omniture

Zymo Research Mendapat Pengiktirafan CE IVD untuk Kit Multipleks Pantas SARS-CoV-2

Zymo Research Corp.
2020-11-10 21:26 95

Ujian diagnostik yang murah dan sangat sensitif untuk pengesanan COVID-19 

IRVINE, Calif., 10 November 2020 /PRNewswire/ -- Zymo Research hari ini mengumumkan bahawa ia mendapat pengiktirafan CE IVD untuk Kit Multipleks Pantas SARS-CoV-2 yang memenuhi pematuhan Peraturan 98/79/EC Parlimen Eropah dan Majlis tersebut yang bertarikh 27 Oktober 1998 pada peralatan perubatan diagnostik in vitro. Kit Multipleks Pantas SARS-CoV-2 ialah ujian PCR transkripsi terbalik masa nyata (RT-PCR) yang digunakan untuk pengesanan kualitatif asid nukleik daripada SARS-CoV-2 (virus yang menyebabkan COVID-19) pada spesimen pernafasan bahagian atas dan bawah yang diambil daripada pesakit COVID-19 yang disyaki oleh penyedia perkhidmatan kesihatan.

 

Zymo Research obtained the CE IVD mark for its Quick SARS-CoV-2 Multiplex Kit.
Zymo Research obtained the CE IVD mark for its Quick SARS-CoV-2 Multiplex Kit.

 

Kit Pantas Multiplex SARS-CoV-2 ini mempunyai had pengesanan (LoD) salinan/reaksi 10-virus dan hingga 382 sampel dapat dianalisis untuk setiap ujian RT-PCR. Prestasi yang tinggi ini, digabungkan dengan peningkatan hasil, harga yang kompetitif dan rangkaian pengedaran yang luas, menjadikan ujian ini antara yang terbaik di pasaran.* Kit ini sesuai untuk makmal diagnostik klinikal yang kini menawarkan atau bakal menawarkan ujian COVID-19 termasuk hospital, universiti, pusat penyelidikan, serta makmal yang melakukan pengawasan persekitaran SARS-CoV-2.

Kit ini mudah digunakan di mana-mana makmal yang dilengkapi dengan instrumen RT-PCR yang mampu mengesan HEX (atau VIC) dan flourofores Quasar 670 (atau Cy5). Ia terdapat dalam pelbagai format (100-, 1,000-, atau 10,000-kuantiti ujian), yang membolehkan penggunaannya di makmal kecil atau besar. Dengan rangkaian pengedaran antarabangsa yang kukuh dan kapasiti pengeluaran yang tinggi, Zymo Research mampu memenuhi permintaan bahan ujikaji berkuantiti tinggi di seluruh dunia.

"Dengan lebih daripada 46 juta** kes COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia, tujuan kami adalah untuk membantu menghentikan penularan SARS-CoV-2 dengan membolehkan peningkatan ujian," kata Dr. Paolo Piatti, Saintis Kanan di Zymo Research. "Pengiktirafan CE IVD, bersama harganya yang kompetitif, menjadikan produk berkualiti tinggi ini mudah diakses oleh makmal dan akhirnya memperluas kesediaan ujian COVID-19 ke lebih banyak kemudahan di seluruh dunia."

Untuk maklumat lanjut tentang Kit Multipleks Pantas SARS-CoV-2 Zymo Research dan aturan kerjanya, layari laman web mereka atau hubungi mereka melalui e-mel di covid19requests@zymoresearch.com.

Tentang Zymo Research Corp.
Zymo Research ialah sebuah syarikat swasta yang telah memberi khidmat kepada komuniti saintifik dan diagnostik dengan alat biologi molekul canggih sejak 1994. "Keindahan Sains adalah untuk Menjadikan Semua Perkara Mudah", adalah moto yang dizahirkan dalam semua produk mereka, daripada epigenetik hingga teknologi penulenan DNA/RNA. Terkenal dalam sejarah sebagai peneraju epigenetik, Zymo Research menjangkaui sempadan dengan penyelesaian baharu dalam pengumpulan sampel, pengukuran mikrobiom, alat diagnostik, dan teknologi NGS yang berkualiti tinggi dan mudah digunakan. Ikuti Zymo Research di Facebook, LinkedIn, Twitter, dan Instagram.

Rujukan
*
https://www.fda.gov/medical-devices/coronavirus-covid-19-and-medical-devices/sars-cov-2-reference-panel-comparative-data 
**https://www.statista.com/statistics/1087466/covid19-cases-recoveries-deaths-worldwide/

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1330735/zymo_research_corp_quick_sars_cov_2_multiplex_kit_ce_ivd.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/364743/Zymo_Research_Corp_Logo.jpg?p=medium600

Source: Zymo Research Corp.
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals