omniture

Ascend umum kenaikan harga global untuk polimer, serat dan sebatian Vydyne® PA66

Ascend Performance Materials
2020-11-10 16:23 36

HOUSTON, 10 November 2020 /PRNewswire/ -- Ascend Performance Materials hari ini mengumumkan kenaikan harga global untuk kesemua polimer, serat dan sebatian Vydyne® PA66.

 

 

Kenaikan harga berkuatkuasa pada 1 Disember 2020 dan termasuk perubahan harga seperti berikut:

Bahan-bahan 

Geografi 

Kenaikan Harga 

Terma-terma 

Polimer, serat dan sebatian Vydyne® PA66

Amerika Utara

$440/MT

•  Sebagaimana kontrak membenarkan

•  Perniagaan bukan kontrak - harga ditentukan berdasarkan kepada pesanan demi pesanan

Polimer, serat dan sebatian Vydyne® PA66

Asia

$440/MT

Polimer, serat dan sebatian Vydyne® PA66

Eropah

€400/MT

Para pelanggan hendaklah menghubungi wakil jualan tempatan mereka untuk maklumat tambahan.

Tentang Ascend Performance Materials

Ascend Performance Materials mengeluarkan bahan berprestasi tinggi untuk keperluan harian dan teknologi baharu. Fokus kami ialah untuk meningkatkan kualiti hidup dan memberi inspirasi masa depan yang lebih baik melalui inovasi. Berpusat di Houston, Texas dan mempunyai pejabat serantau di Shanghai, Brussels dan Detroit, kami adalah penyedia penyelesaian bahan bersepadu sepenuhnya dengan lapan kilang pembuatan global di Amerika Syarikat, Eropah dan China. Tenaga kerja global kami yang berjumlah 2,600 orang menghasilkan plastik, kain, serat dan bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat, tenaga yang lebih bersih, peralatan perubatan yang lebih baik, peralatan yang lebih pintar dan pakaian serta barangan pengguna yang lebih tahan lama. Kami komited untuk keselamatan, kelestarian dan kejayaan pelanggan serta komuniti kami.

Ketahui lebih lanjut tentang Ascend di www.ascendmaterials.com.

Hubungi: Alison Jahn at +1 713-210-9809, ajahn@ascendmaterials.com  

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1326397/ASCEND_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Ascend Performance Materials
Keywords: Chemical Household/Consumer/Cosmetics Textiles