omniture

Untuk tahun 2020, World Innovation Summit for Health (WISH) membawa Penceramah Terkemuka dan Perbincangan Menarik melalui Platform Maya yang Menakjubkan

World Innovation Summit for Health
2020-11-11 20:31 104

DOHA, Qatar, 11 November 2020 /PRNewswire/ -- World Innovation Summit for Health (WISH) kembali pada 15 November 2020, dengan membawa penceramah, peluang rangkaian, perbincangan dan persembahan yang mengagumkan untuk meneroka cabaran-cabaran kesihatan global dan – kesemuanya akan ditayangkan melalui platform maya 3D yang telah dibina khas.

Oscar-winning actor, humanitarian and activist, Morgan Freeman, keynote speaker at the World Innovation Summit for Health 2020 (Photo credit: Nigel Parry)
Oscar-winning actor, humanitarian and activist, Morgan Freeman, keynote speaker at the World Innovation Summit for Health 2020 (Photo credit: Nigel Parry)

Memikirkan keadaan semasa pandemik, perhimpunan dwitahunan pemimpin-pemimpin kesihatan global diadakan secara dalam talian, kehadiran adalah percuma dan untuk pertama kalinya, orang ramai dijemput untuk mendaftar. Selain itu, WISH 2020 akan berlangsung lebih daripada lima hari berbeza daripada kebiasaannya iaitu dua hari, bermula daripada 15-19 November.

COVID-19 akan menjadi tumpuan penting, begitu juga pelbagai cabaran kesihatan global yang lain, termasuk perubahan iklim dan kesihatan, tekanan toksik kanak-kanak, kesihatan mental dan teknologi digital dan imunoterapi.

Penceramah yang telah disahkan termasuklah ketua pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus; ketua pakar epidemiologi Sweden, Dr. Anders Tegnell; utusan khas COVID-19 WHO, Dr. David Nabarro; pemenang anugerah, perubatan dan kemanusiaan yang berpusat di Sudan, Dr. Tom Catena; dan ketua pakar bedah California Dr. Nadine Burke Harris.

Pelakon, aktivis dan dermawan Eva Longoria akan turut memberikan pendapat dalam perbincangan mengenai kesan pandemik dan ketidakseimbangan kesihatan global terhadap wanita dan wanita kulit berwarna. Pelakon pemenang Oscar yang terkenal, Morgan Freeman akan memberi ucaptama berkenaan topik tentang perlunya fokus terhadap kesihatan awal kanak-kanak dalam dunia yang sedang berjuang memerangi pemanasan global dan konflik.

Lebih daripada 300 penceramah dan ahli panel telah mengesahkan kehadiran setakat ini dan lebih ramai lagi akan diumumkan menjelang persidangan tersebut.

Penginovasi dan usahawan kesihatan akan dipamerkan di ruang pameran 'Inovasi Hub' yang luas, yang juga akan menampilkan organisasi yang komited untuk membangunkan dunia yang lebih sihat, termasuk The Carter Center, Save The Children dan UNICEF.

Platform WISH juga akan menampilkan perpustakaan, pawagam, ruang untuk membina rangkaian dan zon kesejahteraan.

Sultana Afdhal, Ketua Pegawai Eksekutif WISH, berkata: "Pada tahun ini terutamanya, kami telah melihat kepentingan untuk bekerjasama dalam menangani cabaran kesihatan global. Walaupun kami kecewa kerana tidak dapat menyambut kedatangan pengunjung ke acara fizikal di Doha, kami menantikan kedatangan lebih ramai orang ke WISH daripada kebiasaan."

WISH ialah satu inisiatif oleh Yayasan Qatar. Maklumat lebih lanjut mengenai persidangan tersebut, termasuk butiran untuk mendaftar, boleh didapati di www.wish.org.qa

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1329348/world_innovation_summit_morgan_freeman.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: World Innovation Summit for Health
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Environmental Issues New products/services Trade show news Future Events