omniture

Alodokter Mendapatkan Pendanaan Lanjutan Siri-C daripada MDI Ventures

Alodokter
2020-11-14 01:50 726

Syarikat teleperubatan terkemuka di negara ini akan menggunakan dana tersebut untuk meningkatkan kebolehcapaian, ketersediaan dan kemampuan platformnya kepada jutaan warga Indonesia

JAKARTA, Indonesia, 14 November 2020 /PRNewswire/ -- Alodokter, super-aplikasi teleperubatan terkemuka di Indonesia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya mendapatkan pendanaan daripada MDI Ventures, sebuah inisiatif modal teroka korporat oleh Telkom Indonesia. Pendanaan ini adalah lanjutan daripada USD33M Siri C yang dikumpulkan pada tahun 2019 oleh Alodokter. Bekas pelabur seperti Sequis, Golden Gate Ventures, Heritas dan Hera Capital juga menyertai pelanjutan ini.

Suci Arumsari, Pengarah Urusan Alodokter
Suci Arumsari, Pengarah Urusan Alodokter

Donald Wihardja, Ketua Pegawai Eksekutif MDI Ventures berkata, "Sebagai jabatan Modal Teroka Korporat dari kumpulan Telkom, MDI selalu melihat peranan kami sebagai jambatan untuk membawa inovasi hebat dari syarikat permulaan yang terbaik dan terbukti untuk bekerjasama dan berkembang dengan Telkom. Dengan pendanaan baru yang lebih besar yang kami terima daripada Telkom tahun ini, kami juga ditugaskan untuk membawa perkongsian inovatif tersebut kepada perusahaan milik negara yang lain, terutama dalam sektor kritikal seperti Penjagaan Kesihatan. Dengan peningkatan penggunaan teleperubatan, dan kepemimpinan Alodokter, kami berharap dapat membantu menyebarkan kesan penyelesaian sedemikian ke seluruh Indonesia. "

Suci Arumsari, Pengarah Urusan Alodokter, menyatakan, "Pelaburan MDI dalam Alodokter membuktikan komitmen kami untuk meningkatkan kehidupan jutaan orang di seluruh Indonesia. Pembiayaan ini menyatukan misi perkhidmatan awam Telkom Indonesia untuk warga Indonesia dan pendekatan perniagaan Alodokter untuk menyokong penjagaan kesihatan umum. Kami akan menggunakan dana ini untuk meningkatkan kemampuan kami bagi memenuhi harapan pengguna Indonesia dan meningkatkan platform kesihatan digital kami agar lebih mantap, mudah diakses dan berpatutan."

Platform ini menghubungkan lebih daripada 30,000 orang doktor dan 1500 hospital dan klinik dengan berjuta-juta pesakit Indonesia. Ia juga menyediakan pelbagai perkhidmatan sekitar teleperubatan seperti tempahan doktor luar talian, perkhidmatan insurans dan kandungan penjagaan kesihatan digital. Alodokter juga akan melancarkan perkhidmatan e-farmasi baharu dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Syarikat ini membina satu penyelesaian sehenti paling lengkap di dunia untuk orang ramai menguruskan kesihatan mereka sepenuhnya. 

Menurut Similarweb dan apptopia, Alodokter merupakan platform penjagaan kesihatan yang paling banyak digunakan di Indonesia di web dan juga aplikasi mudah alih. Syarikat ini kini mempunyai lebih daripada 27 juta pengguna aktif setiap bulan atau lebih 10% daripada seluruh penduduk Indonesia menggunakan perkhidmatan Alodokter sekurang-kurangnya sekali sebulan. Trend pantas ke arah kesihatan digital pada hari ini kebanyakannya didorong oleh wanita muda yang merangkumi lebih daripada 70% pengguna aplikasinya.

"Rahsia kejayaan kami adalah sentiasa menumpukan perhatian penuh dalam kecemerlangan perubatan. Kami mewujudkan Alodokter untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang boleh diharap dan boleh dipercayai untuk semua warga Indonesia. Kami sentiasa percaya bahawa memberikan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan adalah kunci untuk menarik berjuta-juta pesakit. Strategi ini membuahkan hasil dan kami sangat berbangga menyokong berjuta-juta pesakit setiap hari," kata Nathanael Faibis, Ketua Pegawai Eksekutif Alodokter.

MDI Ventures merupakan inisiatif modal teroka korporat oleh Telkom Indonesia. Pengumuman ini membuka jalan untuk kerjasama strategik jangka panjang antara Alodokter, MDI Ventures dan Telkom Group, ketika platform teleperubatan berkembang untuk berkhidmat memenuhi keperluan warga Indonesia yang semakin meningkat dengan lebih baik.

Tentang Alodokter

Alodokter merupakan super-aplikasi penjagaan kesihatan terkemuka di Indonesia yang dicipta pada tahun 2014 oleh Nathanael Faibis dan Suci Arumsari. Alodokter menyediakan penyelesaian digital hujung-ke-hujung kepada pesakit termasuk teleperubatan, tempahan doktor, kandungan perubatan dan perkhidmatan insurans kesihatan. Sebagai platform teleperubatan terkemuka di Indonesia, Alodokter mempunyai lebih daripada 27 juta pengguna aktif setiap bulan, dan lebih daripada 30,000 doktor bertauliah di platform ini.

Source: Alodokter
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Multimedia/Online/Internet Venture Capital