omniture

Dengan AppGallery, Huawei Mempermudahkan Akses Pembangun Global ke Pasaran China

Huawei
2020-11-10 18:20 91

SHENZHEN, China, 10 November 2020 /PRNewswire/ -- Huawei menekankan komitmennya untuk membantu pembangun global melangkah ke pasaran aplikasi China yang menguntungkan di Webinar Pembangun Huawei - Berkembang di China, Menang bersama AppGallery. Di Webinar tersebut, pembangun global mempunyai peluang eksklusif untuk mengetahui pelbagai inisiatif Huawei, daripada perundingan polisi, penyetempatan produk hingga pemerolehan dan pengewangan pengguna, untuk membantu pembangun aplikasi mudah alih mengatasi halangan memasuki China, membantu mereka berkembang di pasaran aplikasi yang sedang berkembang maju.

Panel Discussion during the Huawei Developer Webinar - Grow in China, Win with AppGallery
Panel Discussion during the Huawei Developer Webinar - Grow in China, Win with AppGallery

China dikenali secara meluas sebagai masyarakat mudah alih pertama di dunia. Terdapat lebih daripada 904 juta pengguna internet mudah alih di China dan tahun lepas muat turun aplikasi di tanah besar China hampir mencecah 100 bilion. Walaupun pasarannya sangat besar dan menjanjikan pulangan, ia juga menetapkan kriteria yang tinggi kepada pembangun aplikasi luar negara dengan senarai kelayakan yang panjang, sijil, pandangan terhadap syarikat, lesen dan kelulusan yang mesti dimiliki oleh penerbit aplikasi sebelum mereka dapat mengakses pengguna telefon pintar China.

"Sebagai contoh, adalah amat sukar untuk mengemudi pelbagai keperluan peraturan dan pematuhan tempatan dan pembangun sering berjuang untuk menyetempatkan aplikasi mereka serta menjadikannya relevan dan dapat dipasarkan kepada pengguna China," kata Ilya Fedotov, Ketua Perkongsian Global & Komunikasi Pembangunan Eko, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei.

Untuk membantu pembangun mengemudi dan berjaya melancarkan aplikasi mereka di pasaran China, Huawei akan menawarkan bantuan menyeluruh kepada pembagun luar negara, daripada perundingan polisi, penyetempatan produk hingga pemerolehan dan pengewangan pengguna.

Kertas Putih baharu dikeluarkan untuk membantu pembangun memahami pasaran mudah alih China 

Satu Kertas Putih yang memberi pandangan terhadap pasaran aplikasi China juga dikeluarkan, dengan membincangkan perkara-perkara yang mendorong pengembangan yang begitu kuat di pasaran dan menentukan kawasan pertumbuhan, serta menyelidik masalah pembangun seperti pemerolehan pengguna dan keperluan polisi. Kertas Putih tersebut turut memberikan perincian tentang langkah dan inisiatif baharu Huawei yang dilancarkan untuk membantu mempermudahkan kemasukan pembangun ke China.

Ekosistem HMS juga mempunyai sokongan yang luas untuk membantu pembangun meneroka peluang perniagaan di China, dengan menyediakan perkhidmatan perundingan, penyetempatan dan integrasi, pemasaran dan perkhidmatan kempen yang berkaitan.

Sejak tahun lalu, Huawei telah membantu lebih daripada 350 rakan kongsi memasuki pasaran China.

Pembangun aplikasi terkemuka berkongsi pandangan mereka tentang pematuhan dalam pasaran China 

Walaupun terdapat peluang yang tiada tandingan dalam pasaran aplikasi China, pembangun perlu memahami pelbagai peraturan yang berbeza dan keunikan yang ada pada pangkalan pengguna.

Dalam webinar ini, syarikat permainan mudah alih terbesar di China seperti Tecent, iDreamSky, Jinke dan Feiyu berkongsi pandangan tentang bagaimana pembangun dapat mengatasi cabaran ketika memasuki pasaran aplikasi China dan maklumat yang amat berharga tentang tabiat pengguna China serta trend pengguna lain.

Webinar itu turut mengundang pakar undang-undang Huawei untuk menawarkan pembangun dengan bimbingan yang terperinci tentang kelayakan yang diperlukan di China, membantu mereka menafsirkan dengan betul pelbagai keperluan pematuhan dan kandungan untuk melancarkan aplikasi.

