omniture

Anugerah Kecantikan & Kesejahteraan Global mengumumkan Kosmetik dan Hotel Terbaik Dunia 2020

The Global Beauty & Wellness Awards
2020-11-10 20:05 100

LONDON, 10 November 2020 /PRNewswire/ -- Juri Anugerah Kecantikan & Kesejahteraan Global yang diketuai oleh Nadja Swarovski, pada tahun ini telah memberi penghormatan kepada 39 pemenang dan 89 finalis daripada seluruh industri kecantikan, makanan organik dan perhotelan.

Nadja Swarovski
Nadja Swarovski

Anugerah kecantikan dan kesejahteraan dunia yang terulung dan bebas ini telah membuat pemilihan daripada 325 penyertaan global daripada butik berjenama terkemuka yang menunjukkan evolusi dan inovasi dalam industri kecantikan dan kesejahteraan.

Pada tahun ini, calon-calon untuk kategori produk kosmetik telah menjalani analisis dan dinilai berdasarkan bahan-bahan, kelestarian, kebolehgunaan, inovasi dan pembungkusan. Pencalonan terbanyak datang daripada L'Oréal, Lavylites dan Fenty Beauty by Rihanna, sementara produk pemenang adalah daripada kedua-dua jenama besar seperti Estée Lauder dan L'Oréal dan Herbivor bebas nic, Kate McLeod, Byredo dan Dr Barbara Sturm, atau jenama baru Endota, Lavylites, Orpheus, Aeos.

Nadja Swarovski mengulas: "Ia adalah sesuatu yang menggembirakan dan berwawasan hebat untuk mengadili GBWA 2020 ini dan menyaksikan inovasi berterusan jenama kecantikan yang merangkumi kelestarian dalam penggunaan bahan organik dan bebas toksin serta pembungkusan boleh dikitar semula, sambil meraikan kreativiti dan menangani keperluan pelanggan. Pemenang tahun ini akan menjadi inspirasi kepada industri kecantikan dan kesejahteraan yang lebih besar."

Calon dalam kategori perhotelan dinilai berdasarkan kelainan, kesejahteraan yang unik dan tawaran perkhidmatan umum, keselesaan serta maklum balas media dan pengunjung. Pemenang-pemenang pada tahun ini adalah terdiri daripada resort mewah hingga penginapan mampu milik. Pengilang makanan bayi dari Jerman, Holle menjadi pemenang keseluruhan dalam kategori makanan organik.

Anugerah Kecantikan dan Kesejahteraan Global (GBWA) ialah sebuah organisasi yang bebas sepenuhnya yang mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam inovasi jenama dan kelestarian di seluruh rangkaian kosmetik, penjagaan diri, makanan organik, makanan tambahan dan industri perhotelan - sektor yang memberi sumbangan besar dalam kesejahteraan global. Barisan juri bebas yang diketuai oleh Nadja Swarovski, Ahli Lembaga Swarovski, termasuk Aseem Puri, Ketua Pegawai Pemasaran Antarabangsa Unilever; Henrik Mansson, Ahli Lembaga Icehotel; Anne Dimon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Kesejahteraan; Marco Monfils, mantan Ketua Pegawai Pemasaran, Reckitt Benckiser Amerika Utara; Ivana Pur, Pakar Kecantikan Bersih, Pengasas Living Pur; ahli perniagaan dan pelabur hartanah Arie Yom-Tov; dan pempengaruh media sosial, jurugambar, pereka Ana Linares.

Senarai penuh para pemenang dan finalis boleh didapati di https://thegbwa.com/news/gbwa-2020-results/

Tentang Anugerah Kecantikan & Kesejahteraan Global (GBWA)

GBWA ialah anugerah bebas terulung di dunia yang memberi penghormatan dan mengiktiraf prestasi cemerlang syarikat, produk dan perkhidmatan dalam industri kecantikan, kosmetik, penjagaan diri, kesejahteraan, kecergasan, makanan organik dan perhotelan. Para juri berprestij yang diketuai oleh Nadja Swarovski, Ahli Lembaga Swarovski, terdiri daripada pihak berkuasa industri dan proses pengundian adalah bebas sepenuhnya dan melalui undian rahsia, bebas daripada pengaruh penaja.

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1327070/nadja_swarovski.jpg?p=medium600    
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1328499/GWBA_No1_sticker_Logo.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1328500/GWBA_SpecialAward_sticker_Logo.jpg?p=medium600    
PDF - https://mma.prnewswire.com/media/1327078/Global_Beauty_and_Wellness_Awards.pdf    
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1327071/GBWA_2020_Logo.jpg?p=medium600  

 

 

 

 

 

 

 

Source: The Global Beauty & Wellness Awards
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Hotels and Resorts Household/Consumer/Cosmetics Retail Travel Awards Survey, Polls & Research Women-related news