omniture

Alzheimer's Disease Data Initiative lancar AD Workbench yang baharu untuk merangsang inovasi penyelidikan global yang lebih luas dan mempercepatkan penemuan bagi penyakit Alzheimer dan yang berkaitan dengan demensia

ADDI
2020-11-18 18:16 1224

Platform beri para saintis akses terbuka kepada lebih banyak data dan alat baharu

SEATTLE, 18 November 2020 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, Alzheimer's Disease Data Initiative (ADDI) telah dilancarkan bersama Alzheimer's disease (AD) Workbench, sebuah platform berasaskan awan untuk para saintis mempercepatkan penemuan dan inovasi untuk AD dan yang berkaitan dengan demensia. ADDI ialah satu usaha global yang bertujuan untuk memajukan inovasi AD secara menghubungkan para penyelidik dengan data yang diperlukan untuk menghasilkan pemahaman mendalam dan memberitahu perkembangan rawatan dan peralatan diagnostik yang lebih baik. ADDI, sebuah organisasi penyelidikan perubatan di bawah seksyen 501(c)(3), diwujudkan oleh gabungan rakan-rakan untuk meningkatkan perkongsian data berkaitan dengan demensia di kalangan para penyelidik dan menyediakan cara baharu untuk bereksperimen dengan kumpulan data yang paling dipercayai.

Selama beberapa dekad, para saintis telah membuat kemajuan yang terhad dalam penyelidikan dan terapeutik tentang Alzheimer, walaupun Alzheimer merupakan penyebab utama kematian di seluruh dunia dengan kos rawatan yang dianggarkan lebih daripada $1 trilion setiap tahun. Kini, perkongsian data yang lebih besar adalah diperlukan daripada sebelumnya untuk mencetuskan penemuan inovatif dalam penyelidikan tentang AD. Kemajuan boleh dicapai—akses terhad kepada data tidak seharusnya menjadi penghalang.

Idea untuk ADDI dicetuskan pada tahun 2018, setelah Bill Gates membuat gabungan dengan rakan-rakan yang berminat untuk memajukan perkongsian data AD dan yang berkaitan dengan demensia yang bertujuan untuk menggerakkan inovasi dengan lebih luas dan lebih cepat ke arah rawatan dan alat diagnostik yang lebih baik.

"Keperluan kepada rawatan yang baharu dan lebih berkesan untuk penyakit Alzheimer adalah amat besar. Pemahaman yang lebih baik tentang penyakit ini akan membantu kita mengesan dan mendiagnosisnya dengan lebih awal. Ia sepatutnya menjadi lebih mudah bagi orang ramai untuk mencari, mendaftar dan menjalani ujian klinikal dan kita mesti mempercepatkan tahap penemuan dan inovasi. Data dapat memainkan peranan yang amat penting dalam pencapaian ini," kata Bill Gates. "Data ialah alat yang sangat hebat yang boleh dimanfaatkan secara lebih baik untuk memahami dan mengurangi kesan AD. Itu adalah tujuan AD Workbench direka."

AD Workbench akan memudahkan saling kendali pelbagai platform data dan membolehkan para penyelidik bekerja dengan pelbagai set data. Melalui model perkongsian data gabungan, AD Workbench membolehkan penyelidik yang dibenarkan untuk mengimport set data mereka, mengakses dan memindahkan data daripada platform yang lain. Ia juga membolehkan mereka bekerja dengan selamat set data ketanpanamaan yang tidak dapat dipindahkan disebabkan kerahsiaan data, peraturan dan undang-undang tempatan. Di dalam platform, para pengguna memiliki ruang kerja yang diperibadikan di mana mereka dapat memastikan kawalan kualiti, memadan data, dan analisis data dalam platform. Tidak lama lagi AD Workbench akan membolehkan para penyelidik dan saintis data dengan keupayaan untuk berkongsi kod dan pengumpulan idea.

