omniture

Air China pertingkat perkhidmatan Beijing - London Mei ini

Air China
2013-03-31 15:23 148

BEIJING, 31 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Bermula 15 Mei ini, Air China akan mempertingkatkan pesawat perkhidmatan ke London (Heathrow) daripada pesawat CA937/8 kepada B777-300ER, pesawat yang popular di kalangan ahli perniagaan.  Penerbangan harian bagi laluan ini akan ditawarkan.  Langkah ini dilaksanakan dengan bertujuan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan memberikan pengalaman yang lebih selesa buat pelanggan.  Penerbangan keluar akan berlepas pada 14:10 waktu Beijing dan penerbangan kembali berlepas pada 20:25 waktu tempatan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO)

B777-300ER merupakan pesawat dua enjin bagi perjalanan jarak jauh yang tercanggih, selesa dan mewah di Cina.  Ia menawarkan tempat duduk boleh baring dalam Kelas Pertama dan Kelas Perniagaannya, saluran tenaga elektrik peribadi dan AVOD di setiap kelas perkhidmatan, memberikan penumpang hiburan di sepanjang penerbangan.  B777-300ER, yang merupakan sebuah pesawat yang hebat dalam laluan BeijingLondon, akan memberikan pengalaman yang jauh lebih baik kepada penumpangnya.

Mengenai Air China

Air China merupakan satu-satunya pengendali penerbangan kebangsaan Cina dan merupakan ahli Star Alliance. Selain operasi komersil, ia juga menyediakan khidmat penerbangan khas kepada pemimpin negara itu untuk lawatan rasmi ke negara lain.

Dengan rangkaian 432 pesawat Airbus dan Boeing, termasuk yang dikendalikan oleh syarikat di mana kami mempunyai hak pemilikan majoriti, kami mengendalikan lebih 280 laluan di 30 negara dan rantau. Hasil penyertaan kami ke dalam Star Alliance, rangkaian perjalanan kami dapat menempatkan 1356 destinasi di 193 negara dalam jangkauan perkhidmatan kami. PhoenixMiles, program kesetiaan pelanggan kami, kini mempunyai lebih 25 juta ahli.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web kami www.airchina.com.

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Transportation Travel New products/services