singapura yang menampilkan berita perniagaan, kewangan dan teknologi-kewangan yang disasarkan kepada pengurusan kanan. 
  • Property.hk, antara portal harta tanah terkemuka di Hong Kong yang mempunyai pangkalan data penjualan, pembelian dan harga transaksi serta senarai harta tanah. 
  • XinMedia, laman web pelancongan terkemuka di Taiwan yang meliputi pandangan pasaran, analisis trend dan berita terkini. 

Kerjasama ini menyertai senarai rakan kandungan PR Newswire di APAC. Rakan kongsi terkemuka termasuklah Yahoo! Finance, Markets Insider, AsiaOne (Singapura), The Asian Parent (Malaysia) dan The Saigon Times (Vietnam). PR Newswire juga mempunyai kerjasama eksklusif dengan agensi berita terkenal seperti Yonhap News Agency (South Korea), Kyodo News (Japan) dan InfoQuest (Thailand). 

"Memperluaskan rangkaian perkongsian kandungan kami juga menyediakan platform tambahan untuk pelanggan kami memperkuatkan lagi berita mereka. Dengan memanfaatkan pasaran tempatan dengan menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan media, kami terus membangunkan jaringan penyebaran berita yang lebih komprehensif sama ada peringkat tempatan dan juga serantau," kata Lynn Liu, Ketua Pembangunan Khayalak di PR Newswire. 

Hubungan media yang dikhususkan 

Gambar Kandid Pengagihan APAC PR Newswire 2020
Gambar Kandid Pengagihan APAC PR Newswire 2020

Pangkalan data media proprietari PR Newswire disahkan dan dikemas kini secara berkala oleh pasukan pakar Pembangunan Khalayak syarikat di 9 pejabat seluruh APAC. Melalui penglibatan dan penyelidikan aktif, kira-kira seramai 150 wartawan dan pemengaruh ditambahkan ke pangkalan data setiap minggu, membangunkan pangkalan data media lebih daripada 75,000 wartawan dan pemengaruh yang merangkumi 37,000 saluran media. Pasukan Pembangunan Khalayak juga mengawasi perkembangan media di setiap pasaran untuk memberikan pandangan dan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan penglihatan berita mereka.

Jangkauan media sosial yang lebih luas 

PR Newswire memanfaatkan rangkaian media sosialnya yang mantap bagi menyebarkan berita korporat pelanggannya. Di Tanah Besar China, akaun WeChat dan Weibo PR Newswire yang menumpukan pada industri memperoleh lebih daripada 96,000 pengikut baharu tahun ini, menjadikan jumlah pengikutnya melebihi 1.2 juta. Ia terutamanya terdiri daripada wartawan dan pemengaruh industri. Di Vietnam, siaran akhbar dikongsi pada aplikasi mesej Zalo. 

Laman LinkedIn PR Newswire Asia memperoleh lebih daripada 3,500 pengikut tahun ini. Siaran akhbar pelanggan dan perkembangan industri dikongsi di halaman ini, yang menjangkau lebih daripada 16,000 profesional industri.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkongsian kandungan PR Newswire, sila lawati https://en.prnasia.com/resources/mediaroom/. Jika anda seorang wartawan yang ingin menerima siaran akhbar dari PR Newswire, sila daftar di sini

Mengenai PR Newswire 

PR Newswire, Cision Company, adalah sebuah pembekal global terkemuka bagi pengedaran berita dan perisian serta perkhidmatan media yang diperoleh. Bersama dengan rangkaian produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan para pemasar, jurucakap korporat, dan pegawai hubungan pelabur untuk mengenal pasti pemengaruh utama, mencapai khalayak sasaran, menghasilkan dan mengedarkan kandungan strategik, serta mengukur kesan yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan pelbagai saluran dan berbilang budaya terbesar di dunia dengan alat dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasakan kisah-kisah organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menyediakan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat di rantau Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. 

Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Corporate Expansion