"Tiada had bagi inovasi untuk muncul daripada para penyelidik yang bekerja bersama dengan lebih banyak data daripada sebelumnya.," kata Pengarah Eksekutif ADDI Tetsu Maruyama. "Itu yang membuatkan Workbench amat menarik – dan ini baru permulaannya. Workbench akan terus berkembang dengan input dan data daripada komuniti penyelidikan, yang membolehkan para saintis untuk bekerja dengan alat baharu dan data yang lebih banyak."

Workbench akan menambahkan akses kepada banyak jenis data yang akan mempercepatkan pemahaman asas kita tentang AD dan yang berkaitan dengan demensia serta kemajuan ke arah cara rawatan baharu melalui:

  • Membolehkan para saintis untuk menggabungkan data daripada pelbagai kajian untuk memperkasa pemahaman melebihi daripada apa yang dapat dipelajari melalui satu kajian;
  • Membolehkan para penyelidik untuk melawat semula set data yang sedia ada dengan kaedah dan teknologi analisis yang baharu; dan
  • Mempercepatkan penyelidikan masa hadapan dengan menamatkan halangan penyelidikan tradisional.

"Perkongsian data dan keupayaan untuk mengharmonikan data di pelbagai kumpulan adalah satu kebolehan yang hebat," kata Dr. Reisa Sperling, Pengarah, Pusat Penyelidikan dan Rawatan Alzheimer, Brigham dan Hospital Wanita. "AD Workbench akan menjadikannya lebih mudah untuk mengakses dan meneroka data dengan cara baharu dan memperluaskan peluang untuk bekerjasama."

ADDI akan merangsang persekitaran yang menyokong dan memudahkan keupayaan penyelidik untuk berkongsi data melalui penyediaan sumber. Sebagai tambahan kepada AD Workbench, ADDI telah mengumpulkan alat yang sedia ada dan mencipta alat baharu yang akan membantu para penyelidik untuk menghadapi kerangka peraturan dan polisi yang sering menjadi penghalang kepada perkongsian data. ADDI juga akan memberikan bantuan untuk membiayai para penyelidik dan organisasi yang berusaha dalam perluasan akses dan perkongsian data menggunakan AD Workbench. Meningkatkan akses kepada set data yang terbaik dan paling dipercayai adalah salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mempercepatkan kemajuan ke arah rawatan yang lebih berkesan dan diagnostik yang dapat membantu pakar perubatan dan penghidap demensia. Bersama-sama, penemuan ini akan mengurangkan kesan AD secara drastik kepada pesakit, keluarga mereka dan sistem penjagaan kesihatan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati:
www.Alzheimersdata.org 

Alzheimer's Disease Data Initiative (ADDI), sebuah organisasi penyelidikan perubatan (MRO) di bawah seksyen 501 (c) (3) yang bekerjasama dengan Universiti Washington adalah dikhususkan untuk memajukan penemuan saintifik dalam rawatan penyakit Alzheimer dan yang berkaitan dengan demensia. ADDI bertekad untuk meningkatkan saling kendali di platform data yang sedia ada di seluruh dunia, meningkatkan perkongsian data yang berkaitan dengan demensia daripada sumber akademik dan industri serta memberi kuasa kepada para saintis untuk mencari, mengesan, menggabung dan menganalisis data yang dapat membawa kepada penemuan baharu dalam penyelidikan tentang demensia. ADDI juga bertujuan untuk mempertingkatkan atau mengisi jurang dalam set data, termasuk membolehkan penghasilan kumpulan data yang mewakili demografi.

LinkedIn: AlzheimersData  Twitter: AlzData

Gabungan rakan-rakan ADDI terdiri daripada AARP, Aridhia, Alzheimer's Association, Alzheimer's Research UK, Biogen,  Bezos Expeditions, Critical Path for Alzheimer's Disease (CPAD) Consortium, Dementias Platform UK (DPUK), Fidelity Biomedical Research Initiative (FBRI), Gates Ventures, The Global Alzheimer's Association Interactive Network (GAAIN), Medical Research Council UK, National Institutes of Health/National Institute on Aging, VOR AI dan Wellcome Trust.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1335810/ADDI_Logo.jpg?p=medium600

Source: ADDI
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals New products/services Not for profit Public Interest