omniture

Bayangkan Masa Depan Yang Penggubal Dasar Tidak Lagi Perlu Membayangkan: Adkins Zheng daripada TCSA Menyampaikan Ucapan Dasar di Dialog Benua

TCSA
2020-11-11 19:56 335

PARIS, 11 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Thousand Cities Strategic Algorithms Cloud Technology (TCSA) telah dijemput sebagai ahli panel dan pakar terkemuka untuk Dialog Benua, satu forum yang dihoskan oleh Hamburg Institute of International Economics and the Reinventing Bretton Woods Committee (RBWC). Mr. Adkins Zheng, Pengerusi dan Ketua Pegawai Algoritma TCSA, menyampaikan ucapan dasar semasa perbincangan pembukaan yang bertema "Embracing the Age of Imagination and Uncertainties: The Global Economic and Social Impact of COVID-19" (Menerima Dengan Terbuka Era Imaginasi dan Ketidakpastian: Kesan Ekonomi dan Sosial Global COVID-19) pada 5 November 2020.

TCSA dijemput secara rasmi ke persidangan dalam talian global Dialog Benua
TCSA dijemput secara rasmi ke persidangan dalam talian global Dialog Benua

Wabak tersebut telah menjejaskan ekonomi global dengan teruk, mewujudkan tekanan yang ketara terhadap institusi politik dan juga mekanisme tadbir urus tradisional. Dalam ucapan dasarnya, Zheng menangani keperluan mendesak untuk mencari jalan keluar baharu daripada dilema semasa, iaitu keberkesanan dasar monetari semakin berkurangan dan bank pusat mendapati mereka membuat keputusan tanpa maklumat yang secukupnya. Pandangan dan penyelesaian yang diberikan oleh TCSA untuk mentransformasikan setiap bank pusat menjadi penjana data terbesar negara – memastikan ketelusan dan memberikan pandangan dalam masa nyata, terperinci dan saintifik untuk pembuat keputusan di seluruh dunia – mendapat pengiktirafan daripada semua pihak yang terlibat.

Hab data berdasarkan bank pusat ini akan berfungsi sebagai "kokpit dasar" dan "otak makroekonomi" untuk era baharu tadbir urus kontemporari dan memberikan penambahbaikan yang ketara dalam tataurus negara.  Panel tersebut mencapai titik persamaan bahawa data tidak boleh dikawal oleh sektor swasta, seperti yang sering dilakukan oleh gergasi Internet. Sebaliknya, data mesti dimiliki oleh setiap negara dan rakyatnya untuk tujuan yang lebih egalitarian; untuk mewujudkan negara dengan kestabilan dan kemakmuran yang sama rata, mampan dan telus.

Pihak berkuasa dan pemimpin pemikiran global yang mengambil bahagian turut melahirkan kebimbangan mendalam mereka terhadap kerapuhan ekonomi, perpecahan masyarakat, perubahan iklim dan ketegangan geopolitik, dan mencapai kata sepakat bahawa usaha bersama dan tindakan kolektif perlu menjadi perkara yang paling diutamakan. Mereka menyeru untuk kerjasama yang lebih erat antara negara di platform pelbagai hala, hubungan yang lebih kukuh antara sektor awam dan swasta, dan kerjasama yang lebih mendalam pada semua disiplin daripada sains hingga politik, untuk mewujudkan laluan bersama ke arah kemajuan inovatif dan keamanan yang berterusan.

Panel pembukaan pertama daripada persidangan tahunan 3 hari ini dihadiri oleh pemimpin pemikiran global seperti Institut Korea untuk Dasar Ekonomi Antarabangsa (KIEP), Think Austria Strategy Unit daripada Kerajaan Persekutuan Austria, Center for the Future of Work at Cognizant, Institut Hal Ehwal Global di London School of Economics and Political Science (LSE) dan Kementerian Kewangan China. Para hadirin mengadakan perbincangan mendalam mengenai implikasi COVID-19 dan bagaimana penggubal dasar boleh menangani cabaran global dengan penyelesaian berani, inovatif dan diperkasakan oleh data. 

Adkins Zheng dari TCSA Menyampaikan Ucapan Dasar di Dialog Benua
Adkins Zheng dari TCSA Menyampaikan Ucapan Dasar di Dialog Benua

 

Source: TCSA
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Trade show news