"AppGallery memberi kami bimbingan yang berharga tentang pasaran aplikasi China dan memastikan kami mempunyai alat, pengetahuan, dan sokongan yang diperlukan untuk memaksimumkan potensi PicsArt kepada jutaan pengguna AppGallery di China," kata Jennifer Liu, Pengurus Besar PicsArt di Pasaran China.

Platform perundingan dalam talian baharu dilancarkan untuk menangani kebimbangan para pembangun 

Huawei melancarkan platform perundingan dalam talian baharu yang mudah untuk digunakan untuk membantu para pembangun mengemudi pasaran China. Memandangkan pembangun sering menghadapi kebimbangan seperti prasyarat untuk kategori aplikasi tertentu, serta pertanyaan tentang pengewangan, privasi data dan pelesenan permainan, platform ini dapat membantu pembangun mengenal pasti lesen atau dokumentasi yang diperlukan untuk pelbagai kategori aplikasi.

Di samping itu, Huawei akan menyediakan perkhidmatan perundingan untuk membimbing para pembangun memperoleh kelayakan yang diperlukan, seperti sijil korporat perisian dan lesen serta kelulusan lain yang diperlukan, serta penyetempatan produk, khususnya percubaan di pasaran China dan integrasi HMS. Pembangun juga dapat memanfaatkan sumber pemasaran AppGallery yang luas untuk mendapatkan pangkalan pengguna dan manfaat yang signifikan di China.

Menyediakan penyelesaian industri untuk membantu pembangun permainan mencipta pengalaman yang lebih baik 

Pemain China meletakkan harapan yang tinggi pada kualiti permainan - lebih daripada separuh pemain China menilai prestasi grafik sebagai faktor penting dan lebih daripada 40% mengutamakan permainan yang inovatif dan kaya dengan kepelbagaian ketika memilih permainan.

Melalui penyelesaian HMS Core, pembangun permainan dapat mencipta pengalaman berkualiti tinggi yang disesuaikan untuk pemain China, yang lebih rela menghabiskan masa dan wang untuk permainan yang berat. HMS Core menyediakan mesin dan kerangka kerja grafik terselaras seperti Slim LOD, Scene Kit dan komponen untuk mesin utama seperti Unity dan Cocos, untuk membantu pembangun meningkatkan prestasi grafik pada platform Android.

Huawei mempunyai pangkalan pengguna yang luas di China serta pemahaman yang mendalam tentang pasaran aplikasi domestik. Syarikat ini sentiasa berusaha untuk memanfaatkan kepakarannya demi membantu pembangun antarabangsa memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang pasaran China dan bekerjasama untuk membantu mereka mengatasi halangan, membuka peluang yang banyak dalam melancarkan aplikasi di China.

Webinar Pembangun Huawei – Berkembang di China, Menang dengan AppGallery berlangsung hari ini, Isnin 9 November pada jam (13:00 CET). Sesi prarakaman boleh ditonton di sini https://www.youtube.com/watch?v=Oft-HCaELnI

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Pembangun Laman Web Rakan Ekosistem Huawei di  https://consumer.huawei.com/en/partners/ atau Forum Pembangun Huawei di https://forums.developer.huawei.com/forumPortal/en/home  

AppGallery – Salah satu daripada tiga pasaran aplikasi paling popular di dunia 

Semua aplikasi dibangunkan dengan kerjasama Huawei, bersama beribu-ribu aplikasi berkualiti yang lain, tersedia pada platform aplikasi edaran Huawei yang terbuka dan selamat, iaitu AppGallery. Sebagai salah satu daripada pasaran aplikasi paling popular di dunia, AppGallery menghubungkan lebih daripada 500 juta pengguna aktif bulanan di lebih 170 buah negara dan wilayah kepada ekosistem Huawei yang pintar dan inovatif.

AppGallery menyediakan pengguna dengan lebih banyak pilihan aplikasi jelajah yang lebih baik, dengan beribu-ribu aplikasi di seluruh 18 kategori, termasuk berita, media sosial, hiburan dan banyak lagi. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://developer.huawei.com/consumer/en/  

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1329880/huawei_developer_webinar.jpg?p=medium600

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Publishing/Information Service Retail Telecommunications Feature News Releases New products/services